Wednesday, 14 January 2015

Penghinaan "Siti Hajar Aladin" kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak sebenarnya dilakukan oleh Akaun Palsu

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat satu penjelasan untuk mencerahkan kekeliruan yang timbul hasil daripada satu post yang menghina Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Pihak Penama Asal Siti Hajar Aladin telah menghubungi pihak kami dan telah menerangkan hal sebenar.

Penama yang bernama Siti Hajar Aladin (akaun sebenar) telah memaklumkan bahawa mesej yang telah diposkan ke dalam ruangan komen page Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dengan satu penghinaan berat terhadap Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, mengatakan bahawa beliau tidak pernah melakukan perbuatan jahat seperti itu. 

Menurut beliau, perkara ini sudah berlanjutan selama hampir dua tahun sejak 2013. Laporan polis dan SKMM sudah dilakukan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun palsu tersebut kerana telah mempergunakan namanya demi untuk mencalarkan imejnya namun belum berjaya ditangani.

Terbaru, akaun palsu tersebut telah menghubungi Doris Jones dengan menyampaikan mesej palsu. Berikut adalah keratan perbualan oleh pemilik akaun palsu yang bermesej dengan Doris Jones. 








Pemilik nama asal tersebut juga sudah menghubungi Doris Jones untuk menjelaskan keadaan sebenar. Berikut adalah mesej daripada Pemilik Akaun Sebenar...



















Dan ini adalah mesej daripada pemilik AKAUN SEBENAR...

"Assalamualaikum. Mesej ini daripada owner FB original Siti Hajar Aladin.. Fake account telah muncul lama dahulu.. Sejak akhir 2013... Fake account wujud selepas saya menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia.. Mungkin ada pihak tidak berpuashati dengan surat saya tulis kepada Perdana Menteri.. Setelah itu wujudnya beberapa fake account.. Dan hanya fake account yang menhina SS ini tidak dapat di delete.. Pada April 2014 laporan polis pertama dibuat berserta laporan SKMM.. SKMM mengatakan bahawa facebook di luar bidang kuasa SKMM.. SKMM minta saya untuk saya email ke facebook.. Saya telah lakukan.. Tetapi tiada feedback dari pihak facebook.. Report juga telah dibuat oleh rakan-rakan saya tetapi masih juga tidak di remove dari FB... 

Pada bulan Sept 2014, fake account mencetuskan kontroversi apabila dia post tentang perkauman Sabah Sarawak sehingga menyebabkn perbalahan seperti yang dilakukan sekarang... Police report juga telah dibuat tetapi tiada tindakan... 

Minggu lepas dia cetuskan semula kontroversi yang sama menyebabkan SS menyerang saya sedangkn kenyataan tu keluar dari fake FB, bukan dari saya.. 

Perbualan yang fake account dan Doris itu satu penipuan.. Saya tidak disentuh mahupun di raba oleh sesiapa.. Saya tiada di KL sehingga malam tadi.. Bagaimana fake kata kata saya berada di KL? Saya baru pulang dari Mekah dan kemudian terus ke Kelantan.. Dan tiba di KL malam td.. Dan hari ini saya berada di rumah kerana on medical leave... Secara logic, bagaimana seseorang itu dia tahu dia diraba oleh siapa?? Memang tak logik.. 

Jika dilihat, fake account kerap mengeluarkan cerita berbaur lucah... Tetapi masih ramai terpedaya dengan fake account... 

Saya telah attachkan police report tetapi ramai kata saya buat laporan tipu kerana sudah takut.. Sedangkan kalau dilihat 2 laporan saya berbeza waktu dan berbeza isi kndungan.. Saya hanya menggunakan satu FB sejak dahulu lagi.. 

Saya harap warga SS dapat menilainya.."

Justeru, pihak SSKM-SSU(UK) berharap agar pos penghinaan tersebut tidak lagi disebarkan kerana ia dilakukan dengan niat yang jahat untuk menimbulkan konflik yang jahat diantara rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak dengan bangsa malaya. Marilah kita bersama-sama membuat aduan kepada akaun palsu tersebut agar ia dapat di "remove" daripada Facebook ataupun "block" akaun tersebut daripada terus menabur fitnah yang jelas telah menganiaya pemilik akaun yang sebenar. Daripada pemerhatian, akaun palsu tersebut sangat pandai melakonkan watak seolah-olah dia adalah pemilik akaun tersebut.

Sebarkan info ini....

***Maklumat ini telah dikongsikan oleh Admin Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia***

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...