Seorang peguam kelahiran Sarawak yang kini menjalankan praktik di Australia, Robert Pei berkata perjanjian itu melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1946 dan Perisytiharan tentang Penganugerahan Kemerdekaan kepada Negara dan Penduduk Kolonial (UNDD) serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1514.
Menyampaikan kertas kajiannya pada forum Malaysia at Crossroads pada Khamis lepas, Pei berkata, berdasarkan dokumen kolonial British yang diubah status, beliau mendapati konsep dan penubuhan Malaysia merupakan satu rancangan yang ditentukan terlebih dahulu dan penipuan yang dilakukan oleh Britain yang berpakat sulit dengan Tanah Melayu.
"Tujuannya adalah untuk mewujud-kan Malayan Union dengan menafikan penduduk Sabah dan Sarawak (dan juga Brunei dalam rancangan asal) hak mereka kepada penentuan nasib sendiri, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperalatkan untuk menyokong penubuhan Malaysia, bertentangan dengan prinsip penentuan nasib sendiri negara yang diisytiharkannya," kata beliau.
Pei membuat tiga saranan berhubung kesahihan Perjanjian Malaysia 1963.
Pertama, perjanjian tersebut sebagai satu perjanjian antarabangsa, tidak dibuat dengan sah mengikut prinsip dan peraturan Undang-Undang Antarabangsa serta Perisytiharan Dekolonisasi PBB 1960.
Kedua, perjanjian itu tidak sah dan dimansuhkan dengan pemisahan dan kemerdekaan Singapura dari Malaysia pada 1965.
Ketiga, andai kata perjanjian itu tetap sah walaupun dengan dua saranan terdahulu, Tanah Melayu berulang kali melakukan pelanggaran dasar perjanjian itu dan mengingkarinya sela-ma lebih 50 tahun ia tidak mematuhinya serta gagal melaksanakannya sebagai satu perjanjian antarabangsa dan eksperimen Malaysia sendiri.
Menyenaraikan sekurang-kurangnya tujuh sebab di bawah saranan pertama, Pei menyatakan perjanjian itu membuktikan campur tangan luaran Britain dan Tanah Melayu, serta pencabulan hak penentuan nasib sendiri rakyat Sabah dan Sarawak.
"Ia dilakukan dengan pakatan sulit Britain dengan Tanah Melayu sebelum pun 1960-an, dan kemudian dengan sokongan PBB, untuk menafikan hak rakyat dengan tidak mengendahkan bantahan tempatan serta antarabangsa, dan melanggar undang-undang antarabangsa sedia ada, justeru menjadikannya terbatal dan tidak sah," katanya.
Sebab pertama dan utama ketidak-sahan perjanjian itu adalah hakikat ia melanggar undang-undang antarabangsa lazim bahawa hanya negara-negara berdaulat boleh membuat perjanjian antarabangsa sah.
"Sabah dan Sarawak berdua merupakan jajahan pada waktu itu, sementara Singapura adalah separa jajahan British. Kita bukan negara berdaulat pada waktu perjanjian itu ditandatan-gani," katanya.
British juga, tambahnya, tidak boleh memindahkan wilayah serta kedaulatan Sabah yang dipertikaikan dan dituntut oleh Filipina pada masa itu.
Sebab lain termasuk pelanggaraan Perjanjian Brooke 1946 untuk memulihkan kemerdekaan Sarawak oleh Britain, fakta kedua-dua Britain dan Britain berpakat sulit unutk menubuhkan Malaysia sebagai ganti kemerdekaan Borneo, fakta Peijanjian Malaysia dibuat secara paksaan untuk menyerah serta mengambil dua wilayah itu bagi pemerintahan Tanah Melayu.
Pei juga berkata perjanjian itu serta konsep Malaysia dibuat secara tidak jujur, dan diubah tiga kali tanpa pungutan suara atau persetujuan rakyat.
Tentang saranan kedua, beliau menegaskan, oleh sebab perjanjian pemisahan Singapura dibuat secara dua hala antara Singapura dan Tanah Melayu pada 1964 tanpa pembabitan aktif tiga lagi pihak penandatangan perjanjian itu, perjanjian pemisahan tersebut mengubah konsep Malaysia yang sepatutnya dirunding semula.
"Ia menjadikannya tidak sah dan memansuhkannya. Konsep Malaysia pada hakikatnya tidak wujud lagi pada 1965," katanya.
Saranan ketiga mengandaikan bahawa perjanjian itu sah, tetapi Pei berkata, oleh sebab pelanggaran berulang kali yang dilakukan oleh Tanah Melayu, mengikut undang-undang antarabangsa, perbuatan sengaja melanggar atau mengecualikan satu pihak kepada perjanjian itu bermakna menolak seluruh perjanjian tersebut.
"50 tahun terakhir menyaksikan Tanah Melayu memungkiri sepenuhnya terma dan syarat perjanjian itu yang mana jajahan Sabah dan Sarawak dahulu kini menjadi jajahan semula," tegasnya.
Pei menyimpulkan, sekiranya Perjanjian Malaysia batal dan tidak sah, rakyat Sabah dan Sarawak tidak terikat untuk kekal dalam hubungan tidak sama rata dan tidak adil dengan Tanah Melayu.
"Ramai melihatnya hanya sebagai hubungan penjajah dan jajahan, yang mana negara mereka dijarah dan rakyatnya dipinggirkan sehingga menjadi lebih miskin daripada sebelum 1963.
"Negara seperti Timor Timur, Sudan Selatan dan Crimea memilih kemerdekaan daripada apa yang dilihat sebagai hubungan penjajahan yang tidak sama rata dan submisif. Scotland, atas sebab-sebab serupa, akan mengundi dalam pungutan suara kemerdekaannya pada September tahun ini.
"Jadi tidak hairanlah sejak setahun lalu, kita melihat pergerakan yang semakin berkembang melibatkan kebanyakannya golongan muda. yang tampil menuntut hak mereka dengan cogan kata 'Sarawak untuk orang Sarawak!' dan 'Sabah untuk orang Sabah!" katanya.
Source: 30/08/2014 Harian Ekspres (Tracy Patrick)
0 comments :
Post a Comment