Wednesday, 13 May 2015
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) terhadap kenyataan akhbar online Filipina tentang kerjasama Malaysia dengan MNLF
Salam sejahtera, salam hormat, salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali ke-53 tahun saya ucapkan kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah didaftarkan secara SAH dibawah bidang kuasa perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dan bergerak aktif di Borneo dan di peringkat antarabangsa dengan nama NGO Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan berita luar negara daripada Republik Filipina dengan tajuk "Malaysia invites MNLF for talks on Sabah, Sarawak".
Dalam kenyataan akhbar online ini yang bernama Philstar, jurucakap Moro National Liberation Front (MNLF), Absalom Cerveza berkata bahawa mereka (MNLF) telah menerima jemputan untuk perbincangan tentang keberangkalian untuk memasukkan wilayah Sabah dan Sarawak ke dalam Republik Bangsamoro [1]. Tambahannya lagi, jemputan khas telah disampaikan oleh wakil kepada pemimpin MNLK, Nur Misuari namun jemputan tersebut belum diberi maklumbalas [2]. Selain itu, jurucakap MNLF memberitahu bahawa mereka belum jelas tentang agenda mesyuarat tersebut namun apa yang pasti isu mesyuarat tersebut adalah tentang usaha untuk memasukkan wilayah Sabah, Sarawak ke dalam wilayah Republik Bangsamoro yang merangkumi Basilan, Mindanao, Sulu, Tawi-Tawi, dan Palawan [3]. Selain itu juga, Cerveza mendakwa kononnya diawal pembentukkan persekutuan malaysia, kesultanan sulu telah memasukkan Sabah dan Sarawak [4]. Tambahannya lagi, kerajaan malaysia sememangnya mempunyai jalinan kerjasama sejak dahulu lagi sehingga mewujudkan kem latihan ketenteraan di malaysia (Sabah) diawal tahun 70an. Kini, malaysia didakwanya ingin mewujudkan semula jalinan kerjasama tersebut [5].
Pertama [1], pihak kami tidak terkejut apabila mendapat berita ini daripada portal Filipina. Ini kerana sememangnya dan sudah terbukti bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia dan kini sedang diterajui dibawah dominasi politik bn-umno telah dan sedang mengkhianati bangsa Negara Sabah khususnya dalam hal Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Kemerdekaan. Masa depan Bangsa Negara Sabah dipermainkan dan didokong oleh barua-barua malaya yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tempatan yang berada didalam parti umno Sabah, pbs, upko, pbrs, ldp, mca dan gerakan. Jikalau benar apa yang dilaporkan oleh artikel yang telah disiarkan ini, maka ini adalah satu PENGKHIANATAN BERAT yang sedang dilakukan oleh kerajaan dibawah kepimpinan najib razak. Pihak kami masih sedang menyiasat akan perkara ini tetapi apa yang dapat diperkatakan untuk peringkat awal, ia adalah seolah-olah bn-umno sedang berusaha untuk mewujudkan satu lagi raksasa ketakutan yang akan digunakan untuk pru-14 pada tahun 2018.
Kedua [2], jemputan khas yang telah disampaikan oleh wakil kerajaan malaysia kepada pemimpin MNLF adalah satu usaha untuk "Menikam Belakang" kerajaan Republik Filipina. Dengan usaha sebegini, bukankah ini jelas bahawa kerajaan malaysia sedang mengganggu Kedaulatan negara jiran di Asia Tenggara? Apakah akan ada lagi usaha untuk melatihkan pasukan pemberontakkan dan pembekalan senjata api kepada MNLF untuk membantu mereka menentang kerajaan Republik Filipina? Adakah ini adalah antara agenda yang ingin dijayakan dengan syarat MNLF membantu untuk menghuru-harakan Negara Sabah agar lakonan drama ini mampu menakutkan bangsa Negara Sabah daripada meneruskan usaha untuk memerdekakan negara Sabah daripada cengkaman penjajahan malaya?
Ketiga [3], pihak kami memahami usaha MNLF untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah yang dituntut dikawasan Filipina namun apabila ia menyatakan bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah tersenarai daripada agenda mereka, maka dengan itu pihak kami menentang habis-habisan akan usaha tersebut. Filipina sering menggunakan sejarah sebagai alasan untuk mereka meneruskan tuntutan keatas Negara Sabah. Tetapi apabila kajian mendalam dan terperinci dilakukan malah ia telah dibawakan ke peringkat antarabangsa iaitu International Court of Justice (IJC), tuntutan mereka (Filipina) ternyata dengan jelas adalah terbatal, tidak berasas dan tidak diperakui. Sejarah yang telah direkodkan di Negara Brunei telah membuktikan bahawa Sultan Brunei tidak pernah menyerahkan hak pemilikkan keatas Sabah kepada kesultanan sulu. Itu semua sudah tercatat didalam rekod sejarah Negara Brunei. Kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia pula telah membuat sejarah longkang dan memutar-belitkan fakta sejarah ini tanpa merujuk kepada sumber sejarah yang sahih di Negara Brunei dengan menggunakan isu ini sebagai permainan politik mereka. Ia didalangi oleh umno-bn Sabah. Rakyat Negara Sabah mesti membuat laporan Polis terhadap kerajaan malaysia kerana sedang melakukan satu konspirasi untuk menjahanamkan Negara Sabah khususnya dalam kontek isu ini. Ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh-temeh.
Keempat [4], pihak kami yakin bahawa jurucakap ini mempunyai kecetekkan ilmu sejarah dan dibuai oleh mimpi siok sendiri. Dakwaan seperti ini adalah dakwaan bodoh. Sila rujuk artikel "Sabah and the Sulu Claim" dan "Sultan Brunei TIDAK pernah serahkan Timur Sabah kepada sulu" untuk memahami sejarah sebenar yang berfakta tanpa manipulasi daripada malaya. Satu lagi, sejak bila Negara Sarawak mempunyai jalinan sejarah dengan kesultanan sulu? Tidakkah ini sudah jelas umno dibawah kepimpinan najib sedang menyampaikan isyarat untuk mengancam Kerajaan Negara Sarawak secara tidak langsung dibawah kepimpinan Ketua Menteri Negara Sarawak, Tan Sri Adenan Satem?
Kelima [5], Gerombolan pemimpin-pemimpin bn-umno Sabah adalah orang yang mesti bertanggungjawab penuh terhadap segala permasalahan yang timbul di Negara Sabah terutama sekali dalam aspek keselamatan. Pemberian IC secara haram untuk menjadikan orang asing sebagai warganegara ini telah memberi ancaman kepada landskap politik Negara Sabah. Ini kerana kemenangan bn-umno bukanlah berdasarkan kepada sokongan majoriti rakyat tempatan tetapi adalah atas sokongan warganegara asing yang telah dilayakkan melalui projek IC agar kuasa politik rakyat Tempatan dalam memilih kerajaan dapat dinafikan. Kini, adakah rakyat tempatan Negara Sabah masih buta, pekak dan bisu dalam hal ini? Apakah rakyat Negara Sabah masih terlalu bodoh untuk terus menyokong bn-umno agar dapat menghancurkan masa depan generasi Negara Sabah? Apakah anda akan terus mempertahankan pemimpin-pemimpin bn-umno di Negara Sabah yang jelas sedang mengkhianati anda serta menjahanamkan Negara Sabah dengan permainan politik yang kotor, hina dan jijik ini?
Sila luangkan masa anda untuk berfikir sejenak. Adakah anda benar-benar masih mahu mempertahankan mereka untuk pru14 pada tahun 2018? Lihat anak-anak kecil anda yang kian membesar, golongan remaja yang kian menjadi dewasa serta pasangan yang ingin dan baru berkahwin. Apakah anda ingin menghancurkan masa depan mereka dengan kebodohan anda yang bermati-matian mempertahankan PENGKHIANAT DAN PENJAHANAM BANGSA (bn-umno)??? Jikalau tidak, sebarkan mesej ini dan sampaikan kepada semua orang untuk pengetahuan mereka bahawa bn-umno di Negara Sabah MESTI DITUMBANGKAN sepenuhnya sebagai tindak balas terhadap pengkhianatan mereka terhadap Bangsa Negara Sabah. Terakhir sekali, betulkan sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak yang salah didalam buku teks sejarah sekolah!
Malaysia total rejection of Sulu claim must be resolute - Yong
KOTA KINABALU - A former Chief Minister wants Putrajaya to clarify reports that Malaysia is willing to entertain the idea of the possible inclusion of Sabah (and Sarawak) into the proposed Bangsamoro republic.
Datuk Yong Teck Lee, quoting a Philippines Star newspaper report, said a Malaysian emissary met with the secretary general of the Sulu Sultanate, and reported their stand that the Sulu Sultanate has proprietary rights over the disputed territories (of Sabah and Sarawak).
He claimed that the Moro National Liberation Front (MNLF) had received a formal invitation from an emissary of the Malaysian government "for exploratory talks on the inclusion of Sabah and Sarawak into the Bangsamoro republic."
“While I do not think for a moment that the Malaysian government is so mad as to give up Sabah, there is reason to worry that our officials might have sent a dangerously ambiguous message to the MNLF and other Moro groups that Malaysia is softening its stand on the Philippines/Sulu claim on Sabah.
"It is likely that MNLF and so-called Sulu sultanate officials will now spread the word that they (MNLF and Sulu Sultan) are going to succeed in their claim over Sabah in their propaganda war. Already, Sabah appears in some Filipino maps,” he said.
He believed such a wrong signal was possibly sent out by Malaysian bumbling bureaucrats.
Yong said Malaysia total rejection of the Philippines/Sulu claim on Sabah must be resolute, unambiguous and firm and backed by solid actions on the security, economic and diplomatic fronts.
“But, instead of being clear and firm, the Malaysian government seems to have sent a disastrously wrong signal to the Philippines that Malaysia is willing to entertain the idea of the possible inclusion of Sabah (and Sarawak) into the proposed Bangsamoro republic," he said Tuesday.
Yong warned that the consequences of mishandling the Philippines/Sulu claim on Sabah is much more severe and long lasting.
Yong who is also president of Sabah Progressive Party (SAPP) also warned that this perceived softening of Malaysia's stand on the Philippine claim will re-energise the millions of Filipinos in the Southern Philippines, especially the Moros, that they have a chance of gaining Sabah.
“Any slight hint of success in their Sabah claim will embolden Filipinos, raise their false hopes and re-ignite cross border crimes. If this happens, it will be Sabahans who will have to pay a heavy price in time to come,” he added.