Saturday, 27 September 2014

ANTARA PKBS DAN PROJEK IC !!! Oleh Anak Bugis Sabah

Dalam usaha menyusuri jejak bangsa, ramai rakyat Sabah terkeliru dan teruja untuk menggelarkan diri mereka sebagai anak jati Sabah tanpa mempedulikan perasaan kaum lain.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan misalnya, terlalu benci kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) sehingga membuat beberapa laporan polis dan yang terbaru mendakwa Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai dalang menggunakan Umno untuk merekrut PTI sebagai warganegara baru kerana yang telah mendapat kad pengenalan semasa 1993 serik untuk mengundi Umno dan merasakan mereka dikhianati.

Mungkin, telahan Dr Jeffrey Kitingan ada asas kerana Musa pernah terlibat menaja lebih 82,000 kad pengenalan projek kepada PTI pelbagai negara sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai integriti yang mungkin menjadi salah satu sebab kenapa Tan Sri Bernard Giluk Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan pada Rabu lalu. Kenyataan Jabar pernah disiarkan di Malaysia Today.

Namun agak keterlaluan apabila Dr Jeffrey melibatkan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) sebagai salah satu dalang melahirkan ramai PTI menjadi warganegara segera melalui kad pengenalan projek. Sebenarnya, dalam hal ini, ketika menjadi Pengerusi Task Force Umno Sabah, Musa Aman merasakan inilah peluang beliau untuk mendapatkan kuasa yang tidak pernah beliau perolehi dan menggunakan ’orang bugis’ yang tamak, Samsul Alang Hamsah memperdaya Pengerusi PKBS, Andy Bandy Pilu (abang ipar Haji Tukang Parendrang) agar menggunakan borang keahlian PKBS sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Andy Bandy bersetuju setelah mengadakan perjumpaan dengan Musa Aman dan Tun Ghaffar Baba (Ketua Perhubungan Umno Sabah) kerana memikirkan ketika itu Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) memburu warga Indonesia bagaikan memburu babi di hutan, melainkan yang beragama Kristian yang diberikan kad pengenalan merah dan dikahwinkan dengan orang Dusun.

Berduyun-duyun warga Indonesia beragama Islam berketurunan Bugis mengunjungi pejabat PKBS di seluruh Sabah untuk mendaftar sebagai ahli, namun mereka tidak mengetahui akan mendapat kad pengenalan projek. Di Kota Kinabalu misalnya, Pejabat Kontraktor Sri Padang Sdn.Bhd. di Bangunan Berjaya (kini Wisma SESB) dijadikan pejabat operasi PKBS. Pengarah Urusan Sri Padang, Haji Abu Ali Ganturon telah digunakan oleh Datuk Yahya Hussin dan Kahar Mohd Zain untuk merekrut bukan sahaja PTI Indonesia, malah India dan Pakistan dengan menggunakan borang yang sama.

Kebanyakan petugas PKBS merupakan mantan ahli jawatankuasa Perhimpunan Keluarga Indonesia di Sabah dan Sarawak (PERKISA) yang turut digunakan oleh Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh untuk merekrut PTI menjadi warganegara segera. Melihat senario ini, adalah tidak adil untuk menyalahkan PKBS dalam isu ini kerana mereka diperdaya oleh Musa Aman yang menjadi arkitek untuk mendirikan bangunan kuasa melalui ’warga mi segera’ yang sebelum ini dipelopori oleh Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun (Etnik Suluk Sabah), Datuk Harris Salleh (Filipina, Indonesia, Pakistan).

Namun apabila Kerajaan Barisan Nasional telah memperolehi kuasa melalui ’pintu belakang’ pada 1994, semua yang terlibat dengan Kad Pengenalan Projek ini disumbat ke Penjara Kamunting setelah melalui beberapa proses saringan dan siasatan, tetapi Musa Aman yang mendalangi sindiket ini terlepas, termasuk juga orang kuatnya, Haji Abu Ali Ganturon yang telah merasuah polis RM2 juta agar tidak ditahan ISA setelah ditahan di Jalan Gurney selama dua bulan.

Entah berapa Musa Aman bayar kepada Ketua Polis Negara untuk melepaskan diri daripada terlibat dengan tuduhan memudaratkan keselamatan negara? Musa Aman juga dipercayai merasuah Setiausaha Task Force Umno, Haji Jabar Khan Napi dan tahanan ISA yang lain agar tidak melibatkan beliau dengan sindiket berkenaan. Setelah sindiket tersebut tumpas, PKBS mendapat suntikan semangat yang baru kerana diterajui ’Anak Jati Bugis Sabah’, Osman Jamal, namun beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal apabila terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur kerana PKBS dicap sebagai merekrut PTI dan secara kebetulan beliau berketurunan Bugis.

Ramai pihak yang tidak berpuashati telah mengemukakan aduan palsu dan fitnah kononnya Osman Jamal turut terlibat dengan sindiket berkenaan dan memberi kebenaran kepada Orang Bugis PTI menceroboh tanah di Kinabatangan, Lahad Datu dan Sandakan sehingga Osman Jamal ’dibekukan’ dan digantikan dengan Datuk Mohd Jaffry.Ramai lupa bahawa isteri Musa, Rahmawati Idris, adalah PTI yang diberi kad pengenalan dan beliaulah yang turut mendalangi semua orang Bugis Indonesia mendapat kad pengenalan biru sehingga jumlah mereka menenggelami Bugis Tempatan Sabah.

Namun, yang benar tetap benar, Osman Jamal dikembalikan semula ke jawatannya sebagai Pengarah Tanah dan Ukur membuktikan semua dakwaan palsu yang dibuat sebelum ini tidak berasas.Sebenarnya, PKBS hanya diterajui oleh warga Malaysia berketurunan Bugis dan bukannya PTI dan PKBS tidak pernah mengeluarkan walau sekeping kad pengenalan projek kepada sebarang pihak. PKBS kini telah dibubarkan.

Bagaimanapun pemimpin rakus di dalam Umno Sabah, Ghaffar Baba, Musa Aman, Yahya Hussin, Samsul Alang dan sebagainya telah memperdaya Andy Bandy Pilu dan seluruh warga Indonesia yang berada di Sabah agar mendaftar sebagai ahli dan tidak mengetahui mereka sebenarnya akan menjadi ’kambing korban’ sebagai jamuan utama kenduri Umno merampas kuasa daripada PBS.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Bugis PTI ’tidak bersalah’ kerana menjadi mangsa ’liwat’ Musa Aman.

Kad pengenalan mereka dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di bawah potfolio Perdana Menteri!Kini, Musa Aman melancarkan semula gerakan merekrut PTI sebagai ahli dan pengundi dan siapakah yang menjadi mangsa kali ini? PKBS sudah lama berkubur. Mahu tidak mahu, Musa terpaksa menggunakan Umno kerana sukar untuk mendapat rakan kongsi yang bestari!

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...