Monday, 15 September 2014

"Pimpinan Di Halang Masuk Sarawak: PR Akan Hapus Perjanjian 20"

Keputusan kerajaan Sarawak melarang beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat untuk memasuki negeri tersebut bagi membantu kempen dalam PRK Balingian, adalah satu tindakan paling tidak bermaruah yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satim.
Ingatkan bila Taib Mahmud sudah mengundurkan diri, perkara pengecut seumpama ini tidak akan berulang, rupa-rupanya ia masih diamalkan, malah lebih teruk lagi kerana dalam kes beberapa hari lepas, ada di antara pimpinan ini yang dibenarkan masuk, beberapa hari kemudian, tidak dibenarkan pula.

Undang-undang Imigresen yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk membenar atau melarang sesiapa dari memasuki Sarawak (dan Sabah), adalah satu daripada 20 perkara dalam perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia lebih 50 tahun dulu.

Ia dikenali sebagai perjanjian 20.

Justeru, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menghapuskan perjanjian 20 ini bila kita mengambil alih kerajaan Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan pada 2016.

Pakatan Rakyat yakin rakyat Sarawak akan bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan terus perjanjian 20 ini kerana selain sudah ketinggalan zaman, ia juga tidak mencerminkan Sarawak sebagai sebahagian dari persekutuan Malaysia.

Walaupun Pakatan Rakyat faham Sarawak adalah sebuah wilayah autonami (ia bukan sebahagian dari Semenanjung yang dimonopoli kerajaan yang berasal dari kesultanan Melayu), tapi bagaimana autonomi sekalipun, rakyat Malaysia tidak seharusnya disekat dari memasuki wilayah mereka sendiri!!

Jika nak diteruskan juga undang-undang tidak masuk akal itu, maka Semenanjung juga perlu mempunyai hak yang sama – untuk membenarkan atau tidak rakyat dari Sabah dan Sarawak memasuki mana-mana negeri.

Barulah adil.  Tapi kalau itu berlaku, apakah yang akan jadi pada Malaysia ini, sudah tentu haru biru.  Dalam masa yang sama kita bercakap tentang Malaysia sebagai sebuah persekutuan, ada rakyat yang tidak mempunyai hak memasuki mana-mana wilayah secara bebas – seperti mana sepatutnya dalam sebuah negara.

2 comments :

sori ye admin..yang ini saya sangat2 tak setuju dalam penghapusan perkara 20..sekiranya terhapus, maka hancurlah sarawak...jika dipikirkan, ini adalah tindakan yang bakal menghancurkan masa dpn kepimpinan oang kita sendiri...bayangkan jika tiada lg sekatan, org seberang akan senang2 membawa anasir2 jahat mereka tanpa mengira sensitiviti orang sarawak... matilah kita macam yang sedang berlaku di sabah(maaf jika ini menyinggung perasaan mana2 pihak)...jangan sampai nanti kita jadi kucar-kacir dan saling membunuh macam di kalimantan suatu ketika dulu...perkara 20 adalah senjata utama menghalang sebarang anasir dari luar, tangkis kepada kuasa umno dan sebarang kekuasaan dari negara seberang..tq...

Jangan salah faham. Ini adalah artikel yang diambil daripada blog pakatan rakyat dan dikongsikan didalam blog ini. Harap maklum.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...