Sunday, 14 September 2014

Putrajaya Takut akan Kerajaan Negara Sarawak

Sedar atau tidak, tekanan demi tekanan diberikan kepada Pejuang Kebangsaan Negara Sabah sahaja sedangkan di Negara Sarawak langsung tidak disentuh. Ini adalah disebabkan malaya amat takut dengan kerajaan Negara Sarawak kerana kelantangan untuk menyatakan pendirian... SSKM bergerak aktif di kedua-dua negara ini termasuklah diluar negara...

Tidak dinafikan malaya kini sedang merancang dan mengatur strategi untuk menjatuhkan kerajaan Negara Sarawak melalui tali barut mereka. Atas sebab itulah Generasi Bangsa Negara Sarawak mesti melindungi Kerajaan yang ada sekarang. Jikalau mahu sangat menukar kerajaan, pastikan hanya parti politik tempatan pembangkang sahaja yang mencabar. Tapi mesti yang akan terus mempertahankan slogan Sarawak for Sarawakian!

Generasi muda Negara Sabah perlu bertungkus lumus untuk menyingkir ideologi fahaman malaya iaitu umno. Sebab segala masalah yang timbul adalah disebabkan umno. 

Umno adalah cancer yang mesti dihapuskan sepenuhnya di negara Sabah.

Pihak SSKM selama ini membuat pemerhatian tentang perjalanan politik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pihak kami tidak terlibat dengan politik atas sebab itu pandangan dan pemerhatian ini adalah bebas atas nama Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian!

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...