Tuesday, 23 December 2014

Kuasa Berpisah DiTangan Sabah

Persoalan ADA kah SABAH mempunyai KUASA BERPISAH?

Untuk menjawapnya kita lihat Singapura pada tahun 1965 – bagaimana Singapore boleh keluar daripada Malaysia pada 7 August 1965 sebelum Parlimen Malaysia meluluskan atau “Tendang” Singapore keluar pada tahun 9 August 1965 dan tarikh ini menjadi “National Day” Singapura.

Ini Perjanjian mereka.

Alasan utama Singapura ia lah, Singapura tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Singapura hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 – oleh yang demikian tidak betul Singapura di masukkan sebagai “Negeri Negeri Persekutuan” dalam Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan Kedudukan Singapura tidak betul di dalam Perlembagaan Persekutuan – mereka Keluar.

Singapura menandatangani Perjanjian keluar daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965 dua hari sebelum perkara ini di bentangkan di Parlimen Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan pada 21 September 1965 Singapura di terima sebagai ahli Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation).

Sabah dan Sarawak tiada pun di bawa berunding. Mengikut Artikel 76 Perlembagaan Malaysia sendiri Kuala Lumpur tidak boleh mengambil tindakan seperti ini bagi pihak Sabah dan Sarawak – TANPA Rundingan.

Jadi sekarang kita soal:

Kalau Singapura boleh keluar sebelum mendapat kelulusan Parlimen Malaysia – Kenap Sabah perlu mendapat kelulusan Parlimen Malaysia KALAU mahu KELUAR? Sama seperti Singapura, Sabah juga tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – kenapa Sabah di masukkan sebagai salah satu “Negeri-Negeri Persekutuan”?. Sabah hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 untuk MEMBENTUK Malaysia.

Ini satu pembohongan besar terhadap rakyat Sabahsiapa yang bertanggungjawap?

Jangan Buyuk Sabah ….. bah !!!!

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...