Sunday, 19 October 2014

BANGKIT! JANGAN TIDAK BANGKIT!

Malaya ternyata sudah berjaya menipu Sabah Sarawak dengan bertopengkan Persekutuan Malaysia. Secara amnya sebarang perjanjian yang tidak dipatuhi tidak harus diteruskan apa lagi jika kita sedari kita telah ditipu secara terang-terangan..

Sebuah perjanjian boleh dibatalkan bila-bila masa jika salah satu para penandatangan perjanjian tersebut tidak lagi setuju dengan isi perjanjian tersebut. Jangan jadi bodoh dengan memegang perjanjian tersebut sedangkan perjanjian itu tidak berjalan seperti yang tertulis dalam isi kandungannya.

Wahai Sabahan dan Sarawakian jangan terus bersikap dayus dengan membiarkan Negaramu terus dicabul dengan rakus oleh sebuah negara Miskin seperti Kerajaan Persekutuan Malaya yang selayaknya dipanggil sebagai perompak banjingan.

Wahai para Pejuang Sabahan dan Sarawakian yang berani dan tidak dayus... Kalian bak permata bersinar terang yang hilang dan selama ini dicari dan didambakan oleh segenap rakyat bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Kami Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak amat memerlukan pemimpin yang berani untuk membuat kami juga berani kerana selama ini kami rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak sekian lama diugut, diancam dan ditakut-takutkan jika bercakap tentang hak yang terkandung dalam Perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia...

SEKARANG ADALAH KEBANGKITAN BANGSA BORNEO SECARA MENYELURUH UNTUK SEKALI DAN SELAMANYA!

BANGKIT! JANGAN TIDAK BANGKIT!

LAWAN TETAP LAWAN SECARA DEMOKRASI!

BORNEO UNTUK BORNEAN!

SABAH UNTUK SABAHAN! SARAWAK UNTUK SARAWAKIAN!

SEBARKAN...

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...