Tuesday, 2 September 2014

Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM. 

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

2 September 2014

22 comments :

Dont worry sis..im with you.may GOD bless you

I am dusun and am proud to be Sabahan. We will stand for our right, for our next generation. I will stand for our right, Sabah for Sabahan.

sabah for sabahan, sarawak for sarawakians.. good job SSKM.. teruskan perjuangan untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat Negara SABAH & SARAWAK..

Teruskan perjuangan... Lumpuhkan putar belit Malaya yang sebelum ini meracuni Anak muda Sabah dan Sarawak...

Sukung 100%. Tapi tulung ya..nda mau ada parti politik yang masuk campur.Kacau saja parti politik ni.Hidup SABAH>>>

Wow terbaikkk .. sya tetap sokong SSKM ..

Sya sudah baca isi cerita d atas. Sya akan respon pandangn sya.

Merujuk buku tulisan org asing utk perjuagan bumi sendiri adalah pejuang yg sangat lemah. Ia tidak munasabah n tidak adil

Good luck n may God be with you & we will pray for u n the team sskm

Sam Royz, apabila merujuk kepada catatan sejarah yang ditulis oleh ahli sejarawan malaya yang juga merupakan orang asing bagi Sabah layak untuk dibuang ke tong sampah kerana ia langsung tidak berpaksikan kepada fakta dan kebenaran. Admin tidak tahu apakah bahan rujukan yang boleh dirujuk dalam perjuangan ini jikalau menurut pandangan anda.

Sam Royz... rujuk dengan sejarah malaya tu adil ka ?? u are making joke

perkara 18-20 memang tercatat dalam sejarah, malaya ada mematuhi perkara itu ?? mbiak ndaknemutai

Kenapa perlu cakap Bahasa Inggeris. Bukan semua orang sabah faham bahasa penjajah. Kalau mahu berjuang untuk kebebasan Negara Sabah, jangan gunakan bahasa penjajah.

Gunakan bahasa yang kami faham. Ilmu tinggi/belajar tinggi, belajar di "oversea" tidak semestinya harus bercakap bahasa inggeris kepada orang sabah. Dari jumlah lebih kurang 3 juta orang sabah, yang faham video ini mungkin hanya 1 juta atau 500 ribu saja.

Perjuangan tidak akan bermakna jika apa yang kita cuba sampaikan tidak sampai kepada penduduk sabah. Sebelum Sabah menyertai Malaysia pun penduduk Sabah memang cakap Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar(selain bahasa ibunda.

Video ini juga ditujukan kepada pemimpin kerajaan persekutuan Malaysia sekarang ini yang saya pasti mereka ini semua bercakap bahasa Malaysia(bahasa Melayu).

Jika kita mahu bebas dari penjajah, belajarlah bahasa mereka, ilmu mereka supaya kita tahu selok belok kelicikan mereka. Jika mahu menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sendiri, sampaikanlah ilmu penjajah itu dengan bahasa yang kita semua faham, agar tidak memperlihatkan diri kita sendiri sedang dijajah.

Sekadar pandangan.

You are not alone Doris Jones, God bless you.

Saya sokong jika Sabah keluar dari Malaysia dan bermandiri tanpa campur tangan pihak luar. Saya percaya ada diantara kita yang pernah dengar cerita bahawa pihak yang beria-ia sangat untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia adalah beberapa parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung(Malaya) dan Sarawak. Jika ini benar apa bezanya keluar dari Malaysia jika parti yang akan mengepalai kita di kemudian hari adalah parti yang juga lahir di Semenanjung? Saya berharap berita ini tidak benar.

Usaha untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia adalah usaha bersama dan murni yang mana kita semua berhak dan benar2 berhak mendapatnya, memendangkan Sabah tidak menerima pembangunan seperti yang diharapkan semenjak Masuk dalam Malaysia.

Persoalannya, adakah Negara Sabah yang bakal dibentuk nanti akan sepenuhnya menjadi milik Sabah? Jangan lupa pada sejarah Sabah, yang sebelum ini telah beberapa kali beralih tangan malah pernah menjadi jajahan sebuah Syarikat dari United Kingdom satu ketika dulu.

Jangan juga kita lupa bahawa Sabah satu ketika dulu merupakan sebahagian dari Brunei sebelum Kesultanan Brunei menyerahkan kepada British. Jangan juga lupa bahawa sebelum diserahkan kepada british, Kesultanan Brunei pernah menyerahkan sebahagian Sabah iaitu pantai timur Sabah kepada Kesultanan sulu.

Besar kemungkinan, pihak pihak ini akan kembali menuntut hak masing2 jika Sabah telah bersendirian nanti. Seperti yang berlaku tidak lama ini ketika serangan sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Rakyat Sabah memang berhak menikmati kebebasan sepenuhnya, tetapi banyak kemungkinan yang bakal berlaku. Pada ketika itu kita telah bersendirian, kita masih lemah dan menjadi sebuah negara kecil, kita lemah di segenap ruang, terdedah di pelbagai sudut, anasir luar pasti senang menyusup masuk.

Singapore keluar dari Malaysia ketika Singapore boleh dikatakan lebih kaya dari Malaysia pada ketika itu, dan sehingga sekarang ini masih lebih kaya dari Malaysia. Brunei menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada British ketika Brunei dipimpin oleh Sultan yang hebat, dan negara kaya.

Siapakah pembela Negara Sabah kita? Nak harapkan semua rakyat Sabah bangkit? Jangan harap... lihatlah Bangsa Sabah itu kerjanya hanya Minum tapai, minum minuman keras sampai berhari-hari malah berminggu-minggu. Kasihan ANAK BANGSAKU

We are always support perjuangan ini 100%. Generasi skrng sudah celik dgn fakta dan auta. Unta hanya utk malaya.

may god bless u........ i am fully support for my borneo land......

Semua perjanjian malaysia 1963 ditulis oleh UK dan perjanjian tersebut dikrndalikan oleh UK iaitu penjajah north borneo dan juga tanah malaya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...