Tuan Haji Johari Arief bertanya kepada Ketua Menteri adakah sebarang kajian semula dibuat ke atas Perlembagaan Malaysia selepas tempoh 10 tahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam Lapuran Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (I.G.C. Report) dan jika ada, apakah hasilnya.
Ketua Menteri: Adalah tepat sekali sebagaimana dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa beberapa peruntukan Lapuran Jawatankuasa Antara Kerajaan (I.G.C) adalah tertakluk kepada penyemakan semula selepas 10 tahun pembentukan Malaysia dalam bulan September, 1963.
Sebenarnya sebuah Jawatankuasa Kabinet dengan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini. Jawatankuasa peringkat Menteri bermesyuarat pada 10hb Januari, 1974. Saya sendiri hadi dimesyuarat itu bersama-sama menteri Negeri. Mesyuarat itu, antara lain bersetuju, bahawa sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan Peringkat Pegawai dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara hendaklah ditubuhkan untuk mengkaji berbagai aspek peruntuk Lapuran I.G.C 1962 dan memperakukan apa jua perubahan yang perlu kepada Jawatankuasa peringkat Menteri, jika difikirkan patut.
Pegawai-pegawai LG.C. terdiri dari wakil-wakil dari Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bermesyuarat tiga kali di Kuala Lumpur dan telah pun membentangkan satu lapuran kepada Jawatankuasa peringkat menteri untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa peringkat Menteri telah bermesyuarat pada 4hb Disember 1975 untuk mengkaji dan membincangkan Lapuran tersebut. Hasil mesyuarat itu akan diumumkan oleh ketiga-tiga Kerajaan tidak lama lagi.
29 Disember 1975
***Sehingga kini, hasil mesyuarat tersebut tidak dibentangkan. Kini, apabila perkara ini dibawakan di DUN Sabah oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, musa selaku Ketua Menteri Sabah yang dipilih oleh umno telah menjawab kepadanya dengan jawapan ini "Review, review, review... Apa yang mahu di review? Tidak ada dalam provision ini yang mengatakan ia perlu di review..." Sekarang anda faham dan keadaan ini? Apabila seorang pengkhianat yang tidak mengetahui sejarah dan menjadi pemimpin, inilah jawapan yang diberikan. Mereka tidak mahu mengkaji atau memberi peluang untuk perkara ini dibincangkan di DUN. Semua pemimpin bn-umno telah bersatu hati untuk tidak mahu perkara ini didebatkan kerana mereka tahu terdapat terlalu banyak kelemahan dan umpamanya menghancurkan parti mereka iaitu bn-umno.***
0 comments :
Post a Comment