Friday, 24 July 2015

Jawapan RASMI SSKM-SSU(UK) Kepada Pengguna Facebook Yang Bernama Deddy Mul


Pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat kenyataan RASMI ringkas berhubung dengan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Deddy Mul's (nama Facebook). Antara perkara yang dibangkitkannya adalah seperti berikut;
Mungking saya akan sokong penuh perjuangan SSKM sekiranya terbukti beberapa perkara. Antaranya;
  1. Bila bandar utama di Sabah dikuasai semula oleh parti tempatan diketuai bumiputra.
  2. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM yang mewakili kepelbagaian kaum di Sabah termasuk Bajau, Suluk, Brunei, Bisaya, Kedayan, Sungai dsb. Bukan cuma KDMR.
  3. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM secara seimbang yang mewakili masyarakat Islam, penulisan ilmiah membuktikan penduduk asal di Sabah antaranya masyarakat Bajau, Suluk Muslim.
  4. Suara utama yang bercakap soal hak Sabah for Sabahan perlu berada di Sabah (bukan disemenanjung atau di UK), dan apabila orang Sabah (bukan orang malaya atau cina atau india atau pakistan dsb) dan untuk kuasa orang Sabah (bukan orang malaya atau orang british atau australia atau israel atau amerika).
 JAWAPANNYA:
  1. Hal politik itu diserahkan sepenuhnya kepada parti-parti tempatan yang Pro Sabahan untuk melakukan tugasnya. Apa yang kami lakukakan adalah memberi kesedaran secara keseluruhan tentang mengapa sokongan perlu diberikan kepada parti-parti tempatan yang Pro Sabahan dan bukan parti-parti malaya dan tempatan yang pro malaya. Kesedaran ini diberikan melalui sejarah politik yang berlaku di negara Sabah.
  2. Maaf. Siapakah pemimpin-pemimpin yang mewakili etnik-etnik Orang Asal (Natives) dan bukan Orang Asal (Non-Natives) adalah bukan untuk didedahkan. Ia adalah rahsia. Cukuplah untuk anda tahu bahawa sudah ada pemimpin-pemimpin untuk etnik-etnik ini (Natives dan Non-Natives).
  3. Maaf. Pihak kami tidak boleh mendedahkan nama-nama mereka walaupun ia seharusnya diketahui. Masanya belum tiba untuk didedahkan. Apa yang penting, kepimpinan SSKM-SSU(UK) adalah seimbang kerana ia terdiri daripada pelbagai etnik yang menganuti pelbagai  agama di negara Sabah dan negara Sarawak. Islam, Kristian, Buddha dan golongan Free Thinker.
  4. Adakah belum cukup sudahkah suara-suara pemimpin tempatan yang lantang bersuara di negara Sabah tentang hak-hak yang dilanggari, tidak dihormati dan sebagainya? Jikalau semua suara itu hanya berada di Sabah, malaya akan tersenyum lebar kerana itulah yang berlaku selama ini sejak tahun 1970an lagi. Pihak antarabangsa tidak dapat memahami sepenuhnya keadaan yang berlaku di negara Sabah sehinggalah perkara ini didedahkan di peringkat antarabangsa. Kini, dunia sudah memahami bahawa bangsa Negara Sabah khususnya telah teraniaya dan ditindas oleh kerajaan bn-umno melalui projek IC, pencerobohan, penculikan yang  berlaku kerana hasil perbuatan tangan umno-bn yang terdiri daripada barua-barua tegar malaya seperti musa aman, yahya hussein, rahman dahlan, pairin dan seterusnya. Siapakah yang layak bercakap tentang Hak Sabah? Mereka adalah Bangsa Negara Sabah yang lahir di bumi Negara Dibawah Bayu tanpa mengira apa jua etnik yang terdiri daripada Natives dan Non-Natives.
Harap jawapan ini memenuhi persoalan yang telah dikemukan oleh anda.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...