Tuesday, 16 September 2014

"Jeffrey sambut baik jemputan Putrajaya"

Panggilan untuk "pemisahan" Borneo semakin meningkat di dalam dan di luar Malaysia kerana kerajaan bukan sahaja mengabaikan laungan untuk keadilan selama 50 tahun yang lalu malah memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai cara.

KOTA KINABALU: Jeffrey Kitingan yang suatu masa dahulu pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membangkitkan hak Sabah, menyambut baik hasrat terbuka Putrajaya untuk berunding dengan beliau dan lain-lain “pemisah” di Sabah dan Sarawak.

“Tolong jangan terus mengabaikan masalah ini,” kata Jeffrey ketika mengulas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini. “Seruan untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dihormati dan diterima dengan niat yang baik.”

Jeffrey teringat lagi apabila beliau cuba membangkitkan isu MA63 semasa persidangan Dewan Undangan Sabah baru-baru ini, seperti yang dapat dilihat di YouTube, dia dibalas oleh pihak kerajaan dengan kata-kata: “apa, apa, apa mau kaji, kaji apa …?!”

Beliau tidak mahu mendengar kata-kata yang sama, kali kedua, dari Putrajaya.

Jeffrey dalam menetapkan terma untuk mesyuarat yang dinanti-nantikan dengan kerajaan persekutuan berkata “Inilah masanya untuk mereka yang berkuasa untuk turun ke padang untuk mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak.”

Beliau memberi amaran bahawa panggilan untuk “pemisahan” Borneo semakin meningkat di dalam dan di luar Malaysia kerana kerajaan bukan sahaja mengabaikan laungan untuk keadilan selama 50 tahun yang lalu malah memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai cara.

“Isu-isu adalah sama tetapi seruan akan menjadi lebih kuat dan lebih sengit jika diabaikan lagi,” kata Jeffrey, “dengan itu mengukuhkan kebimbangan bahawa penjajahan negeri-negeri Borneo adalah lengkap”.

Antara isu-isu utama yang beliau merujuk kepada adalah rampasan sumber-sumber minyak dan gas di Sabah dan Sarawak, pelantikan Ketua Menteri Sabah oleh Putrajaya termasuk di bawah konsep penggantian, mengubah demografi Sabah untuk meminggirkan majoriti Orang Asal, Projek IC Mahathir , penurunan taraf status Sabah dan Sarawak kepada negeri ke-12 dan ke-13 di dalam Persekutuan Malaya yang ditukar nama kepada Malaysia, memenjarakan aktivis dan memerintah Sabah melalui proksi tempatan.

Kini sudah sampai masa untuk kerajaan Persekutuan menangani isu hak Sabah dan Sarawak yang telah menyebabkan ramai rasa tidak puas hati, ulang Jeffrey, “Tangani kekecewaan ini sebelum ia terlambat. Perdana Menteri mesti serius mengenai perkara ini. ”

Beliau mencadangkan penubuhan mekanisme kebangsaan untuk menamatkan retorik dan polemik di Sabah, Sarawak dan menangani rasa tidak puas hati di negeri-negeri Borneo.

Jeffrey telah dilabel sebagai “pemisah” kerana membangkitkan hak-hak Sabah di bawah 20 Perkara pra-syarat bagi Malaysia dan juga mempersoalkan mengapa Putrajaya telah melayan kerajaan PBS yang diketuai oleh abangnya Joseph Pairin Kitingan yang dipilih secara demokratik begitu teruk.

1 comments :

Sekarang kita sudah hampir destinasi. Tapi jaga jaga ya Tuan Jeff,kita harus ingat bagaimana pemimpin2 kita dulu telah mendahului kita kat sana. Faham kan? Kami sayang engkau..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...