Sunday, 11 January 2015

POLITIK DAN AGAMA

Perbezaan politik-politik yang terdapat di Malaysia jelas menunjukkan bahawa masing-masing masih bersifat ingin mempertahankan kuasa,hak-hak mutlak sepenuhnya terhadap pemerintahan yang bakal menguntungkan kepentingan untuk satu pihak sahaja.ianya bersifat ingin “melindungi” kepentingan-kepentingan yang akan menjamin kelangsungan hidup secara berterusan.Selain itu, pertembungan dua kuasa politik yang dilihat langsung tidak memiliki mana-mana sifat “perkongsian”.Kerana satu pihak memiliki sifat “kuasa monopoli” yang dilihat akan dapat menjatuhkan dan membenamkan bangsa-bangsa yang kurang “kuasa monopoli”.

Disebabkan Umno secara keseluruhannya terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Oleh itu,cabaran yang paling hebat iaitu bagaimana untuk mengembalikan keyakinan dan rasa “cinta” akan Sabah dan Bangsa-bangsa asal di Sabah?Semasa saya menulis artikel ini untuk dikongsikan bersama sama dengan kamu semua,petang tadi semasa turun padang untuk menjadi “Penjala Manusia” (pungut petition) sekejap,timbul kesedaran saya bahawa betapa kuatnya pengaruh-pengaruh yang telah ditinggalkan oleh UMNO yang memberikan kesan yang sangat kuat dalam diri sesetengah minda dan banyaknya kehidupan dalam diri rakyat Sabah sebagai akibat projek “pengislaman” beramai ramai oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Apabila saya mulai menghampiri kumpulan-kumpulan manusia tua yang bersongkok dan berkain sarung (keturunan mereka ini yang pada asalnya ialah orang bangsa asal Sabah) ,maka mereka inilah yang bertindak menentang sekeras kerasnya pergerakkan untuk membawa Sabah Sarawak keluar dari Malaya.Golongan tua-tua ini sudah tentulah kalangan “fanatik UMNO”.Walaupun bukan semua ciri-ciri mereka yang saya sebutkan ini berperwatakkan sedemikian,namun kebanyakkan orang-orang Sabah yang melakukan “penghijrahan” ke arah “kehidupan baru” rata-ratanya begitu.Mereka ini yang saya katakan bahawa “identiti diri” mereka sudah dilenyapkan,yang mulai lupa cara kehidupan yang lama,apabila pengenalan diri sudah ditukar,Bahasa Melayu sebagai bahasa penutur utama,bangsa asal sebagai Bangsa Melayu,mempraktikkan adat dan kebudayaan Melayu.

"Terdapat beberapa Haji di Kudat pada masa itu (projek pengislaman) yang berjumpa dengan orang Kristian dan menggesa mereka untuk meninggalkan agama Kristian dan masuk islam dan bersatu (pangakan atau Satu piring ) mereka yang berkempen pada masa itu berkata bahawa, “UNTUK BERSAMA DALAM SATU PARTI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI , SETIAP ORANG YANG BERADA DALAM SABAH mestilah berada dalam SATU AGAMA SAHAJA IAITU AGAMA ISLAM”. (Dipetik dari buku THE GOLDEN SON OF THE KADAZAN)

Kerana UMNO itu bersifat “kemelayuan”,maka keadaan politik yang taksub telah dibangkitan dalam diri mereka-mereka yang bersifat “fanatik UMNO”.Kerana mereka bersifat mempertahankan diri,untuk bangun dan bangkit menentang jika sekiranya “Penjamin” kehidupan mereka mulai digugat oleh kehadiran individu-individu yang dirasakan merupakan pesaing kepada kehidupan mereka.

Kehidupan mereka-mereka yang sudah banyak terkesan dengan “penghidupan baru” yang telah merubahkan seratus peratus identiti diri dan jati diri serta semangat kekitaan (orang asal).Bagaimana perubahan yang akan mengambil terlalu banyak masa untuk “penghidupan baru” itu diaplikasikan sepenuhnya tinggal diam menetap dalam diri mereka.

Sebagai akibat projek “pengislaman” beramai-ramai pada masa itu beliau (Datuk Peter J Mojuntin) katakan bahawa;

1) “Tidak ada manusia ,tanpa mengira sebarang latar belakang agama akan berdiam diri dalam menghadapi penganiayaan. Mengapa kerajaan USNO memulakan kempen untuk menindas kebebasan agama di sabah ? Adakah kerana mereka sedar bahawa orang-orang mubaligh yang telah berada di Sabah selama lebih daripada 20 tahun adalah satu-satunya yang sedar rasuah berada di tempat-tempat yang tinggi dan telah bersedia untuk bercakap mengenai buah fikiran mereka pada perhimpunan gereja dan perayaan-perayaan? Atau Kristian diusir kerana pemimpin USNO memerlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat dari rasuah dan kegagalan lain melalui sistem pentadbiran?”

2) “Saya yakin bahawa kita Kadazan dijangka akan mengalami satu kehilangan maruah diri serta kebanggaan; berkenaan diri kita ,rasa kesopanan ,prinsip-prinsip moral dan kini "kepercayaan kita kepada Tuhan ",sebelum diterima sebagai rakyat sebenar sebagai sebuah Negara Demokrasi di Malaysia”.

Saya lebih berasa serasi dan selesa menghampiri mereka yang berbangsa Kadazan Dusun Murut dan beberapa lagi bangsa asal Sabah,saya mengenali identiti diri mereka,kerana mereka pasti terbawa bawa loghat bahasa daerah asal mereka,juga yang berkomunikasi terus menggunakan bahasa Kadazan Dusun Murut,wajah asli orang asal yang jelas dipancarkan melalui riak muka mereka,keaslian perwatakan diri,pemakaian mereka-kerana terdapat orang asal yang masih memakai sarung,baju berbentuk kebaya,kain kecil sebagai alas kepala,berselipar jepun (kadang-kadang ada tua-tua yang berkaki ayam),memakan “sirih” dan menghisap “Kirai”,membawa sikutan kecil “Barait”.

Saya terharu dan kagum melihat cara mereka mengekalkan dan membawa bawa kehidupan dan cara kehidupan lama mereka walaupun berhidup di zaman moden.Anak-anak mereka rata-ratanya semuanya berjaya dalam hidup malah menjadi pegawai kerajaan begaji besar,lebih dari mampu untuk membeli kelengkapan baru untuk ibu bapa mereka.Mereka hanya tetap memilih untuk teruskan dengan keadaan yang sebegitu.

Terdapatnya juga kalangan masyarakat Kadazan Dusun dahulu yang melalui kehidupan sebagai seorang pagan.Kemunculan para manusia-manusia yang mengakui betamadun mulai mempersoalkan kehidupan seorang pagan.Apabila manusia-manusia bertamadun diperkenalkan dengan banyaknya kewujudan agama-agama dunia.Walaupun mereka-mereka itu pagan tetapi mereka masih ialah seorang yang berbangsa Kadazan Dusun.

“Orang-orang “pagan” diberitahu bahawa mereka boleh memelihara babi dan memburu babi hutan dan mereka boleh memelihara adat Kadazan dan budaya mereka tetapi mereka tidak dibenarkan untuk Mogondi (iaitu mengamalkan upacara dan ritual pagan)”.

Penghapusan identiti diri sudah pasti kurang berkesan dan mungkin langsung tidak dapat diperhatikan melalui mata kasar oleh kita.Namun,sehinggalah suatu tahap kamu akan mulai mengerti bahawa kamu sudah duduk tetap dengan “penghidupan baru” kamu itu.Dahulu kamu masih beryakin bahawa kamu akan dapat memelihara bangsa,bahasa,perayaan tradisi,adat dan budaya sebagai orang asal Sabah.Namun kamu tidak akan selamanya dapat berjamin bahawa kamu akan hidup selama lamanya untuk menjaga dan memberikan surat jaminan bagi keturunan kamu.

Semua agama yang diciptakan membawakan “mesej kehidupan” dan “jalan ke syurga” yang berlainan,dan adakalanya bertentangan antara semua fahaman yang wujud.Namun,apabila ada agama yang membawa bawa perihal politik dan mulai mengaitkan manusia dengan persoalan tentang politik dan agama untuk menjamin “kekayaan” dan “kemiskinan” ,soal “kebahagiaan” dan “penderitaan”,maka manusia mulai mempertaruhkan agama dengan mainan politik untuk menjamin suatu penghidupan yang lebih baik dan selesa.Kamu mempertaruhkan “Ace” terakhir yang kamu miliki untuk menentukan “hidup dan mati” Bangsa Asal Sabah.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...