Wednesday, 16 May 2012

Tanah Kami Rumah Kami

Warga warga kaum Iban yang membuat protes terhadap pencerobohan warga kapitalis terhadap tanah adat mereka di Balai Ringgi. Lokasi ini di Wisma Pelita.  Mereka dari pukul 11am sampai 2pm manakala sahabat #OccupyKUCHING bersama mereka dari malam semalam 14/5/2012 sampai subuh 15/5/12. Ada yang memberi sokongan makanan kepada mereka. Sokongan dari kaum Melanau bersama mereka dari malam semalam. Sekarang mereka hanya perlu sokongan wang untuk membayar tambang bas mereka. Sekarang ini hari ke-3 -16/5/12 mereka membuat protes tersebut. Mereka perlu solidariti dari kalian. Sebarkan. Mereka inlah yang sangat -sanagat memerlukan sokongan anda semua sebagai warga Sarawak.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lapuran terkini pada tarikh 16th. May 2012: melalui Encik. Augustine Bagat Ak Siuk
Guru ynag telah bersara , Ex JOAS President (Jaringan Orang Asal Se-Malaysia)



Laporan khas Protes Masyarakat Balai Ringin atas penafian hak tanah NCR :
Tempat : Tempat letak kereta, hadapan Menara Pelita

Nama Kampung yang tanah mereka dirampas :-

Kpg. Meyang, Kpg. Kerangan (Trusan, Takalong, Jaya, Sg. Engkatak, Baru), Kpg. Sg. Lensat, Sg. Tapang, Lemaong, Kpg. Kranji, Kpg. Danao, Kpg. Simpang Melikin, Kpg. Tinting Malikin, Kpg. Tembawang, Kpg. Tanah Mayang. Dianggarkan 15 kampung yang menghantar wakil. Sejarah ringkas, tanah mereka sebenarnya mendapat perlindungan Rajah Brooke dan seorang pun tidak dibenarkan masuk ke tanah mereka kecuali atas kuasa Pemancha/ ketua kaum.


Keluasan tanah yang dirompak : 9596 hacters/24949.6 acres

Syarikat yang membuat rompakan :
1. Tetangga Akrab Sdn Bhd


Milik  Orang Johor, Tan Siang Joddie2

2. United Teamtrade Sdn Bhd
 «tidak diketahui»

3. Memaju Jaya Sdn Bhd
Milik Ex ADUN Kedup, Yb Bayoi Aliscia 



Wang pampasan telah di ditawarkankan kepada penduduk tempatan adalah seperti berikut :

  RM300 untuk se-ekar tanah  dan kemudiannya tawaran dinaikkan sebanyak. RM1200/ekar.

Lapuran lanjut akan dilapurkan sebaik sahaja informasi diterima. Sila ikuti perkembangan isu semasa warga Sarawak melalui blog ini.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...