Sunday, 3 April 2016

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972
Bagaimana ia bermula?

Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan.

Perlombongan tahun keempat - 1974
Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.

Perlombongan tahun kelapan - 1978
Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembaga. Yang lain adalah bijih-bijih perak dan emas.

Perlombongan tahun ke14 - 1984
Justeru itu, perlombongan oleh OMRD bermula pada tahun 1970. Selepas 5 tahun beroperasi, pada November 1975, penghantaran sulung bijih tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya ke Jepun untuk penapisan di negara tersebut. 

Perlombongan tahun ke26 - 1996
Gambar dibawah ini adalah tanah sekitar Mamut sebelum ia diterokai pada tahun 1963. Di sebelah belakang adalah Gunung Kinabalu.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...