Nama aku Sarawak. Aku dilahirkan dalam tahun 18.08.1841 dari perut ibuku Brunei Darul Salam dan diserahkan kepada James Brooke Rajah Pertama. Hari jadi pertamaku adalah tanggal 24.09.1841. Ayah Ku yang kedua ialah Charles Brooke.
Ayah ku yang ketiga ialah Charles Vyner Brooke dan keempat ialah Anthony Walter Dayrell Brooke tetapi Baginda tidak sempat menjaga aku kerana dalam tahun 1941 aku diserahkan kepada British kerana Ayah ku tidak mampu untuk menjaga ku setelah 100 tahun keluarga Baginda menjaga ku. Ini adalah kerana Jepun datang padaku dengan niat yang tidak baik.Maka Ayah ku terpaksa menyerahkan aku kepada British kerana tiada kewangan untuk menubuhkan tentera menentang Jepun. Tanggal 22.07.1963 aku pun dewasa dan British melepaskan aku kerana aku sudah dewasa dan mampu menjaga diri (Bujang).
Akan tetapi Tanggal 16.09.1963 aku dikenalkan kepada 3 orang rakan iaitu Sabah, Singapura dan Persekutuan Malaya. Aku dipujuk untuk Menubuhkan Syarikat Perniagaan yang diberi nama Persekutuan Malaysia. Akan tetapi dalam tahun 1965 rakan ku Singapura menarik diri dari menjadi Rakan Kongsi kerana melihat ada sedikit yang tidak kena dengan Perkongsian ini. .
Tiba-tiba rakan ku yang bernama Persekutuan Malaya menggubal undang-undang baru yang diberi nama Akta 354 1976 yang mana bertujuan menurunkan Pangkat aku dan rakan ku Sabah kepada Status Negeri sedangkan pada awal perjanjian, kami adalah sama rata iaitu sabagai 3 NEGARA yang bergabung menubuhkan perniagaan bernama Persekutuan Malaysia. Sejak dari itu semua hasil perniagaan kami banyak berpihak kepada rakan ku Persekutuan Malaya. Aku dan rakan ku Sabah berasa tidak senang dan selesa dengan keadaan tersebut. Hanya 5% sahaja yang aku dapat begitu juga rakan ku Sabah sedangkan 95% adalah milik rakan kami Persekutuan Malaya.
Sedangkan kebanyakan Perniagaan yang dijalankan adalah di tanah aku dan rakan ku Sabah. Sampai bila aku harus hidup dengan ketidak adilan ini? Janji manis dulu tinggal janji...setiap saat aku berfikir, PATUTKAH AKU MENINGGALKAN PERNIAGAAN YANG TIDAK ADIL INI DAN MENUBUHKAN PERNIAGAAN PERSENDIRIAN? jawapan aku (SARAWAK) YA!!!! itulah yang terbaik bagiku...
0 comments :
Post a Comment