Pihak SSKM berasa hairan dengan pemikiran orang seperti ini... Perjuangan SSKM bukan berlandaskan agama tetapi adalah berlandaskan kepada Tuntutan Hak Mutlak yang merangkumi semua etnik tanpa mengira perbezaan anutan kepercayaan.
Sesungguhnya tuduhan dan tohmahan inilah yang digunakan semasa menjatuhkan Kerajaan PBS... Tuduhan dan Fitnahan digunakan kononnya kerajaan kini dipimpin oleh Kerajaan Kristian.
Jikalau manusia yang berfikiran sempit seperti penyokong tegar bn-umno, sudah tentu mereka akan menuduh bahawa kerajaan sekarang dipimpin oleh kerajaan Islam... Apakah ia adalah benar? Sudah tentu TIDAK!
Mengapa?
Sebab perjuangan ini tidak kena mengena langsung dengan soal agama. Apa yang menjadi teras perjuangan SSKM ialah menuntut keadilan yang setelah sekian lama disembunyikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiada lain lagi kalau bukan umno-bn Sabah.
Perlu difahamkan bahawanya permainan kotor, hina dan jijik selalu dimainkan oleh umno ialah dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman. Itulah cara anda untuk mengelak daripada ditipu agar tidak terperangkap dalam permainan dan agenda politik mereka.
Mereka berusaha menakutkan rakyat dengan pelbagai penipuan kononnya akan diserang oleh Filipina dan Indonesia yang mana itu semua tidak benar sama sekali. Jikalau mereka menyerang, itu sudah dianggap jenayah dunia kerana menyerang sebuah negara yang telah Merdeka dan Berdaulat. Anda fikir Negara-negara komenwel akan berdiam? Mungkin malaya akan berdiam kerana mereka mungkin dalang disebalik serangan itu kerana berasa marah terlepasnya deposit tetap serta kilang menghasilkan duit mereka.
Perlu diingatkan bahawanya Dunia mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. Pencabulan undang-undang dunia bakal mengundang risiko kepada mereka yang melakukannya.
Pihak SSKM berusaha mahu membuka mata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tentang masa depan yang bakal dikecapi apabila perpisahan ini berlaku tetapi mereka yang berfikiran dibawah tempurung kelapa berusaha untuk mengancam dan menakutkan akan bahayanya jikalau berpisah.
Kini, pemikiran matang diperlukan oleh anda untuk berfikir sepenuhnya. Adakah anda mahu menjadi penakut selama-lamanya dengan segala keturunan anda nanti ATAU menjadi berani dengan keturunan yang akan memajukan Negara ini? Fikirkan perkara ini.
Jikalau anda mengatakan Negara akan menjadi miskin jikalau keluar atau berpisah daripada persekutuan haram ini, tanyakan diri anda sekarang... Adakah selama 51 tahun bersama dalam persekutuan malaysia ini negara anda telah menjadi kaya dan maju? TIDAK! Dan yang lebih menyedihkan negara kita telah disahkan antara "negeri" yang TERMISKIN kerana hasil pendapatan negara tidak dapat dinikmati untuk tujuan pembangunan sepenuhnya. Ini kerana ia telah diambil ke malaya untuk diagihkan kepada negeri-negeri yang ada dimalaya. Sesungguhnya mereka telah membebankan Negara Sabah dan negara Sarawak!
Jawab soalan ini... Apakah sumbangan negeri-negeri di malaya kepada negara Sabah dan Negara Sarawak? TIADA! Hanya beban untuk menagih simpati peruntukkan sahaja. Itu realiti!
Tamak? Ini bukan soal tamak tapi ini soal HAK MUTLAK BANGSA NEGARA KITA SEPERTI YANG TELAH TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963!
Sesungguhnya inilah perjuangan yang mesti disertai dan dipikul oleh semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kerana Perjuangan ini sebenarnya untuk anda dan Generasi Masa Depan keturunan anda semua.
Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero
0 comments :
Post a Comment