Sunday, 11 January 2015
Sunday, January 11, 2015
18 Points
,
20 Points
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
History
,
North Borneo
,
Sabah
,
Sarawak
,
United Nation
No comments
Today in History
Representatives from Sabah and Sarawak demanded a higher degree of autonomy as part of the bargain which were included in the 20-point agreement and 18-point agreement respectively. It has also been argued that Sabah and Sarawak have equal status to that of Malaya as a whole, however the Constitution of Malaysia have listed both these entities as merely 2 of the 13 states of Malaysia, suggesting that Sabah and Sarawak is an equal status with the states in the Federation of Malaya. But history establishes beyond the shadow of doubt that Sabah and Sarawak is a sovereign state after gain her independence from United Kingdom. State of Sabah 31 August 1963, Kingdom of Sarawak 22 July 1963 Interestingly, not many Malaya government official want to accept this fact but slowly erasing Sabah and Sarawak from autonomous region or from Special Administrative Region check list through social media, prime government and private media and internationally.The Sedition Act in Malaysia is a law prohibiting discourse deemed as seditious. The act was originally enacted by the colonial authorities of British Malaya in 1948 and preventing activist spreading the truth. Sedition Act violates East M'sian rights.
The Federal Government of Malaya has been warned of the consequences of amending the Sedition Act 1948 by the Umno-led government, in order to make it unlawful for the people of Sarawak and Sabah to exercise their legitimate right in voicing their grievances over what they see as the failure of the promises of Malaysia to uphold civil liberties and democratic freedom.
http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement
WHAT DO THE FEDERAL GOVERNMENT SHOULD DO?
The federal government should correct the true facts of history and restore the basis of the formation of Malaysia on 16 September 1963 and not create mis-information on the rights of State of Sabah and Kingdom of Sarawak who formed Malaysia with the Federation of Malaya by threatening nationalists who are seeking the restoration of these rights'' responding to threats of action against alleged secessionists. The issue of secession does not arise at all. In 1963, Sabah and Sarawak merged with the Federation of Malaya and Singapore to form Malaysia and partly to help solve their problems.If we go back in history in 1965, it will be noted that the federal government and the government of Singapore signed the separation agreement even before the matter was tabled in the federal parliament for approval on 9 August 1965.
“Wouldn’t it be secessionist and treasonous for the separation agreement to be signed before it was tabled in Parliament?” Wouldn’t the calls by Umno leaders, religious bigots and Malay extremists to chase out other Malaysians and for them to leave the federation be separatist, seditious and treasonous? asked Dr. Jeffrey.The real issue at hand is that the people in Sabah and Sarawak are unhappy and they have every right to voice their unhappiness with their many, many grievances.
Sabahans and Sarawakians now realize that they have been taken for a ride and cheated by Malaya in the name of the federal government. Malaya have taken over and treated Sabah as it is a Malayan colony.
The federal leaders should take a drive round Sabah and look at the reality of the situation in Sabah. In 2010, the World Bank reported that Sabah is the poorest State in Malaysia where 40% of the nation’s poor are in Sabah and Labuan. This is re-affirmed by the PM’s Department in 2012. This is a slap for the federal and Sabah governments for Sabah would have contributed some RM63.3 billion to Petronas and the federal government for 2012-2014 while only receiving RM3.34 billion. Apart from being the poorest, its oil and gas resources have been taken away, loss of State revenues, population re-engineered with the unlawful issuance of dubious ICs and MyKads to non-qualified immigrants and the rights of Sabah trampled and the Malaysia Agreement not complied with.
There is nothing sinister or wrong for Sabah and Sarawak to want their rights in MA63 including the 20-Points to be respected and honoured together with the promises and assurances made by the Malayan leaders. There is nothing seditious or treasonous in raising these rights and voicing out these grouses.The IGP should know Sabah rights better by just noticing that the head of the police in Sabah is different from the CPOs in the other Malayan states.The Malayan federal leaders will be committing the greatest sin against Malaysia as well as against Sabah if they arrest the people to shut our voices.
The world is watching
“Sabahans and Sarawakians will not be cowed by the threats of arrest as the fight for their rights will go on even with my arrest. I do not intend to prepare anything and I will just pray. Any arrest will be good for the struggle for Sabah and Sarawak and it will get stronger and eventually lead to the separation of the Borneo States” stressed Dr. Jeffrey. Before carrying out any arrests, the federal leaders need to understand that Sabah and Sarawak agreed to the formation of Malaysia. Sabahans and Sarawakians are clamouring for the restoration of their rights which are well documented.
If the basis of formation is not honoured, Sabah and Sarawak have the legal right not to continue with Malaysia. In such a scenario, de-merger or dissolution of Malaysia would be the last and forced option for Sabah and Sarawak. It is not treasonous. It would be treason if the Malaya/federal governments fail or refuse to honour the basis of the formation of Malaysia.
If the federal government and the IGP wish to carry out arrests, the first people they should arrest for treason should be those that were involved in Project IC and the issuance of dubious MyKads and ICs to foreigners and making them as Umno members/Sabahan voters. The evidence is all in the RCI hearings.The people especially in Sabah and Sarawak should not be prevented from voicing their grievances.After all, it is their future and the future of Sabah and Sarawak which concerns them. -YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Chairman, STAR Sabah statement
Remaining Question and quiet controversial : Do you support the Autonomous Region of Sabah and Autonomous Region of Sarawak for self Determination to drafting her independence referendum or to remain in the Federation? This is a legal according to United Nations, UN Geneva law, Historical facts and truths without physical violence.
Paying tribute to the fallen heroes at the Double Six, and late Dr. Jebon Janaun
Nationalism, Referendums and Democracy:
Voting on Ethnic Issues and Independence.
Sunday, January 11, 2015
Exposing the Truth
,
Fact
,
History
,
North Borneo
,
Sabah
,
Sarawak
,
Sharing
No comments
Perhatikan Anak-Anak Kecil Ini Juga..
Saya menyambut baik cadangan Doris Jones untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaysia. Bagi saya, ayat yang seawalnya ialah untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaya dan bukannya Malaysia. Sebaliknya, JIKA Perjanjian-Perjanjian yang telah dimateraikan semasa persetujuan menyertai Pembentukkan Malaysia gagal didengar dan dihormati dan beserta dengan Hak-Hak atau Perkara yang dimaktubkan diabaikan, MAKA Sabah Sarawak patut bersetuju untuk bersama sama keluar sahaja dari Malaysia.
Perjuangan untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar daripada jajahan Malaya semestinya memakan masa yang sangat lama,saya katakan akan ada banyak tentangan dan halangan yang bakal menanti di hadapan.
Bagi saya cabaran dan halangan yang paling mencabar usaha kita dalam perjuangan ini ialah; Memupuk kesedaran dan kebangkitan Nasionalisma secara keseluruhan Bangsa-Bangsa Borneo. Sukarelawan mungkin berjaya merancakkan petisyen dengan mengumpulkan tandatangan orang-orang kampung namun sejauh manakah tahap kesedaran dan keyakinan mereka (orang-orang kampung) terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka pikul selepas menurunkan tandatangan. Bersediakah mereka-mereka ini?
“Kertas putih yang beserta tandatangan itu hanya akan menjadi kesia-siaan kepada Bangsa-Bangsa Borneo yang tidak ikut serta berjuang”
Tidak keterlaluan juga kalau saya nyatakan di sini bahawa Bangsa-bangsa Borneo harus memiliki dan mengalami kebangkitan secara besar-besaran seperti yang pernah dilakukan oleh para tua-tua dahulu. Walaupun kita akan bakal menyaksikan sekali lagi rusuhan (Riots) diadakan di jalan raya, perhimpunan-perhimpunan aman (Peaceful Assembly) di mana-mana,juga adakan mogok lapar (Hunger Strike). Kebangkitan yang bukan sengaja diada adakan tetapi sememangnya ini yang rakyat mahukan, seringkali kita mencuba untuk bertoleransi dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita, kita masih bersifat mendiamkan diri dan cuba untuk mengalah dengan keadaan. Kerana rakyat bersikap naif untuk mengambil tindakan drastik melawan melalui pemberontakkan dan kekacauan (The Revolt and Chaos).
Seperti yang saya katakan tadi,perjuangan ini akan mengambil masa yang sangat panjang untuk direalisasikan. Sementara perjuangan ini diteruskan oleh generasi muda dan tua, adakah kamu terfikirkan sejenak bagaimanakah nasib anak-anak kecil yang bersekolah di kawasan pedalaman yang masih meneruskan penghidupan yang selalu mengundang rasa simpati dan belas kasihan. Mereka ini yang terpaksa kita korbankan masa depan mereka JIKA kesedaran 1 minit yang hilang begitu saja selepas turunkan tandatangan di atas kertas,dan tidak diteruskan .
Kita teruskan kehidupan kita dengan berjuang setiap hari menuntut keadilan, dan hak-hak yang telah diabaikan oleh Malaya, sementara itu pengabaian terhadap hak-hak anak-anak kecil di kawasan pedalaman saban hari dipinggirkan.Jangan harapkan pemimpin-pemimpin untuk turun dan masuk perkampungan,melalui hutan belantara yang sudah separuh botak,menginjakkan kaki atas tanah merah becak sudah berpuluhan tahun tidak diaspalkan, untuk melihat keadaan infrastruktur pondok-pondok sekolah yang sepatutnya sudah layak diletakkan di muzium Negara untuk tatapan seluruh dunia.
Walaupun kita masih melalui kehidupan yang tidak memberangsangkan dengan keadaan ekonomi yang tidak pernah kekal bertumbuh, keadaan sosio-ekonomi yang tidak teratur dan pengurusan perjalanan politik yang tidak pernah berkesudahan baik bermula daripada era Tun Mustapha pemimpin tempatan memerintah,dan, kita terus terusan menyalahkan pucuk pimpinan pemimpin terdahulu terhadap pergolakkan politik yang kita hadapi sekarang.
Saya yakin bahawa bukan kita di Sabah dan Sarawak sahaja yang mengalami situasi politik yang sedemikian rupa,banyaknya Negara-Negara Asia juga turut menyaksikan pergolakkan politik saban hari,Negara-Negara Demokrasi yang masih merasakan bahawa demokrasi (Democracy) masih belum diamalkan sepenuhnya,Hak-hak asasi manusia (The Human Rights) dipinggirkan,pemimpin-pemimpin kerajaan yang korupsi,konflik bawah kontrak sosial (Social Contract) dan sebagainya.
Secara keseluruhan Bangsa-Bangsa di Negara Asia mengalami pergolakkkan politik beserta susun atur entity masyarakat yang masih melalui krisis sosio-ekonomi sebagai akibat kesan penjajahan dan saki baki pentadbiran British yang masih berbekas walaupun sejurus selepas kemerdekaan diberikan kepada Bangsa-bangsa Borneo terutamanya. Bagi Sabah dan Sarawak apalah erti di sebalik Kemerdekaan yang dikecapi jika terus menerus hidup dalam penaklukan Malaya yang kian menghampiri dua generasi hidup dalam tahun-tahun kegelapan.
Saya mahu membawa anda semua iaitu Bangsa-bangsa Borneo untuk berjuang juga untuk memperbaiki sistem kemanusiaan kita, memperbaiki persekitaran kehidupan anak-anak kecil yang kita secara tidak sedari kita meminggirkan keperluan dalam memperbaiki situasi kehidupan dan akhlak mereka kerana kita sibuk untuk mengejar perubahan dan pembebasan daripada kolonisma Malaya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah lebih banyak sukarelawan (volunteers) yang masuk ke dalam kawasan-kawasan pedalaman untuk membuat aktiviti kemanusiaan yang dapat mendidik dan membuka minda mereka. Ajarkan anak-anak kecil ini tentang sejarah-sejarah Borneo (Sabah Sarawak), tanamkan slogan “Sabah untuk orang Sabah” (Sabah for Sabahan).
Lihat kepada jiran-jiran Negara Asia kita,mereka berusaha untuk memperbaiki institusi kemanusiaan melalui anak-anak kecil yang dipinggirkan jauh di kawasan pedalaman,yang duduk di luar jangkauan manusia moden. Mereka menubuhkan sendiri kumpulan yang akan bergerak secara sukarela untuk menjangkau anak-anak sekolah, memberikan mereka dorongan dan sokongan moral,membantu membentuk entiti diri mereka. Jangan kita harapkan usaha kerajaan untuk datang menjangkau anak-anak kecil generasi kita kerana kita orang asal lebih memahami keperluan nilai moral (Morale Values) dan semangat (Spiritual) mereka. Bahawa kita yakin mereka ini yang akan kita tinggalkan untuk pembelaan masa depan Bangsa-Bangsa Borneo.
“Suatu ketika dahulu mendiang Datuk Peter Mojuntin seringkali menempatkan diri beliau bersama sama dengan orang kampung, kerana beliau berpendapat bahawa hanya dengan masuk ke dalam kawasan perkampung, menempatkan diri bersama sama dengan masyarakat maka dia akan dapat mengenal pasti masalah yang mereka hadapi. Beliau tahu bahawa tidak akan ada orang luar yang betul-betul mahu membela nasib dan penghidupan orang-orangnya selain daripada diri sendiri atau orang asal”.
Kita masih belum kehilangan semangat yang ditinggalkan oleh beliau. Ia masih ada dan tinggal bersama sama dengan kita semua,semangat “Anak Emas Kadazan” kerana kita masih berharapkan dan mahukan matlamat yang sama iaitu keadilan (Justice), kesamarataan (Equality) dan kemudahan pendidikan yang lebih baik (Better Educational Facilities) untuk anak-anak kecil dan kita perjuangkan melalui satu suara.
“Kita mahu menyelesaikan konflik dan permasalahan ini dengan menjentik perbezaan budaya dan bangsa asal orang borneo dengan itu maka kita semua disatukan dan berjuang untuk matlamat yang sama”.
POLITIK DAN AGAMA
Perbezaan politik-politik yang terdapat di Malaysia jelas menunjukkan bahawa masing-masing masih bersifat ingin mempertahankan kuasa,hak-hak mutlak sepenuhnya terhadap pemerintahan yang bakal menguntungkan kepentingan untuk satu pihak sahaja.ianya bersifat ingin “melindungi” kepentingan-kepentingan yang akan menjamin kelangsungan hidup secara berterusan.Selain itu, pertembungan dua kuasa politik yang dilihat langsung tidak memiliki mana-mana sifat “perkongsian”.Kerana satu pihak memiliki sifat “kuasa monopoli” yang dilihat akan dapat menjatuhkan dan membenamkan bangsa-bangsa yang kurang “kuasa monopoli”.
Disebabkan Umno secara keseluruhannya terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Oleh itu,cabaran yang paling hebat iaitu bagaimana untuk mengembalikan keyakinan dan rasa “cinta” akan Sabah dan Bangsa-bangsa asal di Sabah?Semasa saya menulis artikel ini untuk dikongsikan bersama sama dengan kamu semua,petang tadi semasa turun padang untuk menjadi “Penjala Manusia” (pungut petition) sekejap,timbul kesedaran saya bahawa betapa kuatnya pengaruh-pengaruh yang telah ditinggalkan oleh UMNO yang memberikan kesan yang sangat kuat dalam diri sesetengah minda dan banyaknya kehidupan dalam diri rakyat Sabah sebagai akibat projek “pengislaman” beramai ramai oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu.
Apabila saya mulai menghampiri kumpulan-kumpulan manusia tua yang bersongkok dan berkain sarung (keturunan mereka ini yang pada asalnya ialah orang bangsa asal Sabah) ,maka mereka inilah yang bertindak menentang sekeras kerasnya pergerakkan untuk membawa Sabah Sarawak keluar dari Malaya.Golongan tua-tua ini sudah tentulah kalangan “fanatik UMNO”.Walaupun bukan semua ciri-ciri mereka yang saya sebutkan ini berperwatakkan sedemikian,namun kebanyakkan orang-orang Sabah yang melakukan “penghijrahan” ke arah “kehidupan baru” rata-ratanya begitu.Mereka ini yang saya katakan bahawa “identiti diri” mereka sudah dilenyapkan,yang mulai lupa cara kehidupan yang lama,apabila pengenalan diri sudah ditukar,Bahasa Melayu sebagai bahasa penutur utama,bangsa asal sebagai Bangsa Melayu,mempraktikkan adat dan kebudayaan Melayu.
"Terdapat beberapa Haji di Kudat pada masa itu (projek pengislaman) yang berjumpa dengan orang Kristian dan menggesa mereka untuk meninggalkan agama Kristian dan masuk islam dan bersatu (pangakan atau Satu piring ) mereka yang berkempen pada masa itu berkata bahawa, “UNTUK BERSAMA DALAM SATU PARTI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI , SETIAP ORANG YANG BERADA DALAM SABAH mestilah berada dalam SATU AGAMA SAHAJA IAITU AGAMA ISLAM”. (Dipetik dari buku THE GOLDEN SON OF THE KADAZAN)
Kerana UMNO itu bersifat “kemelayuan”,maka keadaan politik yang taksub telah dibangkitan dalam diri mereka-mereka yang bersifat “fanatik UMNO”.Kerana mereka bersifat mempertahankan diri,untuk bangun dan bangkit menentang jika sekiranya “Penjamin” kehidupan mereka mulai digugat oleh kehadiran individu-individu yang dirasakan merupakan pesaing kepada kehidupan mereka.
Kehidupan mereka-mereka yang sudah banyak terkesan dengan “penghidupan baru” yang telah merubahkan seratus peratus identiti diri dan jati diri serta semangat kekitaan (orang asal).Bagaimana perubahan yang akan mengambil terlalu banyak masa untuk “penghidupan baru” itu diaplikasikan sepenuhnya tinggal diam menetap dalam diri mereka.
Sebagai akibat projek “pengislaman” beramai-ramai pada masa itu beliau (Datuk Peter J Mojuntin) katakan bahawa;
1) “Tidak ada manusia ,tanpa mengira sebarang latar belakang agama akan berdiam diri dalam menghadapi penganiayaan. Mengapa kerajaan USNO memulakan kempen untuk menindas kebebasan agama di sabah ? Adakah kerana mereka sedar bahawa orang-orang mubaligh yang telah berada di Sabah selama lebih daripada 20 tahun adalah satu-satunya yang sedar rasuah berada di tempat-tempat yang tinggi dan telah bersedia untuk bercakap mengenai buah fikiran mereka pada perhimpunan gereja dan perayaan-perayaan? Atau Kristian diusir kerana pemimpin USNO memerlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat dari rasuah dan kegagalan lain melalui sistem pentadbiran?”
2) “Saya yakin bahawa kita Kadazan dijangka akan mengalami satu kehilangan maruah diri serta kebanggaan; berkenaan diri kita ,rasa kesopanan ,prinsip-prinsip moral dan kini "kepercayaan kita kepada Tuhan ",sebelum diterima sebagai rakyat sebenar sebagai sebuah Negara Demokrasi di Malaysia”.
Saya lebih berasa serasi dan selesa menghampiri mereka yang berbangsa Kadazan Dusun Murut dan beberapa lagi bangsa asal Sabah,saya mengenali identiti diri mereka,kerana mereka pasti terbawa bawa loghat bahasa daerah asal mereka,juga yang berkomunikasi terus menggunakan bahasa Kadazan Dusun Murut,wajah asli orang asal yang jelas dipancarkan melalui riak muka mereka,keaslian perwatakan diri,pemakaian mereka-kerana terdapat orang asal yang masih memakai sarung,baju berbentuk kebaya,kain kecil sebagai alas kepala,berselipar jepun (kadang-kadang ada tua-tua yang berkaki ayam),memakan “sirih” dan menghisap “Kirai”,membawa sikutan kecil “Barait”.
Saya terharu dan kagum melihat cara mereka mengekalkan dan membawa bawa kehidupan dan cara kehidupan lama mereka walaupun berhidup di zaman moden.Anak-anak mereka rata-ratanya semuanya berjaya dalam hidup malah menjadi pegawai kerajaan begaji besar,lebih dari mampu untuk membeli kelengkapan baru untuk ibu bapa mereka.Mereka hanya tetap memilih untuk teruskan dengan keadaan yang sebegitu.
Terdapatnya juga kalangan masyarakat Kadazan Dusun dahulu yang melalui kehidupan sebagai seorang pagan.Kemunculan para manusia-manusia yang mengakui betamadun mulai mempersoalkan kehidupan seorang pagan.Apabila manusia-manusia bertamadun diperkenalkan dengan banyaknya kewujudan agama-agama dunia.Walaupun mereka-mereka itu pagan tetapi mereka masih ialah seorang yang berbangsa Kadazan Dusun.
“Orang-orang “pagan” diberitahu bahawa mereka boleh memelihara babi dan memburu babi hutan dan mereka boleh memelihara adat Kadazan dan budaya mereka tetapi mereka tidak dibenarkan untuk Mogondi (iaitu mengamalkan upacara dan ritual pagan)”.
Penghapusan identiti diri sudah pasti kurang berkesan dan mungkin langsung tidak dapat diperhatikan melalui mata kasar oleh kita.Namun,sehinggalah suatu tahap kamu akan mulai mengerti bahawa kamu sudah duduk tetap dengan “penghidupan baru” kamu itu.Dahulu kamu masih beryakin bahawa kamu akan dapat memelihara bangsa,bahasa,perayaan tradisi,adat dan budaya sebagai orang asal Sabah.Namun kamu tidak akan selamanya dapat berjamin bahawa kamu akan hidup selama lamanya untuk menjaga dan memberikan surat jaminan bagi keturunan kamu.
Semua agama yang diciptakan membawakan “mesej kehidupan” dan “jalan ke syurga” yang berlainan,dan adakalanya bertentangan antara semua fahaman yang wujud.Namun,apabila ada agama yang membawa bawa perihal politik dan mulai mengaitkan manusia dengan persoalan tentang politik dan agama untuk menjamin “kekayaan” dan “kemiskinan” ,soal “kebahagiaan” dan “penderitaan”,maka manusia mulai mempertaruhkan agama dengan mainan politik untuk menjamin suatu penghidupan yang lebih baik dan selesa.Kamu mempertaruhkan “Ace” terakhir yang kamu miliki untuk menentukan “hidup dan mati” Bangsa Asal Sabah.
Sunday, January 11, 2015
Agreement of Malaysia
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
Sharing
No comments
Datuk Peter J Mojuntin: The Golden Son Of The Kadazan
Beliau telah mengembara jauh masuk ke dalam pedalaman Sabah . Dia ingin membiasakan diri dengan segala kerumitan dan bermacam macam masalah khususnya kepada rakyat dan Negeri ini. Dia tahu bahawa hanya dalam mengenal pasti dirinya dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka dia amat berharap untuk memahami mereka dengan lebih baik dan yang lebih penting ,dia boleh dipercayai dan diterima oleh mereka sebagai pemimpin mereka.Kerana dia amat memahami aspirasi rakyat, bermula dengan segala permasalahan ,sehingga ke harapan dan kebimbangan rakyat.Asas-asas ini adalah penting sebelum seseorang itu boleh berharap untuk menjadi juara rakyat.
Ibu Peter, Minjaim Lim adalah separuh cina.Kerana datuk kepada ibu peter adalah seorang cina yang berasal dari hong kong manakala neneknya Tondipot, beliau ialah orang kadazan.Terdapat peratusan yang tinggi sino - Kadazan yang boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan mempraktikan adat dan tradisi orang kadazan.Mereka telah diterima dan diserapkan ke dalam masyarakat Kadazan.
Salah seorang ketua daerah yang jelas mengingati keperibadian peter dan kualiti kepimpinan beliau yang jelas terserlah walaupun pada usia yang sangat muda.Semasa peter berusia dua belas tahun; Peter sangat rajin membantu ibu bapanya , dia menolong membajak dan menuai padi di atas tanah bapanya semasa cuti sekolah.Beliau banyak membantu mengerjakan ladang padi orang terutamanya golongan tua dengan membantu mereka memunggah karung yang penuh dengan padi ke belakang kerbau .
Namun begitu dia juga menunjukkan minat untuk belajar dan memimpin di kalangan anak-anak sebaya umur dengannya.Peter akan mencuba membantu mereka setiap kali mereka berada dalam kesukaran dan tidak akan meninggalkan mereka sehingga masalah mereka diselesaikan.Kualiti yang dimiliki oleh beliau membuatkan beliau diagung agungkan bukan sahaja oleh anak-anak sebayanya tetapi juga oleh orang-orang yang lebih tua daripada dirinya .
Setiap kali dia ada masa kelapangan,akan digunakan untuk beramah mesra dengan kanak-kanak lelaki yang lebih tua, Peter sangat bersemangat untuk belajar daripada mereka untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.Merupakan seorang yang dihormati kerana hakikatnya dia juga sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Dia juga adalah seorang yang sangat periang dan sangat mudah untuk bergaul dengan semua orang.Dia selalu meluangkan masa untuk duduk, bercakap dan berkongsi jenaka dengan golongan tua.
Seseorang yang tidak ingin namanya dikenali mengatakan ; Pada hari-hari fasa awal persekolahan peter tidak pernah tidak menghadapi masalah. Dia sebenarnya tidak dapat menikmati segala macam kemudahan seperti apa yang dimiliki oleh anak-anak sekolah sekarang.Kadang kala, dia mengalami kekurangan zat makanan dan tiadanya kemudahan bagi pusat penjagaan kesihatan kerana ketiadaan keperluan yang betul.Dia juga sempat merasai pengalaman pahit sebagai akibat Penjajahan Jepun di Sabah pada tahun 1942-1945 yang telah memberikan kesan yang sangat mendalam terutamanya dalam kehidupannya.Dalam usianya yang pada ketika itu sangat muda, sebolehnya dia tidak mahu merasai suasana politik apalagi berada dalam suasana Penjajahan Jepun.Kekurangan segala bahan keperluan makanan harian turut dirasai di mana-mana di kampung-kampung juga di lain-lain tempat.Dia terpaksa bergantung kepada nutrient yang tidak mencukupi yang disediakan oleh ibu bapanya mengikut kemampuan mereka yang sangat terhad pada masa itu.
Kedua ibu bapanya adalah petani miskin yang hidup sederhana yang hanya untuk menyara kehidupan.Mereka bekerja keras di sawah untuk menyara kehidupan.Penghidupan di kampung adalah tidak seperti yang kamu dapat bayangkan kerana ia bukanlah suatu keadaan kehidupan yang mengembirakan dan senang seperti yang kita kecapi sekarang.Mereka menjana pendapatan yang tidak seberapa hanya dengan menternak babi dan ayam di belakang rumah mereka .
Selepas berakhirnya pendudukan Jepun tentera pada tahun 1945 , dan yang seterusnya telah kembali semula kepada pemerintahan awam , keinginan serta keazaman Peter untuk tahu dan belajar sangat terserlah.Seboleh bolehnya dia tidak mahu pergi melalui hidup dengan kenangan daripada sebarang kuasa penaklukan.Hanya dengan mencari satu-satunya jalan keluar adalah melalui pengambil alihan sector pendidikan.Bagi membantu keluarganya untuk mengatasi masalah mereka dan keluar daripada kesusahan itu dia terpaksa belajar.
Disebabkan oleh faktor ibu bapa Peter yang juga merupakan golongan petani dan mempunyai tanggapan yang tetap bahawa Peter perlu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di bendang sawah mereka.Setelah sekian lama telah berbakti dan menolong kedua ibu bapanya , Peter akhirnya akan meninggalkan ibu bapanya untuk menimba ilmu.Akan tetapi bapa peter tidak memperkenankan permintaannya,peter kemudian berpaling kepada ibunya dan meminta beliau untuk campur tangan bagi pihaknya.Peter berdepan dengan tentangan tentang hasratnya yang ingin ke sekolah pada masa itu.Hasil pendirian tetap dan keras hati peter untuk menyambung niatnya belajar akhirnya dalam usianya yang pada ketika itu sangat muda iaitu 8 tahun akhirnya ibu peter memperolehi persetujuan daripada bapa peter.
Satu satunya legasi yang telah kerajaan British tinggalkan adalah sistem pendidikan.Pada masa pentadbiran koloni British mereka telah membawa banyak empayar primitive, maka apabila British meluaskan jajahan mereka terdapat banyak para mubaligh kristian yang turut serta yang mengambarkan ciri-ciri pentadbiran oleh koloni British pada masa itu.Walaupun terdapat banyak cubaan daripada British untuk memperkenalkan pendidikan barat yang berlaku seawall tahun 1880 dan tidak pernah bertahan sehingga tahun 1887,hanya dengan kehadiran dan kemunculan para mubaligh kristian maka pendidikan di Sabah mulai mempunyai asas yang kukuh untuk bertapak.Hanya setelah tiga tahun selepas kedatangan para mubaligh , sekolah katolik St.Micheal telah diasaskan di Penampang.Dalam tahun 1890, sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah di daerah tersebut.Sekolah itu turut disediakan untuk pelajar yang datang dari jauh iaitu daerah Tambunan,Bundu Tuhan dan Kuala Penyu.Di sekolah ini jugalah di mana “Anak Emas Kadazan” menimba ilmu,yang juga telah menghabiskan kebanyakkan masanya yang indah di sekolah St.Micheal.Peter juga turut diasah bakat kepimpinanya di sini.
Jarak ke sekolah ini adalah kira-kira dua kilometer daripada rumahnya.Kemudahan jalan raya pada masa itu hampir tidak ada kerana pembangunan yang amat terhad terutamanya di sekitar Jesselton (kota Kinabalu).Tidak seperti kebiasaan majoriti pelajar yang lain,Peter terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke sekolah kerana keadaan keluarga Mojuntin yang terlalu miskin pada ketika itu sehingga menyukarkan ibu bapa Peter untuk menyediakan keperluan sekolah seperti kasut mahupun selipar.
Pada masa persekolahan Peter hanya mampu untuk menyarungkan seluar yang sudah lusuh dan longgar beserta baju yang ditampal tampal dengan cebisan cebisan kain.Dia hanya memiliki beberapa buah buku teks dan sebatang pencil.Walaupun dalam keadaan begitu selalu menghadirkan diri ke sekolah,hanya kerana dia sudah terlalu bersyukur kerana diberikan peluang untuk belajar sehingga dia mengetepikan maruah dirinya.Dia telah menggunakan peluang belajar itu dengan sebaik mungkin.Berdasarkan pemerhatian Peter dia tidak mempunyai kawan.
Ketika zaman persekolahan Peter merupakan seorang personaliti yang amat popular dan disayangi oleh rakan-rakannya.Malah beliau juga seorang murid yang sangat bijak dan selalu memperolehi gred keputusan yang tinggi dalam semua kebanyakkan subjek.Guru-guru di sekolah berpendapat bahawa jika Peter diber bimbingan yang betul Peter akan menjadi pelajar yang berjaya.
Tugas-tugas untuk membentuk Peter sebagai bakal pemimpin masa depan telah diserahkan ke dalam tangan Rev.Fr Preyed iaitu pengetua sekolah.Kerana beliau mempunyai keyakinan mendalam terhadap Peter.Melalui beliau hanya maka barulah Peter telah mempelajari asas-asas mengorganisasi kerja dan juga berpidato yang bakal menjadikan panduan kepada Peter dalam kerjaya politik masa hadapannya.Beliau telah menanamkan dalam fikiran Peter dan orang lain supaya mereka juga perlu memikul tanggungjawab seperti yang dilakukan oleh beliau untuk memikul tanggungjawab dan menjadi matang untuk menjadi pemimpin masa depan Negara.Rev F.Preyde tahu bahawa gelombang kemerdekaan yang telah melanda Asia selepas penjajahan jepun akan meninggalkan kesan yang mendalam.Sabah sebagai koloni dari British tidak akan berkekalan lama.Selepas merdeka, maka kita amat memerlukan seorang ketua yang mempunyai nilai tanggungjawab diri yang sangat tinggi dan kuat.Dan beliau sudah melihat potensi kepimpinan itu ada dalam diri Peter dan beliau tentunya akan bekerja keras bagi memupuk dan membangun sifat-sifat itu ke dalam diri Peter.
Peter adalah seorang murid yang sangat taat.Dia tekun untuk disoal dan mendengar,adakalanya dia akan menyokong dan membantah jika sekiranya dia terbukti bersalah dalam hal itu maka dia akan mengalah yang pada akhirnya telah terjalin hubungan yang berkekalan di antara seorang murid dan guru sehinggalah Peter pergi bertemu dengan ajalnya.Rev.Fr Preyed sangat berbangga terhadap Peter kerana dia telah mencapai matlamat hidupnya.Apabila beliau mengetahui akan kematian Peter beliau telah menangis,kerana kematian Peter membuatkan beliau bukan saja kehilangan seorang murid yang baik tetapi juga seorang kawan dan sebuah harapan yang menyinar.
Pada muka helaian majalah gereja tempatan beliau telah menulis mengenai Peter semasa zaman persekolahannya; sebagai seorang anak muda Peter telah menunjukkan inisiatif dan semangat,saya masih boleh menggambarkan dia yang sedang duduk di bangku depan sekolah,Peter kelihatan sangat kecil dan menonjol kerana Peter adalah salah seorang yang paling muda dan yang paling kecil dan selalu memiliki keinginan untuk tahu dan bertanya.
Sekolah St.Michael disediakan hanya untuk murid-murid sehingga darjah enam (yang mewakili tingkatan 1 ) yang merupakan system pendidikan pada waktu itu.tetapi itu langsung tidak menghalang Peter malah Peter bertekad untuk menduduki peperiksaan dan mahu lulus.Peter sedia maklum bahawa hanya terdapat beberapa sahaja Kadazan yang telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut.Hanya dengan lulus peperiksaan tersebut maka dia akan mencapai tujuan hidupnya.Namun,ini bermakna dia harus mengharungi perjalanan pergi balik sejauh 16 kilometer setiap hari untuk pergi ke Sekolah Menengah Sacred Heart di Tanjung Aru yang merupakan salah sebuah Sekolah Katolik.
Jarak perjalanan yang sangat jauh akan memakan kos dan ini membuatkan dia memikirkan cara yang lain,dan kemudiannya abang Peter yang paling tua telah membelikan Peter sebuah basikal.Mengetahui hal kebaikan abangnya Peter menangis terharu.George masih ingat akan bagaimana adiknya Peter merenung kearah basikal barunya dengan perasaan yang tidak terkata untuk berterima kasih kepada George.Dengan keazaman yang sangat tinggi Peter sanggup bangun awal pagi dan mengayuh basikal sejauh 16 km untuk pergi ke sekolah.
Ia bukan satu pengalaman yang kebanyakkan daripada kita akan berpeluang untuk mengalami situasi itu; Keadaan jalan-jalan menuju ke Jesselton adalah berbengkang bengkok dan berlubang menyebabkan kaki Peter sakit kerana terdapat banyaknya batu-batu tajam.Mengayuh basikal dengan jarak 16KM setiap hari ialah sangat menyukarkan,namun semangat yang ada dalam diri Peter untuk berjaya menamatkan pelajarannya yang telah memberi dorongan kepada Peter.Dan dia amat bernasib baik kerana selepas saja dia tamat tahun pertama di Sekolah Sacred Heart dia telah diambil untuk menjadi pelajar asrama dan menumpukan 2 tahun pengajian di sana.
Usaha dan pengorbanannya kini telah membuahkan hasil.Peter akhirnya telah berjaya lulus dalam sijil peperiksaan sekolah pada tahun 1957 itu apabila dia telah layak untuk muncul cemerlang bagi mewakili kaum Kadazan,selama 3 tahun dia belajar.Bermula dari sanalah maka persoalan datang menghujani fikiran dengan persoalan; Mengapa hanya sedikit saja bilangan kaum Kadazan yang berjaya dalam peperiksaan.Dari sana maka Peter tahu bahawa hanya peluang pendidikan saja yang akan mengangkat taraf hidup kaum Kadazan.Majoriti tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik kerana ibu bapa mereka samada tidak sepenuhnya menghargai nilai pendidikan atau tidak mempunyai pemahaman langsung tentang pendidikan.Saat itu Peter mulai sensitive tentang masalah pendidikan oleh anak-anak di kampung.Satu kejadian telah menimpa seorang wanita di kampungnya,dan dia masih mengingati kejadian itu.Telah banyak kali wanita itu cuba untuk memberitahu pihak berkuasa berkenaan bau busuk yang datang dari bangkai reput serta membersihkan parit yang tersumbat,namun usaha itu hanya mendatangkan kesia siaan.Akhirnya berita itu tersebar sehingga ke pengetahuan Peter yang pada ketika itu kebetulan berada di rumah kerana cuti sekolah.
Dikatakan bahawa beliau telah pergi melawat wanita itu pada hari berikutnya dan membawanya untuk melihat pegawai daerah yang merupakan seorang lelaki inggeris.Hanya Peter sahaja pada ketika itu yang berani bersemuka dan bercakap dengan lelaki inggeris itu.Bersama sama wanita itu Peter telah bergaduh dengan pegawai daerah itu sehingga membuatkan lelaki itu berasa kagum dengan keberanian Peter.
Pada masa itu Peter hanya seorang murid Tahun 6 (masa itu tingkatan 1),dan wanita itu tidak teragak agak untuk menyebarkan hal yang berlaku itu kepada seluruh kampung.Hal itu merupakan suatu kebanggaan dan kehormatan bagi penduduk Kg.Hungab.Selepas beberapa tahun,selain daripada menjadi seorang pelajar yang sangat bijak,Peter juga merupakan seorang budak yang cemerlang dalam bidang sukan.Pencapaian Peter sangat menakjubkan dan merupakan personality yang luar biasa,dan menjadi seorang yang berdaya progresif dan berdinamik (seorang ahli politik yang berani untuk mempertahankan ketuanya semasa penglibatannya dalam politik,dan berjaya mencuri perhatian politik Malaysia).
Setelah mencapai sedikit kejayaan dalam bidang akademik dan olahraga ,peter mulai mendapat perhatian oleh orang-orang di kampungnya,guru-guru yang mengajar dan masyarakat yang mengagumi kebolehan Peter.Mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap beliau ,dan dapat melihat ciri-ciri itu dalam diri Peter sebagai seorang yang amat berpotensi untuk memimpin kaum Kadazan dan meningkatkan taraf hidup komuniti Kadazan.Kaum Kadazan yang ramai pada ketika itu berpusat di Penampang namun banyak juga yang menetap berasingan di banyak daerah seperti tuaran,Keningau,Kudat,Ranau,Kuala Penyu dan di beberapa kawasan lagi di pantai timur yang kebanyakkannya berdepan dengan masalah sosio ekonomi yang serius.Hal ini disebabkan oleh pentadbiran yang pada masa itu tidak berusaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti Kadazan.Hanya beberapa orang kadazan yang memiliki kelulusan akademik melihat masalah ini dan ini telah menyukarkan mereka dan berada dalam dilemma,kerana hanya sebilangan saja yang menawarkan diri untuk berkhidmat sepenuhnya.Kebanyakkan mereka tidak mahu mengambil risiko dan hanya mementingkan diri sendiri.
Peter enggan mematuhi arahan dan tidak teragak agak untuk berdepan dengan segala akibat daripada tindakannya itu kerana dia yakin dan tahu bahawa dia boleh menyumbang sesuatu untuk masyarakat.Apa yang lebih penting ialah dia tahu bahawa kaumnya lebih memerlukan khidmatnya lebih daripada rakan-rakan atau keluarganya sendiri.Dia tahu bahawa generasi seterusnya akan sentiasa diingati dengan gelaran Kadazan,malahan Kadazan akan berkembang banyak tanpa mengalami kepupusan masa akan datang.
Jika keadaan meletakkan dia di posisi untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat,namun bersikap acu tak acuh dan menanamkan sikap yang negative,maka dia tidak boleh meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi dirinya sendiri dan juga generasi akan datang akan mendakwa dia sebagai kegagalan kepada mereka.Ini merupakan suatu penghinaan kepada dirinya.Di persimpangan hidupannya Peter telah membulatkan keputusannya untuk mendedikasikan hidupnya dan berkhidmat kepada masyarakat,keputusan ini membuatkan Peter terpaksa mengalami detik-detik yang menyeksakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan beliau,dan yang telah menyebabkan kematiannya pada seawal usianya 37 tahun.
Sunday, January 11, 2015
Nationalist
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
,
SSKM
No comments
Kekeliruan Dan Konflik Diantara SSKM-SSU(UK) Dan HPM63 Telah Selesai Dan Berdamai
Kenyataan RASMI Datuk James Ligunjang.
"Ingin saya jelaskan bahawa kempen HPM63 adalah perjuangan rakyat yang bermula di Tambunan pada malam 15 hb september 2014 sempena convoy Batu Sumpah ke Keningau yang diketuai oleh Dr.Jeffrey Kitingan.
Matlamat HPM63 adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai dengan perjanjanjian 1963 dan apa isi kandungannya yang perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru itu, kita mohon semua parti dan NGO mendokong perjuangan ini dan menyertai Himpunan Rakyat serentak di Kuching dan Kota Kinabalu pada 16 hb September 2015 untuk mendesak semua pihak menghormati Perjanjian.
Kita mempelawa semua pertubuhan mendokongnya dan tidak memilikinya.
Akhirnya kata, saya bukan ahli Parti Pakar dan saya tidak pernah menyekat mana pertubuhan Parti Politik dan NGO untuk menjalankan akitiviti mereka.
Yang penting pada saya, kita wujudkan persafahaman dan kerjasama untuk menjayakan aspirasi rakyat SS.
Sekian."
Datuk James Ligunjang
11 Januari 2015
Datuk James Ligunjang
11 Januari 2015
Respon SSKM-SSU(UK)
Ingin pihak SSKM-SSU(UK) katakan disini bahawa bukan musuh yang ingin dicari dalam perjuangan tetapi adalah Kemerdekaan sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Kenyataan demi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kami adalah untuk memaklumkan kepada umum tentang keputusan, pandangan kami dan tambahan juga demi untuk mempertahankan imej serta perjuangan ini.
Semoga pencerahan daripada Datuk James Ligunjang ini mengenai konflik yang wujud diantara SSKM-SSU(UK) dan HPM63 sebelum ini mampu mengeratkan lagi persefahaman seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala demi kepentingan bersama untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Salam Berjuang untuk semua...
Join The Fight!