Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Tuesday, 12 May 2015

Adenan temui 'aktivis pemisah'

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan bertemu dengan pegawai Bruno Manser Fund (BMF) yang menjadi pengkritik tegar Tun Abdul Taib Mahmud.

Dalam sesi khas di Kedutaan Malaysia di London itu semalam, Adenan juga bertemu dengan wanita kelahiran Sabah yang kini menjadi buruan, Doris Jones.

BMF adalah pertubuhan berpangkalan di Switzerland dan kerap membuat tuduhan terhadap kerajaan Sarawak.

Doris dikehendaki polis kerana didakwa terbabit dalam kegiatan mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Melaui laman Facebook, Doris berkata, Adenan ada menyatakan sesuatu kepadanya dalam pertemuan berkenaan.

"Orang Sarawak akan tahu juga nanti. Tetapi apa yang diperkatakan beliau tidak jauh daripada apa yang saya jangkakan," katanya.

Malaysia invites MNLF for talks on Sabah, Sarawak

MANILA, Philippines - The Malaysian government has invited the Moro National Liberation Front for possible exploratory talks on the inclusion of disputed territories Sabah and Sarawak into the Bangsamoro Republik, an MNLF official said yesterday.

MNLF spokesperson Absalom Cerveza told The STAR that an emissary has formally invited MNLF chairman Nur Misuari for possible talks in Malaysia, but Misuari “has not yet responded.”

Cerveza said there is no clear agenda yet but the meeting is about the inclusion of Sabah and Sarawak into the declared territory of Bangsamoro Republik, comprised of Basilan, Mindanao, Sulu, Tawi Tawi and Palawan.

A Malaysian emissary met with Datu Abraham Idjirani, the secretary-general and spokesman for the Sultanate of Sulu that has proprietary rights over the disputed territories.

Cerveza said that prior to the creation of the Federation of Malaysia, the Sultanate of Sulu included Sabah and Sarawak. And the proprietary rights of the Sultanate are the basis for inclusion of the disputed territory in the Bangsamoro Republik.

Cerveza said Malaysia and the MNLF have been close allies in the past. The MNLF was even allowed to set training camps in Malaysia in the early ’70s. Now Malaysia wants to revive the alliance.

In July 2013, Misuari proclaimed the independence of Bangsamoro Republik two months before the MNLF attempted to raise its flag in Zamboanga City that triggered a three-week fighting and resulted in the death of hundreds of people.

Cerita yang DISEMBUNYIKAN selama ini daripada pengetahuan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak...

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin mengesahkan bahawa mesej ini yang sedang viral dalam group whatsapp memang benar. Sila baca dan sebarkan...

Copy paste...

Satu hari full saya tengok dokumentari khas di Singapore hari ini....Memang benar 100% apa yang DDJK cakap selama ini... Perjuangan SSKM pun sangat2 benar....Singapore dikeluarkan dari gabungan 4 negara yg dipanggil "Federasi Malaysia". Singapore dikeluarkan oleh Tunku AR kerana Lee Kuan Yew yg juga status Perdana Menteri menentang struktur politik "Malaysia Malaysia" yang kini ditukar menjadi Barisan National..... Menurut Lee, Malaysia Malaysia adalah satu perangkap mencampuri urusan politik negara gabungan dgn tujuan memusatkan kesemua kekayaan dan cukai di Kuala Lumpur... Lee bukan hanya menentang bagi pihak Singapura tetapi juga bagi pihak North Borneo dan Sarawak... Lee pernah menangis dpn Queen Elizabeth II bukan kerana mengenangkan nasib Singapura yang ditendang keluar dari Malaysia tetapi beliau menangis kerana Sahabat baik beliau iaitu Tun Fuad, Tun Mustapa dan pemimpin Sarawak tidak sedikit pun membela beliau kerana termakan fitnah dari Tunku.... Asalnya, Sabah Sarawak tidak teringin pun menerima pelawaan Tunku AR membentuk Malaysia tetapi oleh kerana mereka yakin bahawa Lee sendiri bersetuju membentuk Malaysia, maka para pemimpin Borneo juga akhirnya bersetuju....Barisan Nasional adalah jalan penaklukan rupanya.... Saya beruntung dpt mendengar dan membaca info yang langsung tidak pernah diungkapkan di Malaysia selama ini....

terperangkap. tapi jangan lupa. lee kuan yew jg yg berabis memujuk sabah sarawak menyertai malaysia. nasib berpihak jg dgn lee kuan yew. lee mmg sorg peguam setanding tunku. rentak kuala lumpur mudah di baca olehnya. double Tun dr sabah tidak nampak itu. dan nasib malang parti stphen kalong. bila saja menang keputusan di nafikan. kalong di tangkap. srwk under emergency........srwk cuba mengorak laluan singapore jg di bungkus daun pisang.

Dokumentari tadi khas untuk memperingati perjuangan mendiang Lee Kuan Yew... Rupanya, bukanlah Tunku seorang yang menjadi "KEY" kepada pembentukan Malaysia...Tun Fuad dan Tun Mustafa rupanya adalah sahabat baik Lee dan saya tergamam melihat video Tun Fuad dan Tun Mustafa duduk semeja dengan Lee Kuan Yew semasa mereka membuat keputusan bersama untuk membentuk Malaysia... Tunku yang berstatus Ketua Menteri Malaya cuba menjadi "leader" kepada 4 ketua negara dan ianya ditentang oleh Lee...Lee berpendapat bahawa Perdana Menteri "Federasi Malaysia" mesti rolling atau bergilir-gilir.... Lee menuduh Tunku di Dewan Parlimen sebagai " power monopolise"..... Selesai sahaja sidang Dewan Parlimen, golongan pimpinan muda UMNO ketika itu(zaman muda geng Mahathir) mula menyebarkan fitnah kononnya Lee Komunis Leader, Cina mahu merampas keistimewaan Bumiputera dan dan perkauman mula ditiupkan.... Cerita yang sebenar adalah tidak pernah kita dengar... Lee menentang Tunku kerana "Malaya Agenda" yang ingin dilakukan oleh Tunku... Agenda Malaya terlalu kuat dan deras menguasai politik negara gabungan kerana sokongan majlis raja-raja yg akhirnya membentuk penggiliran tetapi menurut Lee, Perdana Menteri FEDERASI juga sepatutnya di gilir-gilir....semua apa yang kita belajar/ dgr dari pemimpin2 politik selama ini adalah palsu...Istilah "Agenda Malaya" bukanlah datang dari DDJK tetapi asalnya Lee Kuan Yew yang asaskan bagi menentang fahaman politik " Malaysia Malaysia"alias Parti Perikatan dan kini menjadi "Barisan Nasional"....

Copy paste "Power Monopolise"

Sebap itu lah mengapa Malaya menurun kan taraf Sabah Sarawak daripada Negara kepada Negeri.

Jika ikut peraturan Royalty Minyak Antarabangsa, hanya Negara yang ada kuasa terhadap hasil minyak yang terdapat dalam Negara. Jika minyak yang digali itu dalam kewasan negeri, negeri tersebut hanya layak mendapat royalty 5% dan keatas tertakluk kepada kelulusan Negara.

Naa.. kamu nampak suda ka apa sebap Sabah Sarawak kena turun taraf.? Malaya mahu semua hasil dipusatkan di Malaya. Kalau Sabah Sarawak Masih berstatus Negara, Malaya tidak dapat berbuat apa apa terhadap hasil minyak kita kerana tiada yang dikatakan Negara Malaysia sebalik nya Malaysia adalah Persekutuan yg ditubuhkan oleh 4 buah Negara.

Jelas lah apa yang dikhuatiri oleh perdana menteri Singapura LKY adalah benar.

Share dari kwn.

Baca k jangan tidak baca. Mari Kita semua repost kebenaran ini....
Baca k. Kmu anak2 muda mesti mengetahui sejarah negara sendiri

Don’t lose all like Sabah, warns Kitingan

Sabah is in a bad situation and struggling against Umno dominance, Bingkor assemblyman Jeffrey Kitingan tells Sarawakians.

KUCHING: Against wildfire rumours that Sarawak Chief Minister Taib Mahmud will be stepping down next month,  Sabah’s Bingkor assemblyman Jeffrey Kitingan has warned Sarawakians to be wary of Umno.

Recalling the ousting of then strong  Party Bersatu Sabah (PBS) in 1994 resulting in the entry of Umno, Kitingan said: “People of Sarawak must learn from mistakes made by Sabah.

“Sabah is now fully controlled by the federal government that is controlled by Umno.

“Don’t gamble with the future of this country by allowing the entry of Umno.”

He admitted that Sabah was in a very bad situation.

“Everything is dominated by the federal government, including immigration and illegal immigrants. Sabah people have no control any more, ” he said when met here.

He said if Sarawak allows Umno in, then the state and its people will lose everything.

“If Sarawak makes room for Umno to get a foothold in this country (Sarawak) believe me, they will control everything that is here including the wealth of the earth here.

“If this happens it will be a sad day,” he said.

Kitingan further cautioned that Umno will not stop trying to come into and takeover Sarawak.

“I’m sure Umno will never stop working to take the opportunity to realize their intentions. They want Sarawak” he said.

He urged the state and local political parties to be strong and defending against any party or coalition wanting to ‘colonise and takeover’ Sarawak.

“The state and local political parties in the state should push them to be more powerful to break the Umno efforts and this includes Pakatan Rakyat.

“To me  Umno and PR  (Pakatan) are not much different,” Kitingan said.

TOK JANGGUT MENENTANG KERANA CUKAI YANG TINGGI DIKENAKAN KEPADA RAKYAT..!!! MARI BELAJAR SEJARAH...

TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN

(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

FAKTOR PENENTANGAN
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

SSKM: kalau rasa bahagia siapa hendak cerai?

Kalau sesebuah perkahwinan itu bahagia, siapa yang hendak minta cerai? Keluhan rakyat Borneo yang diwakili Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) seharusnya diambil sebagai rujukan dan teguran bagaimana kita boleh menambahbaikkan persekutuan Malaysia.

Sedih sekali saya membaca berita penangkapan 9 aktivis SSKM oleh polis di Tuaran, Sabah kerana mengedarkan risalah dan memungut tandatangan untuk kempen kemerdekaan.

Sedih lagi apabila saya tidak membaca berita Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membela kebebasan mereka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana mereka boleh buat tidak nampak ketidakadilan yang ditimpa ke atas saudara senegeri/sepulau mereka?

Mungkin ada yang salah faham pembelaan di sini bermaksud sokongan kepada tuntutan mereka untuk keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Bela hak sekalipun tidak bersetuju pendirian

Ini dua perkara yang berbeza. Membela hak seseorang tidak bermaksud kita bersetuju dengan pendirian seseorang. Sebaliknya tidak bersetuju dengan pendirian seseorang itu tidak bermaksud kita boleh melucutkan hak mereka.

Sebagai contoh, kalaulah ada orang Kelantan cadangkan Kelantan keluar dari Malaysia jika kerajaan persekutuan enggan membenarkan negeri itu melaksanakan hukum jenayah syariah.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan untuk laksanakan hukum jenayah syariah di Kelantan tanpa perbincangan dan pembahasan yang menyeluruh dan terbuka dan penggubalan perlembagaan yang baru.

Saya juga tidak bersetuju kemerdekaan Kelantan sesuatu yang menguntungkan Kelantan ataupun yang lain dalam Malaysia.

Tetapi, saya akan mempertahankan berhabis-habisan hak seseorang itu untuk memperjuangkan perlaksanaan hukum jenayah syariah di Kelantan atau kemerdekaan di Kelantan sungguhpun saya juga akan berbincang atau berbahas berhabis-habisan dengannya untuk mengubah pandangannya.

Penaakulan, bukan keganasan

Cara masyarakat beradab menangani perbezaan pendapat sememangnya berasaskan penaakulan (reasoning).

Kita berbincang secara rasional dan terbuka dan kemudian membuat keputusan mengikut kemahuan majoriti, kecuali perkara itu berkaitan dengan hak asasi manusia.

Ini berbeza dengan zaman purba - atau apabila puak-puak pengganas seperti Isis, Boko Haram, Khemer Merah, Nazi bermaharajalela di mana perbezaan pendapat diselesaikan dengan keganasan, ditentukan di medan peperangan atau bilik penderaan.

Dalam dunia purba, hujah yang menang bukan hujah yang paling munasabah, adil atau meyakinkan, tetapi hujah dipegang puak yang paling kuat dan paling kejam.

Melalui pilihan raya, undi dalam parlimen dan pungutan suara, demokrasi mendukung keamanan dengan menggantikan "pemancungan kepala" dengan "pengiraan kepala".

Maka, aktivis SSKM cuma harus ditahan jika mereka menyebarkan idea mereka dengan keganasan dan memaksakan matlamat perjuangan mereka ke atas orang lain.

Tetapi, daripada laporan media, mereka cuma mengedarkan risalah dan memungut tandatangan. Mereka tidak mengambil pistol atau pedang memaksa orang lain membaca risalah, bersetuju dengan mereka dan menurunkan tandatangan.

Dalam kata lain, mereka yang bersemuka dengan aktivis SSKM ini bebas menolak risalah dan borang tandatangan mereka.

Apakah pencapaian dan kejayaan yang dicapai Sabah dan Sarawak sejak 1963 akan kalah kepada sehelai risalah propaganda pemisah dalam hati rakyat Sabah dan Sarawak?

Apa dalam hati polis negara Malaysia yang sudah berumur 52 tahun itu rapuh (fragile) sekali, sampai boleh pecah berkecai kerana dilontar sehelai risalah tipis?

Ke mana perginya slogan "Sabah/Sarawak maju bersama Malaysia"? Ke mana perginya keyakinan kita terhadap negara kita sendiri? Kalau rasa bahagia siapa hendak cerai?

Polis berkewajipan memberitahu orang awam sama ada mereka mendapat maklum balas sememangnya ramai rakyat Sabah dan Sarawak sememangnya menyokong cadangan pemisahan?

Kalau tidak, "ancaman" ini ditangani dengan cara kekerasan, dan bukan cara politik? Bukankah pemimpin seperti Adenan sebelum ini menolak gagasan pemisahan anjuran SSKM ini sebagai "bodoh" kerana ia tidak memanfaatkan Malaysia Timur?

Apakah hujah pemimpin pro-Malaysia tidak diterima kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak?

Ramai atau kurang penyokongnya, kempen SSKM ini sebenarnya dugaan yang bakal membawa hikmah.

Di belakang tuntutan kemerdekaan itu ialah keluhan dan ketidakpuasan rakyat Sabah dan Sarawak tentang kemajuan, kebajikan dan kesejahteraan negeri mereka selama 52 tahun ini.

Kalau kita meneliti suara tidak puas hati ini dan mengambil langkah untuk menambahbaikkan persekutuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, sehingga rakyat Sabah dan Sarawak yakin sekali masa depan paling cerah sebagai sebahagian dari Malaysia, sudah tentu golongan pemisah tidak ada pasaran langsung.

Kalau rasa bahagia, siapa hendak minta cerai? Itu sememangnya naluri manusia.

Kalau suami atau isteri kita marah dengan kita dan mengancam ingin bercerai, apakah tindakan kita? Dengar suara hatinya, jelaskan salah faham, saling memohon maaf dan cari pendamaian untuk sengketa lama dan baru? Ataupun kita menampar mukanya atau mengurungkannya dalam bilik sebagai amaran supaya dia jangan sekali-kali berani menimbulkan cadangan penceraian lagi?

Mana cara yang akan berjaya menjamin perkahwinan yang bahagia? Apakah keganasan rumah tangga itu kunci kebahagiaan perkahwinan? Ramai rakyat Sabah dan Sarawak merasakan "negara" mereka menjadi tanah jajahan Semenanjung kerana selepas 52 tahun, Sabah dan Sarawak masih mundur sungguhpun dikurniakan dengan pelbagai sumber manusia daripada minyak dan gas, sampai ke hutan rimba.

Ini asas hujah utama yang dieksploitasi golongan pemisah seperti SSKM.

Perasaan itu mungkin subjektif dan kurang berasas, tetapi ia tidak boleh dinafikan kewujudannya dengan mengemudikan kepala kita dalam pasir seperti burung unta.

Kalau kerajaan persekutuan dan negeri berpendapat keluhan sebegini adalah pembohongan sama sekali, kerana sememangnya Sabah dan Sarawak telah mendapat yang sebaik-baiknya, maka tunjuklah "bukti-bukti kebahagiaan" Sabah dan Sarawak, supaya rakyat negeri Borneo akan insaf dan bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Sebaliknya, kalau sememangnya ada kekurangan dan eksploitasi dalam layanan Sabah dan Sarawak oleh kerajaan persekutuan, sekalipun belum sampai tahap penjajahan, maka paradigma hubungan persekutuan - negeri baru yang adil dan munasabah mesti diikhtiarkan supaya Sabah dan Sarawak akan mendapat layanan yang wajar dan adil, dan benar-benar "maju bersama Malaysia".

Hadapi tuduhan dan tuntutan SSKM dengan hujah, bukti dan cara penyelesaian adalah satu-satu caranya kita boleh memastikan kesinambungan Malaysia sebagai sebuah persekutuan yang berdasarkan kesukarelaan dan bukan paksaan.

Penangkapan aktivis SSKM sebenarnya cuma menyokong tuduhan mereka bahawa rakyat Sabah dan Sarawak dizalimi.

Kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri, jangan cuba menuduh saya sebagai menyokong pergerakan pemisahan Sabah dan Sarawak.

Saya sama sekali tidak menyokong penceraian. Saya cuma menolak keganasan rumah tangga.

Tuduhlah saya dan rakyat Malaysia lain yang sama pandangan hanya jika kerajaan Datuk Seri Najib Razak yang kononnya menerajui kempen kesederhanaan global itu ingin menunjukkan kepada dunia bahawa baginya, "keganasan rumah tangga adalah satu-satu caranya untuk menyelamatkan sebuah perkahwinan". – 8 Februari, 2015.

High hopes on Malaysia to push for rights to self-determination

ASEAN FOCUS: Across the border from Kelantan, Muslim-majority Pattani is one of the three provinces in Thailand - covering an area of approximately 10,936.864 square kilometres - that has been trapped in an ongoing cycle of civil unrest.  

With an estimated population of close to two million people, the other two provinces in Southern Thailand are Yala and Narathiwat. 

A total of 17,005 deaths and injuries were recorded in southern Thailand within the 10-year period (January 2004 to April 2014), according to figures from Deep South Watch, a monitoring body based at the Prince of Songkla University Pattani campus.  

A Muslim Pattani, Areena Doloh, told Theantdaily that the community have placed high hopes on Malaysia as Asean chairman to help lobby support for their struggle to achieve peace.   

“I came here (to Malaysia) to raise awareness on the conflict in Pattani and southern Thailand.

“The Thai government (in Bangkok) is not serious in addressing the problem,” said the undergraduate student at the Prince of Songkhla University.   

According to Pattani peace activist Arfan Wattana, the true voice of the people must be heard in the ongoing peace negotiations with Bangkok - a process which started two years ago and facilitated by Malaysia.  

And this, Arfan argued, would only be realised if the people’s right to “self-determination” - a legal right recognised by the United Nations for all people “to freely choose their sovereignty and international political status.” 

“Many people in Pattani do not even know the status of the peace talks with Bangkok.  

“Just like in Sabah and Sarawak, people who speak up about the right to self-determination are often accused of (only) wanting Independence,” said Arfan.  

He stressed that fighting for Independence is just one option that can be considered in exercising the people’s right to self-determination, aside from seeking to hold a referendum or fully supporting any government-backed peace talks.  

On April 1, Thailand Prime Minister General Prayuth Chan-ocha reportedly announced that the military government has lifted martial law which was imposed on May 19 last year, after months of anti-government protests. 

Prayuth had at the time said that martial law would be replaced with a new security order and Reuters news agency reported that Thailand's National Reform Council will finish its week-long debate on April 26 before sending the draft constitution to the Cabinet and the junta regime for feedback.

This new security order was heavily criticised by human rights groups for fear that it would give more powers to the Thai military regime. 

Meanwhile, apart from mediating the peace talk between Pattani and Bangkok, Malaysia had also played a part in brokering a similar agreement in Mindanao, Southern Philippines. 

The peace deal, witnessed by Prime Minister Najib Abdul Razak, was signed between the Philippines government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).  

More than 12 years of negotiations, however, is now on the verge of collapsing after an anti-terror operation in Mamasapano on Jan 25 reportedly ended with a deadly confrontation that claimed the lives of Moro fighters and more than 50 police commandos.  

On March 29, The Star quoted Defence Minister Hishammuddin Hussein as saying that Malaysia is preparing offshore military bases in the Sulu Sea, to intercept potential refugees from Mindanao in the event of a breakdown of the peace process. 

As of March 17, the International Organisation for Migration reportedly quoted government sources who indicated that 123,000 people, or 24,700 families have been forced to flee their homes in Maguindanao, a province located in the Autonomous Region of Muslim Mindanao (ARMM). 

At the Asean People’s Forum (APF) 2015, where 1,400 delegates from civil society groups across the region had gathered ahead of the 26th Asean Summit, these voices were also heard from communities who are living in situations of conflict or post-conflict - including from Myanmar, Acheh and Timor Leste.  

In Malaysia, any talks of a ‘separation’ between Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia have been criminalised under the amended Sedition Act.  

Even so, more and more Sarawakians and Sabahans are now demanding for their rights to be treated as equal partners - the same status as Malaya - in the formation of Malaysia, instead of merely considering Sarawak and Sabah as the 12th and 13th states in the Malaysian Federation.

As the current chairman of Asean, there is high hopes placed on Malaysia to play its role in not only mediating peace talks, but also ensure that the true spirit of a “people-centered Asean Community” can be achieved.   

This commitment was first made by Najib himself when he received the Asean chairmanship from Myanmar president U Thein Sein in October last year and also reiterated by government leaders who spoke at the APF.  

And indeed, while Malaysia has been credited for its contributions towards achieving peace in the region, the Najib Administration can certainly do more to ensure that any voices of dissent among our own citizens are also not silenced. 

Rakyat Sabah Sedang Diajar Tentang Erti Sebuah Kehancuran...

Selepas transisi penuh British di bumi Sabah pada tahun 1974, Malaya @ Tun Razak sangat anti Usno dan Tun Mustapha kerana:

1. Tidak bersetuju Sabah diturunkan kepada Negeri;

2. Tidak bersetuju menyerahkan Jabatan2 dan Lembaga2 Kerajaan Sabah kepada Malaya;

3. Tidak menandatangani royalti minyak 5%; dan 

4. Malahan mahu pula disemak semula Perjanjian Malaysia 1963.

Lantas Malaya @ Tun Razak menubuhkan Parti Berjaya pada 15 Julai 1975 untuk hapuskan kuasa Usno Tun Mustapha. Antara pemimpin utama Parti Berjaya untuk hapuskan kuasa Usno dan Tun Mustapha ialah:

1. Presiden: Datuk Harris Mohd Salleh;

2. Timbalan Presiden: Datuk Ganie Gilong;

3. SU Agung: Datuk Mohd Noor Mansur; dan

4. T/SU Agung: Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Sesudah Parti Berjaya dapat menghapuskan kuasa Usno dan Tun Mustapha maka:

1. Mendadak Sabah diturunkan kepada Negeri;

2. Mendadak royalti minyak 5% ditandatangani;

3. Mendadak Jabatan2 dan Lembaga2 Kerajaan Sabah diserahkan kepada Malaya; dan

4. Sampai sekarang Perjanjian Malaysia tidak disemak.

Moralnya ialah rakyat Sabah tidak bertuah kerana hapuskan kuasa Usno dan Tun Mustapha.

MUNGKIN MALAYA MENJAJAH SABAH SERIBU TAHUN LAGI!

- Naspazi (26 April 2015)

***Lihatlah dan sedarlah kisah sejarah lalu bagaimana Bangsa Negara Sabah diperdayakan untuk membenci Pejuang Kebangsaan yang begitu cintakan Negara dan disebabkan kebodohan kerana terpedaya dengan permainan malaya, Bangsa kita dijatuhkan oleh orang sendiri. Apakah anda masih tidak mahu mempelajari sejarah ini dan mengelak daripada ia berulang lagi??? Suara pemimpin-pemimpin malaya penuh dengan ketidakjujuran dan tipu muslihat. Lebih teruk lagi ia disokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang menjadi barua malaya (penjilat tegar punggung malaya). Adakah anda salah seorang daripada mereka? Jikalau tidak, sebarkan mesej ini...***

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...