Monday, 22 September 2014

Sokonglah Perjuangan SSKM!



Mohon semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk bersama-sama menyokong Perjuangan SSKM. Pihak SSKM tidak menuntut anda untuk membuat demonstrasi ataupun membuat huru-hara kerana itu bukan cara orang yang bertemadun.

Apa yang pihak SSKM mohon daripada anda semua ialah untuk mengisikan Petition Online melalui link ini http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html untuk dibawakan ke United Nations (UN) agar kita mampu untuk mendedahkan keadaan yang sebenarnya berlaku di Negara kita. Ini kerana, Perjanjian Malaysia ini melibatkan United Nations. Kita lakukan cara ini tanpa melakukan kekerasan, ancaman mahupun demonstrasi jalanan sebaliknya hanya dengan menggunakan kepintaran melalui Petition Online ini.



Sila tonton video ini untuk mengetahui cara bagaimana untuk mengisikannya... Jadilah sebahagian daripada sejarah yang berjuang untuk Masa Depan Negara kita yang tercinta ini... Sudah 51 tahun kita membentuk persekutuan malaysia, tetapi hanya penindasan dari aspek sosial, ekonomi dan politik yang kita terima. Malah, yang lebih menyedihkan apabila hasil kekayaan negara kita diangkut ke malaya untuk diagihkan kepada semua negeri.

Ini menjadikan Negara kita miskin sementara negeri-negeri dimalaya dapat menikmati pembangunan yang pesat hasil daripada kekayaan negara kita yang dirampas secara halus... Bangsa kita umpama mengemis di bumi sendiri manakala kerajaan malaya terus merampas peluang pekerjaan yang wujud di Bumi Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk diisikan oleh orang mereka...

Buktinya, lihatlah disekeliling anda... Tengoklah dengan mata anda semua... Orang malaya datang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan jawatan-jawatan yang tinggi. Paling rendah jawatan pun sebagai seorang pegawai penguatkuasa seperti Polis Trafik. Tapi adakah mereka datang ke tempat kita bekerja di kilang? Bertukang? Berkebun? Pelayan Kedai? dan sebagainya?

Tapi lihatlah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang bekerja di malaya... Kerja yang paling rendah seperti pemungut sampah sehingga pekerja kilang, pelayan kelab, kedai itu semua yang paling ramai... Apakah kita layak untuk memperolehi nasib sebegitu?

Itu bukan nasib bangsa kita tetapi ia telah dijadikan sebegitu oleh pemimpin-pemimpin malaya dan tidak lupa juga pemimpin-pemimpin tempatan yang telah menjahanamkan dan mengkhianati Kepercayaan kita... Bagi mereka, kita ini adalah "barang permainan politik" mereka.

Maka dengan itu, jangan benarkan bangsa kita dihina... Jangan benarkan orang luar memperjudikan masa depan kita... Jangan biarkan pengkhianat dan penjahanam bangsa memimpin kita terus memperbodohkan kita... Mari kita semua bersatu untuk menundukkan mereka melalui kebangkitan suara kita bahawanya kita sudah tidak ingin mahu bersekutu dalam persekutuan yang haram ini kerana ia umpama penhinaan kepada kita...

Sebarkan video ini dan bantu ahli-ahli keluarga anda untuk mengisinya... Jikalau tiada email, tolong buatkan untuk mereka agar mereka boleh mengisinya atau anda sendiri bantu...

BANGKIT SEMUA!!!
BANGKIT GENERASI MUDA NEGARA SABAH!
BANGKIT GENERASI MUDA NEGARA SARAWAK!

Sebarkan...

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...