Tuesday, 9 September 2014
Tuesday, September 09, 2014
Agreement of Malaysia
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
Jeffrey G.Kitingan
,
News
,
Secession
,
Separation
No comments
"Jeffrey Sambut Baik Saranan Bertemu Dengan Putrajaya Berhubung Isu Pemisahan"
Kota Kinabalu: "Cara terbaik untuk menghentikan seruan untuk pemisahan atau perpisahan yang semakin lantang adalah dengan menghadapii dan mencari penyelesaiannya" kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menyahut kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri supaya Putrajaya bersemuka dengan "Pemisah". Nama Jeffrey telah disebut secara khusus dalam kenyataan Timbalan Menteri itu.
"Inilah masanya Kerajaan Persekutuan menyelesaikan rasa tidak puas hati di sebalik laungan untuk pemisahan/pengasingan/hak-hak Sabah Sarawak... Semua isu-isunya adalah sama tetapi laungan menjadi lebih kuat dan lantang setelah kekecewaan ini diabaikan terlalu lama," jelas Jeffrey yang merupakan bekas tahanan ISA pada 1990 kerana membangkitkan isu hak-hak Sabah dalam Dua Puluh Perkara sebagai pra-syarat menyertai pembentukan Malaysia. Ketika itu Jeffrey telah mempersoalkan mengapa kerajaan persekutuan melayan kerajaan PBS yang dipilih secara demokrasi, begitu teruk. Akibatnya, Jeffrey telah dilabel sebagai "pemisah".
Hari ini, seruan "pemisahan" semakin mendapat momentum di dalam dan luar Malaysia kerana kerajaan telah mengabaikan laungan untuk keadilan selama 50 tahun. Malah, keadaan menjadi semakin buruk apabila tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan Kuala Lumpur terhadap negeri-negeri di Borneo lebih cenderung untuk mengukuhkan kebimbangan bahawa hasrat sebenar Kuala Lumpur selama ini adalah untuk mengambilalih Sabah/Sarawak, menjajah kembali, menakluki dan mengeksploitasi sumber minyak mereka .. tindakan seperti mendesak menyerahmilik hak minyak, menentukan penggiliran jawatan ketua menteri, mengubah demografi Sabah melalui apa yang dikenali sebagai "Projek IC Mahathir"; penurunan taraf status Sabah dan Sarawak menjadi negeri-negeri Tanah Melayu ke-12 dan ke-13; penahanan aktivis-aktivis dan pemerintahan secara langsung Kuala Lumpur melalui UMMO.
Membincangkan dan mempersoalkan kerajaan persekutuan dan Sabah mengenai ketidakpuasan hati ini bukan sahaja mendapat respon negatif tetapi juga mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara. Sekarang, mereka yang meluahkan ketidakpuasan hati ini dengan mudah dilabelkan sebagai "pemisah", kata Jeffrey.
Jadi, sudah tiba masanya untuk mereka yang berkuasa untuk turun padang dan mendengar. Ya, dengar dan tangani kekecewaan-kekecwaan ini sebelum terlambat.
Perdana Menteri mestilah serius mengenai perkara ini. Redakan keadaan dan rethorik serta bertindak pantas menubuhkan satu mekanisme kebangsaan untuk menangani rasa tidak puas hati ini.
Jangan terus abaikan dan ketepikan masalah-masalah ini. Seruan untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia perlu dihormati dan diterima dengan niat yang baik.
Jangan berkata "APA mau review review ..." seperti jawapan yang saya terima apabila bangkitkan perkara itu didalam Dewan Undangan Sabah baru-baru ini.
KELANTAN KELUAR MALAYSIA ?
karangan ~PakKaramu~ on 7/28/2009
Salam,
Ada pandangan Kelantan memohon keluar dari Malaysia sebab tak dapat royalty gas, sebab kerajaan pusat anak titikan Kelantan, jikamacam tu nanti UMNO akan mati kat negeri itu dan semua orang luar nak masuk Kelantan kena buat pasport antarabangsa hu hu hu
Apakah pandangan ini mustahil berlaku ? Jawabnya tidak mustahil berlaku sebab banyak negara luar yang sedang tuntut demikian kerana berlaku ketidak adilan bukan kerana semata-mata mahu kuasa, kerajaan Kelantan mahu isu royalty di bincang secara persaudaraan akan tetapi jika gagal maka isu ini akan di bawa ke mahkamah antarabangsa
Andainya mahkamah antarabangsa juga gagal maka Kelantan mungkin akan bawa isu keluar Malaysia kepada mahkamah antarabangsa, kalau gagal juga nak buat macam mana ? Tidak mungkin kerajaan puasat benarkan hal yang sebegini sebab ia akan mengundang huruhara dan contoh mungkin boleh di ambil dari negera di utara negera itu
Isu Kelantan nak keluar Malaysia sudah lama kedengaran dulu, pun atas sebab ketidak adilan, baru baru ini menteri dari Kelantan yang bermazhab UMNO bagitahu bahawa Kerajaan Pusat dah peruntukan lebih 7 billion untuk Kelantan, nak apa lagi ? Sebenarnya peruntukan itu tak nampakpun dan tak ujud samasekali sebab kerajaan negeri tidak di amanahkan dengan peruntukan sejumlah itu
Kerajaan pusat hanya berikan kepada pegawai kerajaan persekutuan yang terdapat di Kelantan ertinya kerajaan Kelantan tak tahu apa, ia macam UMNO memberikan memperuntukkan dengan UMNO juga (jika ada) sebab itu peruntukan tersebut tidak boleh di percayai langsung dan kerajaan negeri berhak kata tidak tahu sebab masalah negeri hanya di bahu kerajaan yang memerintah negeri akan tetapi orang yang tidak menmerintah pula yang macan pemerintah, ini sudah macam memperbodohkan kerajaan negeri
Kerajaan negeri macam di perbodohkan oleh kerajaan pusat sebab pusat tidak percaya dengan kerajaan negeri takut peruntukkan tersebut di bahagi-bahagikan sesama mereka, mereka menganggap kerajaan negeri ni macam tak pernah dapat harta banyak atau salah gunakan untuk pribadi dan parti atau kroni, jika sebab inilah yang di takuti maka kerajaan negeri elok tidak usah ambil tahu langsung, atau jawab saja tak tahu
Persoalannya bolehkah kerajaan Kelantan keluar dari Malaysia ? ikut undang-undang dan suara rakyat boleh, tapi agak sukar, pokoknya boleh ! sebab ada jalan mungki macam Singapore ?
Tuesday, September 09, 2014
Exposing the Truth
,
Fact
,
News
,
North Borneo
,
PBS
,
Sabah
No comments
PBS about turn on ISA appalling says dap
KOTA KINABALU: DAP Sabah secretary Dr Edwin Bosi is appalled by the call of Parti Bersatu Sabah (PBS) to revive the Internal Security Act (ISA) on grounds of too many dubious activities that are seemingly posing threats to national security.
Dr Bosi opined that PBS secretary general Datuk Johnny Mositun’s call on the government to reinstate the ISA in the light of the current situation where a number of people have dared to express racial opinions and give views on sensitive issues such as religion and the Federal Constitution as an exercise in desperation.
The Kapayan assemblyman said that Mositun had apparently forgotten that it was PBS in 1991 that had called for the repeal of ISA.
“This was stated by the former secretary general of PBS, Datuk Henrynus Amin. It now appears that PBS after re-joining the BN is now fully supporting Umno for the revival of the ISA. It is therefore obvious that Umno and PBS have teamed up in Sabah. They seem to fear the people’s views and expressions. Mositun, PBS and Umno, it seem, are still bent on subduing and constraining the people through this oppressive law,” he pointed out.
“It is indeed very sad that Mositun, PBS and Umno are seen to have lost the plot in nation building, while other Malaysians are working forward in this borderless and globalised world. With such a myopic view and low tolerance exhibited by Mositun it appears to indicate that he may not be the right person to be a deputy speaker of the Sabah State Assembly.
“As long as he (Mositun) is chairing the Assembly, expressions and views of assemblymen and assemblywomen will be suppressed. I, for one, knows that Mositun has a phobia with assemblymen who can express themselves and for that they (the assemblyperson) will not get his attention,” he added.
Dr Bosi, who is chairman of DAP Native Consultative Council, said the people, especially the natives of Sabah, do not want to be returned to live under the coconut shell. If a government is unable to take the criticisms, views and expressions of the people, then it is time to let other party to take over. Obviously, Pakatan Rakyat, being the government-in-waiting, is ready to provide good governance.
As it stands now, the people are well informed and it looks like the change of government is inevitable in the 14th general election, he said.
Dr Bosi added Mositun, PBS and Umno should heed the advice from State Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak when he reminded the government to tackle the Sedition Act properly as losing a case in court or successfully sending someone to jail brings embarrassment and further problems respectively.
According to Salleh, losing a court case or sending someone to jail, both ways the government loses. He reminded the government of the advent of news media and also how the people are well-informed now.
“Although the Defence Minister cum Umno vice president Datuk Hishammuddin Tun Hussein has stated that the government will not revive ISA, the calls, if they are made repeatedly by PBS and Umno, could raise the possibility that the government may eventually accede to them. From past observations, anything said by the government must be taken with a pinch of salt and this includes the promise to repeal the Sedition Act,” Dr Bosi said.
Secession a non-issue, says Teo
KOTA KINABALU: The issue of secession of Sabah from Malaysia is merely created by irresponsible quarters to incite the emotions of the people against the Federal Government, said the Minister of Special Tasks, Datuk Teo Chee Kang.
Teo, who is also Liberal Democratic Party (LDP) president, said during the LDP Mid-Autumn Festival celebration at Damai Community Centre here on Saturday that it was a non-issue.
Before the formation of the Federation of Malaysia by Sabah, Sarawak, Malaya and Singapore on 16th September 1963, there were strenuous objections from Indonesia and the Philippines due to their claims on Sabah, he said.
“We even faced Indonesia’s political and military confrontation until 1966, and today the Philippines has not abandoned its territorial claims on Sabah.”
In view of such external threats, Teo said it was the right move for Sabah to form Malaysia with the other components.
“’Now that Sabah is part of the Federation, the issue of secession does not arise. In fact the 20 points prohibit secession,”he pointed out.
Don’t be taken in by talks of secession, says Max
LABUAN: The people must be wary of proponents for secession of Sabah and Sarawak from Malaysia as they are twisting historical facts of the federation, said Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.
The Parti Bersatu Sabah (PBS) deputy president said that these people who argued that the two states should secede from Malaysia had also belittled the work and efforts done by the founding fathers of Malaysia from Sabah and Sarawak.
“They are accusing the founders of the nation from Sabah and Sarawak of being cheated and the Malayan leaders as liars and thieves.
“These separatist groups comprising rejected opposition leaders and opposition-linked bloggers appear to be stirring anti-federal hatred and provoking rebellion. They don’t recognise the formation of Malaysia and even urged the people to fly the flag upside down,” he said, adding that this was a ‘dangerous preoccupation’ that could affect the security and stability in the country.
Speaking at the opening of the PBS Labuan division annual general meeting, Dr Maximus also urged such groups not to play with fire.
He advised the public to be wary of the separatists and not to be taken by their wild propaganda.
“These people, who twist facts of history, should get the real story from those involved in the negotiation process for the formation of Malaysia.
“They include, Tan Sri Peter Lo, former Sarawak Governor Tun Abdul Rahman Yaa’kub and others like Tan Sri Abdul Ghani Gilong, Tan Sri Herman Luping, Tan Sri Leonard Linggi Jugah among others, who knew what actually happened,” he said.
Dr Maximus also said that to claim the nation’s founders from Sabah and Sarawak were cheated was an insult to the leaders who had the interest of the future of Sabah and Sarawak in mind.
“The formation of Malaysia by Malaya, Sabah and Sarawak is a permanent marriage and our task is to enrich this marriage by continue to look into the interest of the people of Sabah and Sarawak. Sabah and Sarawak should make full use of the federation of Malaysia to get the resources and means to develop their states,” he added.
Also present were Labuan member of parliament Datuk Rozman Isli and Senator Datuk Yunus Kurus.
Tuesday, September 09, 2014
Fact
,
History
,
North Borneo
,
Pairin
,
PBS
,
Sabah
,
Secession
,
Separation
No comments
No need for outsiders to teach us our history, rights – Pairin
KENINGAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said there is no need for ‘outsiders’ to come and teach the people in the state about our history and rights.
“The opposition leaders from Peninsula need not come here to teach us about history and our rights,” he told reporters after opening the PBS Bingkor and Liawan Division annual general meeting (AGM) here on Saturday.
He stressed that leaders in this state are known to talk, organize and carry out matters of native people by using logical wisdom with the aim of improving the situation.
Pairin therefore said there is no need for DAP and its leader, Lim Kit Siang, to come to this area because the people here and this state are mature enough to overcome any problem arising through discussion.
“We are well aware of the extent of the problems here and the people and leaders can sit down to talk.
“But if only imitate the way of life, especially the customs of the native people, it can be seen as serving a political purpose,” he said when asked to comment on the creation of replica oath stones by opposition leaders during the Independence Day celebrations here on August 31.
Pairin said it was not surprising that the opposition had to think of something to remind the people. This could be through imitation of what our ancestors and past leaders had done to create an atmosphere as evoked by the memorial Oath Stone.
“I have not read what they have written in the oath stone that they created but what is in our history is enough to remind us why Malaysia has been formed and what has been done, not fulfilled and so on.
“Of course, we feel strongly that certain things that have been promised and discussed should always be fulfilled by the government, and we are prepared to go on talking on this.
“There are some who say that it is no longer relevant as what has happened in the past is now irrelevant. This is not true. History serves as a guide for us on what has happened. So it must be relevant. Like our age, our birthday which is always relevant,” he said.
However, in fighting for what is due to us, it must not undermine public order, peace, economy and the relationship with one another.
“I want to say that when discussing for our rights and privileges, we must be wise, think correctly in a sane and sincere manner and not just politically agitate or incite the people,” he said.
On the current wave of incitement in the social media, especially Facebook, calling for the secession of Sabah and Sarawak from Malaysia, Pairin, who is also Deputy Chief Minister, said the country has a constitution that has been agreed by the former leaders that there should be no secession.
He said from a legal standpoint it is not possible to secede as it would be contrary to the constitution of this country despite the misgivings of the people here.
“I do not follow what has been written in the Facebook. In the newspapers, a woman from Sarawak has given a strong view on the matter that she was just highlighting and not inciting.
“So, if you explain it within the legal framework on what secession entails, under what circumstances and in what situation it can come about or not, all these can be discussed in a proper manner.”
On the statement by PBS secretary general Datuk Johnny Mositun that the government should bring back the Internal Security Act (ISA), Pairin said the ISA was already abolished following demand from the people as it was seen to be infringing on our democratic rights.
However, he said in the present situation many questions were raised on the abolition. Some wanted the ISA returned, some not, some were neutral, moderate and quiet.
“Specifically in this case, what was raised by the PBS secretary general was his own personal view and not that of the party. The party has not discussed it nor issued any statements on the ISA,” Pairin stressed.
Also at the meeting were PBS divisional chiefs Peter Jino Allion (Bingkor) and Datuk Jake Jikulin Nointin (Liawan).
Tuesday, September 09, 2014
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
News
,
Sabah
,
Secession
,
Separation
,
umno
No comments
Sabah CM: Enough talk on secession
KOTA KINABALU: The Sabah government will not tolerate any group instigating and spreading talk pertaining to the state seceding from Malaysia.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said such talk was not only seditious but detrimental to the prevailing peace and harmony that Malaysians in Sabah had enjoyed all the while.
“Enough is enough. Do not threaten and challenge the state and federal constitutions,” he said in a statement here yesterday.
Musa said the views of the group in question were not representative of the majority, believing that Sabahans in general had allegiance to Malaysia.
“This group can make many claims that they have a huge following. However, what is most unfortunate is that there are irresponsible politicians who justify this type of action to further their own agendas,” he noted.
Musa said the federal government had made it known that Sabah and Sarawak were important partners in the federation. He added that billions of ringgit were channelled yearly towards both states to fund projects and programmes for the benefit of the people.
“We know there’s still much to be done and issues to be resolved. Sabah is a work in progress and we are constantly finding solutions to issues. We are a civil society and a nation of laws, with no room for intolerance, arrogance and extremism,” he said. — Bernama
Tuesday, September 09, 2014
Exposing the Truth
,
Fact
,
North Borneo
,
Project IC
,
Sabah
,
Sharing
,
umno
No comments
RCI, Mahathir Wajar Dihukum Mati?
By Mutalib M.D
"SAYA terkejut ketika Pesuruhjaya Polis Sabah, Maulana Babjee memanggil saya dan mengarahkan saya membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina untuk mencetuskan rusuhan kaum. Saya tergamam!" kata Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar.
Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar adalah salah seorang bekas tahanan ISA yang paling lantang menyuarakan isu PATI dan kad pengenalan Projek. Beliau merupakan salah seorang daripada 52 tahanan ISA yang menjadi dalang sindiket kad pengenalan projek.
Hassnar juga menjadi salah seorang saksi dalam perbicaraan Petisyen Pilihanraya DUN Likas 1999 yang telah membuat pengakuan bersumpah dan telah menulis surat kepada saya dan sekaligus membuat pengakuan secara terbuka yang telah dimasukkan ke dalam buku saya 'IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?' dan dipetik oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai bukti untuk mengukuhkan bukti di dalam bukunya 'Justice For Sabah' (Keadilan Untuk Sabah).
Demam PATI belum sembuh, sekembalinya daripada bercuti selama sebulan di India, Hassnar mencabar polis menangkapnya jika ingin mengambil kenyataan kerana dia enggan memberikan keterangan. Ikuti temu bual saya dengan beliau.
Mutalib: Bolehkah saudara beritahu saya kenapa enggan memberi kenyataan kepada polis yang ingin menyiapkan kertas siasatan sebelum mereka mengemukakan perkara ini ke Bukit Aman walaupun mereka menghubungi saudara sejak tahun lalu?
Hassnar: Saya tidak faham statement apa lagi yang mereka mahu. Mereka telefon saya bertubi-tubi. Saya merasa hak saya sebagai warganegara terganggu. Saya sudah bosan dengan semua ini. Tidakkah boleh mereka melihat saya senang dan ingin mencari kedamaian sehingga terpaksa melancong ke India.
Mereka menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama dua bulan pada tahun 1988 dan Tahanan Kediaman Terhad selama dua tahun di atas kesalahan yang dirancangkan ke atas saya.
Tidak cukupkah mereka mengambil kenyataan saya selama dua bulan semasa di dalam tahanan ISA. Polis ini hipokrit. Saya tidak lagi percaya kepada polis. Jika mereka mahu, mereka tangkap saya dan dakwa saya di mahkamah. Saya tidak akan memberi keterangan atau kenyataan kepada polis. Saya mahu rakyat tahu apa yang polis dan pemimpin politik lakukan.
Mutalib: Bukankah saudara boleh dituduh menghalang tugas polis kerana enggan memberi kerjasama dan didakwa di bawah Kanun Acara Jenayah?
Hassnar: Mereka boleh tangkap saya, tetapi saya tetap akan berdiam diri melainkan mereka menghadapkan saya ke mahkamah. Saya sudah bagi keterangan di Mahkamah dan mereka boleh gunakan keterangan berkenaan dan selama ditahan selama dua bulan, mereka telah mencungkil banyak rahsia daripada saya, tetapi kenapa sampai sekarang masih mahu mengambil statement? Kenyataan apa lagi?
CABAR....Hassnar mencabar Jabarkhan (dalam bulatan) memberi keterangan di mahkamah dan berhenti bercakap kosong.
Mutalib: Menurut Haji Jabar Khan, kenyataan saudara tidak betul kerana dia menyimpan banyak rahsia yang saudara tidak tahu?
Hassnar: Dia boleh berkata apa sahaja. Dia boleh buat pelbagai persepsi. Tetapi pernahkah dia memberi keterangan di mahkamah berhubung isu ini?
Dia salah seorang anggota sindiket kad pengenalan projek yang ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan Ops Gembleng yang berorientasikan wang ringgit. Saya tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada PATI yang diberikan kad pengenalan.
Saya bekerja untuk parti Berjaya dan bukan mengkayakan diri sendiri. Saya cabar Jabar Khan memberi keterangan di mahkamah dan buat keterangan bersumpah. Jika tidak, lebih baik beliau berdiam diri. Namun saya harap Jabar akan memberitahu siapa yang terlibat dan sejauh manakah petualangannya. Insaflah. Umur kita bukan panjang.
Mutalib: Bolehkah saudara ceritakan kembali bagaimana saudara terlibat dengan sindiket ini?
Hassnar: Ketika itu saya dilantik sebagai Ketua Daerah Sandakan dan telah terlibat secara langsung di dalam proses mengeluarkan kad pengenalan projek kepada para pendatang asing Indonesia dan Filipina sejak 1976 sehinggalah saya ditangkap di bawah Akta Kediaman Terhad selama dua tahun pada 1988.
Untuk makluman saudara, saya terlibat secara langsung dengan penubuhan Parti Berjaya sejak September 1976 dan ditugaskan untuk memantau pola pengundian bagi memastikan Berjaya mencapai kemenangan mutlak dan menumbangkan USNO yang menderhaka kepada Kerajaan Persekutuan.
Ketika itu pola pengundian berkisarkan kepada 20 kawasan Islam, 20 kawasan bukan Islam dan 08 kawasan Cina. Kemenangan tipis pada tahun 1976 memberikan pengajaran bahawa Berjaya harus mencari jalan bagaimana mahu mendapatkan 20 kawasan Kadazandusun.
Hanya satu jalan yang terbuka iaitu menambah jumlah pengundi Islam dan tidak ada jalan lain melainkan merekrut pendatang asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang kebanyakannya bertaraf pelarian dan di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan warga Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit.
Pada mulanya saya dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi kawasan Sandakan Bandar, namun Datuk Harris Salleh telah menawarkan jawatan Ketua Daerah kepada saya. Samun saya keberatan menerima jawatan tersebut kerana pada hemat saya jawatan itu hanya sesuai untuk orang tua yang berpengalaman.
Hampir enam bulan jawatan tersebut kosong sejak kematian OKK Sheikh Abdul Aziz kerana saya tidak memberikan reaksi.
Sewaktu lawatan Datuk Harris Salleh ke Sandakan, dia mengarahkan saya menerima jawatan tersebut. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Hassan Alban Sandukong dan Datuk Stephen Wong. Saya terpaksa menerima jawatan itu kerana ketika itu tidak ada yang berani berkata 'TIDAK' kepada Datuk Harris.
Selepas memegang jawatan berkenaan, saya didatangi oleh Haji Lokman (Bekas Ketua Daerah). Dia menyerahkan satu fail 'RAHSIA' berhubung projek memberi kerakyatan Malaysia kepada PATI.
Saya agak terkejut kerana tidak menyangka perkara sebegini keji boleh berlaku dan didalangi oleh pemimpin tertinggi parti. Saya kesal kerana merasakan seolah-olah menjadi tali-barut dan penderhaka kepada negara, namun saya tidak mempunyai pilihan.
Saya diminta tandatangani 500 borang kosong HNR 10 atas kapasiti saya sebagai Ketua Daerah, apatah lagi borang kosong tersebut telah diakui sah oleh Pegawai Daerah tapi ditandatangani Hassan Alban Sandukong.
Sejak daripada itu, projek berkenaan berjalan terus dan beratus ribu PATI mendapat kerakyatan negara ini secara TIDAK SAH dan tidak melalui sebarang saringan Imigresen sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
C PROJEK....Beberapa tokoh ternama yang mendapat IC Projek daripada Harris?
Kerajaan Berjaya pada masa itu telah mempelopori pengeluaran kad pengenalan projek kepada PATI secara senyap pada tahun 1980 sehingga 1981.
Hasilnya Berjaya telah menang besar pada pilihanraya 1982. Mereka inilah yang diwarisi oleh UMNO dan memang diakui agak sukar untuk meminggirkan mereka daripada arena politik Sabah kerana jumlah mereka yang ramai dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan terus memperolehi perlindungan dan jaminan keselamatan.
Mutalib: Apakah ada bukti atau tuduhan secara rambang?
Hassnar: Ada. Bukti banyak dan ada di mana-mana terutama bukti yang bergerak ke sana ke mari. Izinkan saya jelaskan secara ringkas. Pada tahun 1981, UNHCR ada memberi peruntukan sejumlah RM5 juta untuk mendirikan rumah pelarian di Kampung Bahagia, Sandakan; Kampung Kinarut, Papar dan beberapa lokasi terpilih di seluruh Sabah.
Salah seorang penerima rumah tersebut ialah Sharif Jul Bin Titing yang lahir di Jolo, Filipina dan merupakan pelarian 'MORO' yang tiba di Sabah pada tahun 1972. Beliau menerima rumah tersebut daripada UNHCR.
Tetapi pada hari ini beliau menjadi pengundi berdaftar di DUN Sekong, mempunyai beberapa permit teksi dan kereta sewa.
Paling menakjubkan beliau telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri Sekong oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Jika Sharif Jul yang lahir di Jolo iaitu tempat Kumpulan Abu Sayyaf melancarkan perang gerilya boleh mendapat kad pengenalan projek dan dilantik sebagai Ketua Anak Negeri Sekong dan berkuasa untuk mengesahkan status Anak Negeri ketika itu, maka tidak hairan jika ramai lagi yang mendapat kerakyatan secara tidak sah. Bukti lain akan saya ceritakan kemudian kerana banyak rahsia yang perlu saya beritahu saudara untuk disampaikan kepada rakyat.
Mutalib: Jika Berjaya yang mengarah merekrut PATI sebagai pemilih berdaftar melalui pemberian kerakyatan songsang, kenapa tumbang kepada sebuah parti kecil?
Hassnar: Pada 1985, Berjaya tumbang kepada PBS di dalam pilihanraya dan kekalahan ini meninggalkan kesan mendalam kepada keterlanjuran Datuk Harris merestui pengeluaran kad pengenalan projek kepada PATI kerana ada pihak tertentu telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tumbangkan Berjaya.
Berjaya tumbang kerana HNR 10 yang tidak mencapai sasaran sehingga rakyat menuduh Berjaya memberi kerakyatan kepada PATI. Datuk Harris memikirkan kalau betul-betul Berjaya menaja sindiket kad pengenalan projek mereka mesti menang, sebaliknya mereka tumbang kepada PBS pada pilihanraya penentuan tersebut.
Datuk Harris yakin projek tersebut yang didalangi oleh Kerajaan Persekutuan bukannya untuk mengekalkan Berjaya di tampuk kuasa, sebaliknya meramaikan pengundi Melayu untuk menjatuhkan Berjaya kelak dan memantau pola pilihanraya di Sabah pada masa akan datang dan yang menjadi sasaran pertama ialah Berjaya, tumbang dek sokongan membawa rebah Kuala Lumpur.
Mutalib: Selain saudara, siapa lagi yang terlibat dengan sindiket awal berkenaan?
Hassnar: Sepanjang ingatan saya, Hassan Alban Sakudong (Datuk). Beliau telah menandatangani lebih 1,000 borang HNR 10 di antara tahun 1982 hingga 1983.
Mutalib: Apa yang terjadi selepas kejatuhan Berjaya kepada PBS dan apakah saudara terus terlibat atau menarik diri?
Hassnar: Selepas kejatuhan Berjaya dan kegagalan rampasan kuasa oleh Tun Mustapha, Datuk Harris memanggil saya dan Datuk Yahya Lampong ke rumahnya di Likas. Datuk Harris memberi dua tiket kapal terbang meminta saya dan Datuk Yahya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Datuk Megat Junid Megat Ayub yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri.
BERSUBAHAT.....Datuk Salleh Japaruddin (kanan) turut bersubahat dalam Projek IC.
Pertemuan pertama diadakan di rumah Datuk Salleh Japaruddin, mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (era Tun Abdul Rahman Yaakub). Kemudian keesokan harinya saya dan Datuk Yahya ke Pejabat Datuk Megat Junid.
Megat Junid bersetuju dengan rancangan Datuk Harris untuk meramaikan pengundi Melayu/Islam di era pemerintahan PBS sebagai rancangan jangka panjang untuk menumbangkan PBS dan mendaulatkan ketuanan Melayu di Sabah.
Datuk Megat Junid mengarahkan Pengarah Pendaftaran Sabah, Haji Sani dan Pengarah Imigresen Sabah, Dusmi Ibrahim datang berjumpanya di Kuala Lumpur.
Mutalib: Adakah saudara menghadiri apa-apa mesyuarat khas dan siapa yang terlibat?
Hassnar: Januari 1986, saya dan Datuk Yahya menghadiri mesyuarat khas bersama Dusmi Ibrahim, Mohd. Yaakub (Setiausaha KDN), Tan Sri Ahmad (Pengarah M6), Tan Sri Alwi Jantan (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), Datuk Halim Harun (Ketua Pengarah Imigresen Malaysia), Haji Sani Adnan (Pengarah JPN) dan tiga orang pegawai Polis di-Raja Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Megat Junid.
Dalam mesyuarat tersebut Datuk Megat Junid berkata nasib dan masa hadapan orang Islam di Sabah berada di hujung tanduk jika mereka tidak berbuat sesuatu, terutama meramaikan pengundi Islam melalui pemberian kad pengenalan projek.
Setelah berbincang panjang lebar, Sani Adnan meminta tangguh kerana memikirkan kaedah tersebut tidak betul dan membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara, lalu bersurai kami balik ke Kota Kinabalu.
Mutalib: Bermakna projek berkenaan dibatalkan kerana Haji Sani Adnan tidak bersetuju?
Hassnar: Tidak. Projek berkenaan diteruskan. Tidak lama selepas mesyuarat pertama, Datuk Harris minta saya dan Datuk Yahya Lampong ke Kuala Lumpur sekali lagi berjumpa dengan Datuk Megat Junid untuk mendapatkan persetujuan meneruskan projek pengeluaran kad pengenalan projek kepada PATI.
Datuk Megat Junid bersetuju dengan permintaan Datuk Harris tetapi meminta RM 2 juta sebagai ongkos untuk menjalankan 'PROJEK RAHSIA' tersebut.
Datuk Yahya terus menelefon Datuk Harris. Datuk Harris minta kami balik dulu ke Kota kinabalu dan minta Datuk Yahya sampaikan hasratnya untuk berjumpa Datuk Megat Junid. Saya tidak bercakap dengan Datuk Harris tetapi Datuk Yahya.
Mutalib: Adakah Datuk Harris dapat berjumpa dengan Datuk Megat Junid dan di mana? Adakah saudara ikut hadir?
Hassnar: Datuk Megat Junid setuju jumpa Datuk Harris, tetapi bukan di dalam negeri dan masanya akan diberitahu kelak. Dua minggu selepas itu Datuk Megat Junid beritahu saya dia ada di Hotel The Peninsula, Hong Kong dan bersedia untuk jumpa Datuk Harris. Saya sampaikan berita ini kepada Datuk Harris yang hanya mengiyakan sahaja. Saya tidak hadir dalam perjumpaan rahsia empat mata tersebut di Hotel Peninsula Hong Kong.
Mutalib: Bagaimana saudara yakin bahawa Datuk Harris bertemu Datuk Megat Junid secara empat mata?
Hassnar: Saya yakin mereka telah berjumpa kerana tidak lama selepas itu, Datuk Harris meminta saya dan Datuk Yahya jumpa Datuk Megat Junid sekali lagi di pejabatnya. Datuk Megat Junid menyerahkan 20,000 borang HNR 3 kepada saya untuk disampaikan kepada Datuk Harris.
Mutalib: Apa Datuk Harris buat dengan borang HNR 3 tersebut?
Hassnar: Ketika kami sampai di Kota Kinabalu bersama borang HNR 3, sudah ramai orang menunggu di Pejabat Datuk Harris untuk mengisi borang HNR 3, termasuk cap jari dan gambar.
Kesemua 20,000 borang HNR 3 habis dibahagikan kepada petugas dan pemimpin kanan Berjaya. Antara yang menerima borang kosong HNR 3 ialah Ghafur Salleh, Lajim Yusof, KK Laugan Tarki, Murtaza dan ramai lagi; namun Ansari Abdullah yang turut hadir enggan menerima borang HNR 3 tersebut.
NEGARAWAN.....Ansari (kiri) berani berkata TIDAK kepada Harris dan tidak pernah terlibat dengan IC Projek.
Mutalib: Maksud saudara Ansari tidak terlibat dalam kerja merekrut warga asing menjadi warganegara songsang?
Hassnar: Ya, dia secara jujur mengakui di hadapan Datuk Harris yang dia tidak mahu terlibat dan meminta maaf kerana tidak sanggup menurut perintah Datuk Harris. Hanya dia seorang sahaja yang tidak terlibat dan enggan terlibat. Dia benar-benar seorang negarawan.
Mutalib: Apa yang terjadi dengan 20,000 borang HNR 3 yang telah diagehkan itu?
Hassnar: Tidak lama selepas itu, hanya 11,000 borang HNR 3 dikembalikan kepada saya dan Datuk Harris meminta saya ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Datuk Megat Junid.
Saya diiringi oleh Inspektor Jamail Ismail berjumpa dengan Datuk Megat Junid di pejabatnya. Projek 'HARAM' tersebut berjalan terus sehingga beratus ribu kad pengenalan projek dikeluarkan kepada PATI Indonesia, Filipina dan Pakistan.
Mutalib: Macam mana pula saudara boleh tertangkap sedangkan saudara hanya menjalankan tugas yang telah dipersetujui oleh Datuk Megat Junid dan Datuk Harris?
Hassnar: Haji Sani telefon saya dan beritahu Datuk Megat Junid mahu berjumpa dengan saya. Saya terus ke Kuala Lumpur dan diberitahu Datuk Megat Junid berada di rumah Datuk Salleh Japaruddin.
Ketika tiba di rumah Datuk Salleh, Akhbar Khan menyambut saya dan membawa saya berjumpa Datuk Megat Junid di dalam rumah tersebut.
Menurut Datuk Megat Junid, ada perundingan di antara Parti Bersatu Sabah dengan UMNO dan dalam perundingan tersebut Datuk Pairin Kitingan minta Dr Mahathir tangkap saya.
Datuk Megat Junid menasihatkan agar projek tersebut dihentikan buat sementara waktu. Saya balik ke Kota Kinabalu dan beritahu Datuk Harris amaran Datuk Megat Junid.
Namun Datuk Harris kata itu kerja gila. Kalau mahu tangkap kenapa harus beritahu dan menganggap Datuk Megat Junid hanya mahu mengadakan perang psikologi dengannya.
Datuk Harris mengarahkan projek tersebut diteruskan dan jangan pedulikan amaran tersebut. Tidak kurang daripada 30,000 lagi borang HNR 3 telah diberi kepada PATI di seluruh Sabah.
Pada suatu hari, Piting Ali (Allahyarham) menghubungi saya dan mengakui dia sudah lama terlibat dengan projek tersebut, namun hanya menggunakan borang HNR 10 sahaja.
Apabila saya berjumpa dengan Piting saya terkejut kerana rumah Piting sudah menjadi Pejabat Pendaftaran kerana lengkap dengan borang HNR 1, HNR 3 dan HNR 10. Piting sendiri memberi nama kepada PATI bagi mengelakkan dikenali atau bertindih dengan sebarang dokumen mereka.
Piting memberi beberapa borang HNR 1, HNR 3 dan HNR 10 kepada saya untuk digunakan dengan segera tanpa perlu bersusah payah berjumpa Datuk Megat Junid atau pegawai pendaftaran. Saya sendiripun tidak tahu bagaimana Piting boleh memperoleh borang HNR 1 dan HNR 10 sedangkan saya hanya diberi borang HNR 3 oleh Datuk Megat Junid.
Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Saya ditangkap di Lapangan Terbang Subang bersama borang HNR 1, HNR 3 dan HNR 10 yang diberikan oleh Piting kepada saya.
Inilah perangkap yang tidak terlihat oleh saya, terutama ketika Piting menghubungi saya kerana ketika itu saya terlalu memikirkan kesihatan isteri saya sehingga lupa bahawa segala perlakuan saya selama ini telah diperhatikan dan menunggu masa ketika saya membuat kesilapan untuk dicekup oleh mereka yang menjadi dalang sebenar di sebalik projek haram ini.
Mutalib: Di mana saudara di tahan dan berapa lama dan kenapa saudara dibebaskan tanpa dihantar ke Kamunting?
Hassnar: Saya terus di bawa ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Bandar dan kemudiannya dalam keadaan mata tertutup dipindahkan ke suatu tempat yang saya percaya Kuala Kubu Bahru dan ditahan di sana di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Setelah dua bulan dalam tahanan, akhirnya saya diberikan dua pilihan sama ada ditahan selanjutnya atau dibebaskan dengan satu syarat. Seorang pegawai Polis menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Setelah selesai menulis, pegawai itu mengoyak kertas itu kepada dua bahagian.
Pegawai itu memberitahu kertas di tangan kirinya adalah kenyataan yang tidak benar dan kertas di tangan kanannya adalah kenyataan yang benar.
Saya diberikan satu pilihan untuk memilih satu kertas sahaja dan diberi amaran bahawa jika saya memilih yang benar akan ditahan, sebaliknya akan dilepaskan jika memilih yang tidak benar.
Saya pun memilih kertas yang berada di tangan kirinya iaitu kenyataan yang tidak benar dengan harapan akan segera dilepaskan tetapi saya tidak tahu apa isi kandungannya kerana tidak dibenarkan melihat kertas tersebut.
Semasa menurunkan tandatangan di kertas tersebut saya tidak dibenarkan melihat isi kandungannya. Saya dibebaskan dengan satu syarat tambahan lagi iaitu tidak boleh menghubungi sebarang wartawan atau media.
Saya ditangkap semula jika membuat sebarang kenyataan akhbar atau bertulis. Saya kembali ke Sandakan dan terus dikenakan Tahanan Kediaman Terhad selama dua tahun sehingga 1990.
Mutalib: Kenapa saudara menghubungi saya untuk mendedahkan perkara ini dan kenapa tidak tulis terus kepada pihak yang berwajib?
Hassnar: Saya kini insaf menjadi 'hamba abdi' kepada pemimpin politik yang kononnya memperjuangkan nasib dan masa hadapan bangsa 'Melayu', sebaliknya menjadi petualang negara, bertopengkan kuasa dan membelakangkan undang-undang serta perlembagaan negara.
Saya menghubungi saudara kerana percaya hanya saudara berani menulis isu penting ini. Semoga pengakuan saya memberikan kesedaran kepada anak jati Sabah bahawa 'HAK' kita telah dirampas dan kita berada dalam situasi yang genting kerana kita akan berhadapan dengan dilema kepupusan 'Bangsa Melayu Jati' kerana ditenggelami spesis Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Mereka ini telah diberikan kerakyatan secara tidak sah, tetapi 'DIHALALKAN' oleh undang-undang negara semata-mata untuk memuaskan nafsu para pemimpin yang tamakkan kuasa politik dan kekayaan untuk diri dan keluarga.
Kini kita harus bangkit bersama untuk menentang ketidak adilan dan menebus maruah bangsa kita yang tergadai sebelum terlambat. Jika semasa saya ditahan hanya terdapat sekitar 300,000 PATI yang mendapat kewarganegaraan ini secara tidak sah, namun kini sudah lebih sejuta orang asing telah diberikan kerakyatan 'MALAYSIA' melalui pintu belakang dan daripada jumlah tersebut sudah melahirkan lebih dua juta generasi 'TERAPUNG' di negara ini dan akan secara automatik mendapat kerakyatan negara ini kerana ibu bapa mereka telah mendapat kad pengenalan Malaysia.
Mutalib: Adakah kini saudara benar-benar insaf. Adakah masih ada harapan untuk rakyat Sabah mengatasi isu ini?
Sebagai rakyat Malaysia, saya mohon maaf dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut daripada rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia amnya kerana terlanjur menjadi tali barut para pemimpin yang rakus sehingga kita kini berhadapan dengan situasi yang genting.
Kita harus menangani isu ini secara bersama demi menyelamatkan maruah bangsa kita yang selama ini 'DIHINA' dan 'DILANYAK' oleh Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah sehingga kita kini menjadi bangsa minoriti bagi memudahkan mereka terus menjadi tuan dan kita akan menjadi hamba sampai bila-bila.
Memang masih belum terlambat kerana kita masih mampu kenalpasti mereka yang telah mendapat kerakyatan secara tidak sah dan saya berjanji akan bersama saudara dan NGO lain meneruskan perjuangan murni ini dan saya bersedia pada bila-bila masa memberikan keterangan di mahkamah untuk menegakkan kebenaran yang kini semakin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Mutalib: Kenapa saudara memohon agar Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir menangkap saudara walaupun saudara telah dibebaskan daripada ISA?
Hassnar: Pada 9 Ogos 1988 saya telah ditangkap di bawah ISA dan seterusnya merengkok dalam tahanan selama 2 bulan. Setelah dibebaskan saya dikenakan syarat Perintah Sekatan (Restricted Residence) selama 2 tahun.
Semasa dalam tahanan dan semasa menjalani hukuman Perintah Sekatan saya ada berulang kali meminta kepada semua Pegawai Polis yang menangkap dan menyiasat kes saya supaya mendakwa saya di Mahkamah jika saya ada melakukan sebarang kesalahan terhadap negara ini. Permohonan, rayuan dan permintaan saya tidak pernah diambil perhatian sehingga sekarang.
Apabila Anwar Ibrahim ditangkap, Dr. Mahathir berulang kali berkata negara ini ada undang-undang dan mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Sehubungan itu, saya mencabar Mahathir membuka semula kes penangkapan dan penahanan saya seterusnya mendakwa saya di Mahkamah atas semua kesalahan yang dituduh telah saya lakukan terhadap negara ini sehingga saya ditahan selama 2 bulan dan dikenakan Perintah Sekatan selama 2 tahun.
Mutalib: Adakah Dr Mahathir memberikan respon dan polis tangkap saudara?
Hassnar: Tidak. Mereka tidak memberikan sebarang respon sehingga ke hari ini.Tetapi polis menangkap saya atas tuduhan lain dan bukan IC Projek.
Mutalib: Kenapa saudara tidak menyaman pihak yang telah mempergunakan saudara?
Hassnar: Saya telah berbincang dengan beberapa peguam dan panel penasihat saya untuk membuat tuduhan bahawa Dr Mahathir bersama Dato' Megat Junid Megat Ayob, bekas Timbalan Menteri dalam Negeri dan Datuk Harris B Mohd Salleh bekas Ketua Menteri Sabah telah mengkhianati rakyat negara ini terutama rakyat negeri Sabah dengan memberikan Kad Pengenalan Biru kepada puluhan ribu rakyat asing dari Filipina dan Indonesia menjadikan mereka rakyat Malaysia melalui proses yang tidak direstui undang-undang. Tetapi tidak ada peguam yang berani mengambil kes ini. Sekarang sudah terlewat kerana Limitation Act.
Mutalib: Di permulaan wawancara tadi saudara mengatakan bahawa ada personel lain yang boleh dijadikan bukti PATI yang mendapat KP Projek?
Hassnar: Ya. Saya sedia mengatakan isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Hassan Alban Hj Sandukong iaitu Datin Nurfideri Bederi adalah 'PENDATANG HARAM' dari Filipina yang telah diberikan kerakyatan Malaysia secara haram oleh Kerajaan Barisan Nasional Mahathir.
PATI.....Datin Nurifideri Bederi bersama Mark Hunter, Juara Pidato Dunia dan suaminya, Tan Sri Hassan Alban Sandukong. Malang sekali kerana Hassnar kata Nufirideri adalah 'Datin PATI'.
Saya harap dakwaan ini dapat disiasat dan tindakan diambil terhadap Datin 'Pendatang Haram' yang saya sebutkan bersama mereka yang telah bersubahat menandatangani semua borang bagi melayakkannya memegang kad pengenalan biru.
Mutalib: Dr Mahathir terlibat secara secara personel dalam sindiket ini?
Hassnar: Ya. Dr Mahathir terlibat langsung memberi restu kepada Datuk Megat Junid menjalankan projek haram tersebut dan memberi kuasa penuh kepada Megat Junid selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri. Mahathir tidak boleh nafikan penglibatannya. Tanpa restu dia, projek ini tidak berjalan dan saya tidak merengkok dalam tahanan ISA selama 2 bulan dan kediaman terhad selama 2 tahun.
PETUALANG.....Mahathir dan Megat Junid (kiri) adalah pengkhianat kepada negara. Memandangkan Megat Junid sudah meninggal dunia, maka Hassnar mencadangkan agar Mahathir dihukum mati!
Saya cabar Mahathir tangkap saya dan hadapkan saya ke Mahkamah ketika dia berkuasa. Jika kerajaan sekarang mahukan bukti yang jelas dan selesaikan isu ini Mahathirlah yang perlu menjawab semua ini.
Kenapa dia harus dilindungi? Pengkhianatan yang dia buat kepada negara terlalu besar iaitu 'MENDERHAKA' kepada 'YANG DIPERTUAN AGONG' dan hukuman yang setimpal adalah 'HUKUMAN MATI' mandatori!
Mutalib: Apakah kesan paling ketara akibat warga asing songsang ini?
Hassnar: Kehadiran mereka bukan untuk menambah bilangan umat Islam di Sabah tetapi dijadikan alat oleh ahli politik dari Semenanjung memecah belahkan rakyat negeri ini supaya memberi kemenangan kepada calon daripada parti yang sanggup menjadi 'kerbau dicucuk hidung' kepada pemimpin Kuala Lumpur untuk berkuasa di Sabah. Apabila rakyat Sabah berpecah maka semua hasil daripada negeri Sabah boleh dengan mudah menjadi milik orang luar dari Sabah.
Mutalib: Jika tidak silap saya saudara turut terlibat di dalam Rusuhan 1986 kerana saya lihat saudara dibawa dengan Black Maria daripada masjid Negeri. Sejauh mana penglibatan saudara dalam rusuhan tersebut?
Hassnar: Semua pemimpin USNO dan Berjaya terlibat dalam Rusuhan 1986 kerana mendapat maklumat yang salah dan terhasut oleh sentimen keagamaan yang direka-reka oleh Tun Mustapha, Harris, Karim Ghani dan kuncu-kuncu mereka.
Saya juga tidak terkecuali, turut terpengaruh dengan hasutan pemimpin yang mengaku Islam tetapi menabur fitnah kepada PBS dan mencetuskan seolah-olah Kerajaan PBS Anti-Islam dan benar-benar menghina Islam sehingga mereka menghalalkan cara termasuk mengerah PATI dan Pelarian Perang di seluruh Sabah untuk memberontak dan mengatur beberapa siri rusuhan yang meletus di seluruh Sabah.
Saya dimasukkan ke Black Maria kerana saya mencabar polis menggari saya kerana menghalang saya masuk dan keluar Masjid Negeri Sabah untuk bersembahyang.
Mujur rusuhan yang ditaja oleh Tun Mustapah-Harris tidak menjadi kenyataan kerana keadaan masih terkawal walaupun beberapa orang meninggal dunia dan insiden letupan bom dan rusuhan terus berlaku.
Mutalib: Apakah insiden yang tidak dapat saudara lupakan dalam Rusuhan 1986?
Hassnar: Gerakan haram untuk mencetuskan rusuhan tidak mencapai kejayaan kerana beberapa halangan sehingga desakan agar Kerajaan Persekutuan mengistiharkan Darurat seperti Peristiwa 13 Mei 1969 tidak kecapaian, walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan beberapa hari.
BUNUH.....Maulana Babjee (kiri) telah mengarahkan Hassnar melakukan pembunuhan?
Saya terkejut ketika Pesuruhjaya Polis Sabah, Maulana Babjee memanggil saya dan mengarahkan saya membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina untuk mencetuskan rusuhan kaum. Saya tergamam!
Saya katakan saya tidak bersenjata kerana senjata saya telah dirampas polis dalam beberapa pertikaian kerana mempertahankan tanah saya. Namun Maulana memulangkan senjata saya dan mengarahkan saya melakukan pembunuhan (nama mereka yang disuruh bunuh terpaksa dirahsiakan) demi membolehkan tercetusnya rusuhan kaum dan memaksa kerajaaan mengistiharkan 'MAGERAN' dan sekaligus menafikan peluang PBS memerintah.
Saya bukanlah pembunuh dan saya tidak tahu mahu berkata apa lagi jika Pesuruhjaya Polis Sabah yang diamanahkan untuk menjaga keamanan menyuruh saya membunuh rakyat yang tidak berdosa dan kemungkinan saya akan dibunuh selepas itu untuk menghapuskan bukti.
Mujur saya mempunyai kekuatan untuk membantah arahan polis, namun saya masih trauma sehingga hari ini dan tidak lagi mempercayai polis.
Mutalib: Sebagai warganegara Malaysia, apakah saudara puas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak polis?
Hassnar: Saya amat sedih dengan kegelinciran maruah polis yang diperkudakan oleh pemimpin negara seperti Mahathir dan Megat Junid. Walaupun mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atas saya, tetapi polis telah melabelkan saya sebagai penjenayah. Selepas ditahan saya sekeluarga menderita. Sebaliknya penjenayah yang sebenar dapat hidup mewah dan berkuasa dengan angkuh dan sombong. Kini saki baki Polis yang menjadi rejim Mahathir-Megat masih berkuasa.
Justeru, jika benar negara ini ada undang-undang, saya menuntut supaya semua tuduhan ke atas saya dapat dibawa ke mahkamah untuk diadili.Jika tidak maka saya akan menganggap Mahathir dan Megat Junid sengaja menyalahgunakan ISA menangkap saya untuk menutup pengkhianatan mereka berdua terhadap rakyat Sabah.
Mutalib: Nampak sangat bahawa saudara amat membenci pihak polis sehingga saya dimaklumkan bahawa saudara sahaja yang berani menentang mereka dan apakah dendam kesumat sehingga saudara bertindak sedemikian?
GARI.....Apakah kerana digari dan dimalukan makan Hassnar berdendam dengan polis? Hassnar digari kerana kerana dituduh menghasut penduduk BDC membuat laporan polis setelah rumah mereka diroboh PDRM atas arahan Chong Kah Kiat?
Hassnar: Hanya mereka yang hilang akal sahaja menyukai polis. Saya tidak mempunyai dendam terhadap mereka dan bukan sikap saya untuk berdendam kepada sesiapa sahaja, tetapi polis sering menyalahgunakan kuasa sehingga menyebabkan kerugian kepada orang ramai.
Dalam kejadian pada 19 Ogos 2006, seorang pegawai Polis bernama Inspektor Sharil Bin Abd Rahman, yang bertugas di Balai Polis Sandakan, Sabah bukan sahaja tidak membenarkan laporan polis dibuat mengenai salahlaku beberapa anggota polis yang bertugas di Batu 32, Jalan Telupid, Sandakan.
Bahkan tanpa sebab munasabah menahan dua pekerja Indonesia, memiliki dokumen sah dan dijamin oleh Syarikat Ladang Zaharah Maju Sdn.Bhd.
Laporan Polis cuba dibuat terhadap anggota Polis berkenaan tetapi, lebih dashyat lagi, Inspektor Polis berkenaan dengan biadap telah mengoyakkan laporan polis yang telah disedia lebih awal oleh seorang pengadu.
Bukankah membuat laporan kepada polis tentang berlakunya jenayah adalah hak setiap rakyat Malaysia terkandung dalam Perlembagaan kita?
Individu atau kumpulan yang dinafikan haknya dan polis yang melakukan jenayah dilindungi pihak atasan yang berkepentingan dan nyata sekali usaha Suruhanjaya Penambahbaikkan Perjalanan dan Pentadbiran Polis tidak berkesan membawa perubahan dalam pentadbiran pasukan PDRM.
Mutalib: Pada pandangan saudara apakah punca polis bermaharaja lela dan kata orang di mana ada polis di situ ada jenayah dan penjenayah?
Hassnar: Keadaan seperti ini berpunca daripada sikap masyarakat kita yang memandang remeh segala kelakuan sumbang anggota PDRM sehingga akhirnya lahir anggota Polis tidak bertanggungjawab terus bermaharaja lela melakukan sesuka hati perkara yang tidak wajar dilakukan dan menyalahi undang-undang. Situasi sebegini wajar diambil perhatian serius sebelum keadaan menjadi parah.
Lebih penting rakyat Malaysia wajib mengambil langkah positif mempastikan para pegawai atasan polis berhenti membohongi rakyat Malaysia.
Anggota Polis dibayar gaji untuk menjalankan tugas menjaga keamanan. Gaji yang mereka bawa pulang untuk mengisi perut ibu bapa atau anak isteri mereka datang dari cukai yang kita bayar. Menjaga keamanan bukan bermaksud mereka diberi kuasa penuh sesuka hati boleh gari, tutup mata seterusnya belasah orang tahanan dalam lokap seperti mana pernah dilakukan oleh Ketua No. 1 mereka. Jauh sekali mereka bukan dibayar gaji menjadi 'Tuan Besar' untuk memperbodohkan kita dengan retorik yang beragenda merahsiakan jenayah oleh anggota polis.
Kalau Polis lakukan kesalahan menjadi tanggungjawab kita bersuara menyatakan dengan jelas dan terang kesalahan mereka? Berdiam diri membawa mesej kita bersetuju dengan perangai buruk mereka. Kelak kita sendiri rugi.
Era rakyat Malaysia menerima saja segala penjelasan Polis mengenai apa jua perkara sebagai benar sudah berlalu.Lantas segala pembohongan dan sandiwara atau tindakan man-mana anggota PDRM yang tidak berasaskan prinsip keadilan seperti yang anda warisi dan lakukan wajar diberhentikan.
Dalam hal ini, saya pernah heret Anuar Basah Sohor, bekas Ketua Polis Daerah Sandakan, ke Mahkamah kerana menyalahgunakan kuasanya dan cuba merampas hak milik beberapa keping tanah milik tanah saya. Setelah perbicaraan dijalankan baru diketahui Mashud B Awang Hamid adalah dalang sebenar di sebalik masalah yang saya hadapi.
Sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah dia (Mashud B Awang Hamid) guna nama ketuanya, Anuar Basah Sohor, arahkan beberapa anggota Polis dari Daerah Sandakan pergi ke Ladang saya, terletak dalam daerah Polis Beluran, untuk mengusir keluar beberapa pekerja saya yang saya tempatkan di beberapa keping tanah bergeran dan berdaftar.
Seluruh kawasan tanah terbabit kemudian telah diserahkannya kepada beberapa Taukey berbangsa Tiong Hua. Sebelumnya para Taukeh berkenaan telah cuba rampas hak milik tanah yang sama menggunakan surat kuasa (P.A) palsu.
Setelah gagal menyalahguna proses Mahkamah kerana kegiatan mereka gunakan dokumen palsu dan ikrar palsu telah juga diadu kepada Polis tetapi tidak ada tindakan diambil sehingga sekarang, para penjenayah berkenaan telah dihubungi dan dapatkan bantuan daripada Mashud B Awang Hamid! (kini telah bersara).
Akibat pengkhianatan pegawai polis seperti Mashud B Awang Hamidlah kini ribuan rakyat Bumiputra Sabah mengalami kerugian, hidup melarat menjadi pelarian di negeri sendiri kerana ramai mereka kehilangan tanah melalui jalan tipuan yang didalangi polis.
Majoriti rakyat Sabah sekarang menyedari sebilangan besar anggota PDRM di Sabah adalah tidak profesional, berkualiti rendah dan tidak ada etika kerja. Justeru itu janganlah anggap segala tindakan mereka akan diterima bulat-bulat diterima tanpa soal.
Mutalib: Akhir sekali jika tidak keberatan bolehkah saudara cadangkan kaedah atau cara terbaik bagi mengatasi isu kerakyatan songsang ini?
Hassnar: Saya menyeru agar syor daripada pemimpin Sabah di semua peringkat agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat pemberian kad pengenalan biru dan kini Mykad kepada pendatang asing dapat diwujudkan. Biarlah Suruhanjaya Penyiasat menentukan sama ada Mahathir, Megat Junid atau Harris Salleh benar-benar 'WIRA NEGARA' atau seorang 'PENGKHIANAT DURJANA' yang menjadi petualang negara yang wajar ditangkap dan disiasat terlebih dahulu.
Jika mereka dihadapkan ke Mahkamah, semuanya akan terbongkar. Apakah kita menunggu mereka sehingga mati dahulu baru kita buka kertas siasatan?
Mutalib: Ada apa-apa lagi yang ingin saudara sampaikan?
Hassnar: Saya merayu agar Jawatankuasa Pilihan Integriti Parlimen bersikap telus, jujur dan tulus memanggil semua tahanan ISA yang terlibat dengan Sindiket Kad Pengenalan Projek sebelum terlambat.
Saya amat kesal kerana mereka ini menjadi mangsa konspirasi politik dan hampir semua wakil rakyat yang ada sekarang 'TERPAKSA' memelihara 'PATI' yang mendapat kad pengenalan projek demi survival politik mereka.
Mudah-mudahan kerajaan dapat menyelesaikan kemelut ini sebelum 'DITOLAK RAKYAT'. Pilihanraya hanyalah cara, tetapi balasan tuhan tidak dapat dielak!
Extracted from: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=11183:rci-mahathir-wajar-dihukum-mati&catid=40:laporan-khas&Itemid=49
(PERINGATAN: Semua kenyataan yang disampaikan Hassnar Ebrahim dalam wawancara khas ini adalah pendapat beliau secara peribadi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau. Apa yang dinyatakan tidak semestinya mencerminkan pendirian ataupun pendapat Sabahkini.net. Kenyataan beramaran beliau ini boleh dibaca di dalam buku '007-Lelaki Malaysia Terakhir?' yang boleh dipesan terus daripada Sabahkini.net.)
Tuesday, September 09, 2014
Agreement of Malaysia
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
History
,
Jeffrey G.Kitingan
,
North Borneo
,
Sabah
,
Sharing
No comments
"Kisah Perjuangan Politik Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk Bangsa Negara Sabah..."
Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr.Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu "melompat" seperti "katak" berpindah parti. Mereka yang memberi komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr.Jeffrey. Walaupun Datuk Dr.Jeffrey "melompat" dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau tidak "melompat" dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politiknya seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu... Ini penjelasannya...
Pairin Kitingan |
Pertama sekali, beliau telah meninggalkan PBS kerana beliau tidak sanggup untuk melihat abangnya sengsara kerana telah mendapat tekanan daripada kerajaan persekutuan malaysia/malaya kepada kerajaan negara Sabah... Untuk sebab itu, beliau telah keluar daripada PBS agar abangnya mendapat ketenangan daripada gangguan malaya... Dan disinilah bermula ceritanya...
Mark Koding |
Beliau mahu pergi ke KK dari Tambunan untuk urusan yang sangat-sangat penting (mengkaji semula perjanjian malaysia, minyak & gas dan 20 Perkara Negara Sabah) tetapi tidak mempunyai kereta sendiri kerana itu syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya. Bukan dia tidak mahu membeli tetapi tidak dijualkan dengannya. Maksudnya disini, dia mahu memperjuangkan agenda borneo tetapi tidak mempunyai parti politik dia sendiri. Bukan tidak mahu buat parti dia sendiri tetapi tidak diluluskan oleh badan pendaftar parti politik, itu ROS atas arahan malaya.
Pandikar Amin |
Selepas itu, seorang pemilik kereta, si Datuk Mark Koding membenarkan beliau menggunakan keretanya (parti AKAR) supaya beliau dapat sampai ke KK untuk urusan yang sangat-sangat penting itu. Dan tidak lama kemudian, pemilik kereta itu memberikan kereta itu kereta dengannya. Bah, apa lagi, gembira lah Datuk Dr.Jeffrey. Dia terima kereta tu dan terus memperbaikinya. Tapi tiba-tiba, ada orang dalam kereta yang bernama datuk pandikar amin menuntut hak milik kereta tersebut. Dia cakap yang dia lagi berhak keatas kereta tu. Terus berlaku perebutan kunci dan ini membuatkan Datuk Dr.Jeffrey meninggalkan kereta tersebut walaupun baru sampai di Gunung Alab. Tapi yang pelik dan hairannya, pemilik baru kereta tu sanggup membakar/menghapuskan (membubarkan) kereta daripada memberikan kepada Datuk Dr.Jeffrey sebaik sahaja dia berjaya merampas parti tersebut. Maksudnya, Datuk Mark Koding memberikan Datuk Dr.Jeffrey parti AKAR untuk berjuang tetapi tiba-tiba si pandikar amin menuntut hak pemilikan parti tersebut bahawa dia yang empunya parti tersebut. Dan Datuk Dr.Jeffrey berjuang untuk mempertahankan kesahihan pemilikn parti tu kerana telah diberikan oleh datuk Mark Koding kepada beliau. Tapi akhirnya, datuk Dr.Jeffrey meninggalkan parti tu kerana tidak mahu memanjangkan masalah tersebut. Sebaik sahaja pandikar berjaya ambil tu parti akar, terus si pandikar amin membubarkan parti akar.
Joseph Kurup |
Tidak lama lepas tu semasa dalam perjalanan kaki pigi KK dari tambunan, ada kreta tiba-tiba berhenti dan menumpangkan beliau (datuk joseph kurup memberikan dia parti PBRS) supaya dia boleh sampai ke destinasinya. Tapi awal-awal lagi pemilik kereta tu memberitahu kepada Datuk Dr.Jeffrey bahawa keretanya itu tidak berapa bagus dan perlu diperbaiki. Dengan senang hati datuk gembira dan sekali lagi memperbaiki kereta tu agar boleh sampai ke KK. Tetapi semasa dalam perjalanan baru sampai moyog, pemilik kenderaan itu berubah hati dan keputusan. pemilik kereta itu tiba-tiba tidak mahu meneruskan perjalanan bersama dengan Datuk Dr.Jeffrey. Mahu tidak mahu, Datuk Dr.Jeffrey pun terpaksa keluar daripada kereta tersebut kerana tidak mungkin dia akan sampai ke KK kalau terus bersama-sama dengan kereta tu.
Anwar Ibrahim |
Jadi sekali lagi dia berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan tersebut pergi ke kk, dan tiba-tiba ada kreta yang lebih besar yang berasal daripada malaya (anwar) menumpangkannya kereta (parti PKR) dan memberi jaminan bahawa dia akan sampai ke KK dengan keretanya. Datuk Dr.Jeffrey pun naik agar boleh sampai ke KK. Tapi selepas beberapa seketika, Datuk Dr.Jeffrey menyedari yang pemilik kenderaan itu tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan datuk Dr.Jeffrey.
Dr.Patau Rubis |
Pemilik kereta tu juga sudah tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan deklarasi Tambunan dan juga tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr.Jeffrey akan sampai ke KK. Atas sebab itulah datuk dr.jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut.
Jawapan kepada mereka yang mengatakan tentang mengapa DDJK menggunakan parti dari Sarawak...
"Sabah dan Sarawak mempunyai sama hak dan kedudukan dalam malaysia. Sebab itu Sabah dan Sarawak patut bekerjasama untuk menuntut hak. Apa salah saya gunakan parti daripada Sarawak sedangkan kamu menggunakan parti daripada malaya???"
Begitulah perjalanan politik Datuk DrJeffrey G Kitingan dalam perjuangannya untuk Negara Sabah sehingga beliau dilabelkan sebagai "katak". Manakala Presiden PBRS pula telah mendapat Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan Presiden AKAR (sudah dibubarkan) mendapat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ramai yang mengatakan bahawa itulah tuah kepada mereka berdua kerana berjaya menghalang Datuk Dr.Jeffrey mengetuai parti politik.
***Bukan disebabkan beliau sentiasa mahu menjadi BOS/KETUA (gila pangkat) seperti mana yang dikhabarkan oleh orang umno-bn tetapi dalam melaksanakan misi tersebut, beliau perlu mengetuainya kerana strategi perlaksanaannya itu dimiliki sepenuhnya oleh beliau***
Sebenarnya semua pemimpin Negara Sabah dalam Barisan Nasional boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Negara Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali berasa selesa dan selamat. Namun, suatu perkara yang mereka tidak sedar adalah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak didalam kuali tersebut. Mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mereka "dipatah-patahkan" sehingga mereka tidak bermaya. Manakala mereka yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak mahu keluar daripada kuali tersebut kerana takut berhadapan dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat. Perjuangan mereka pun turut mati bersama. Walaupun "kaki Datuk DrJeffrey Kitingan" dipatah-patahkan dengan memasukkannya ke dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan, beliau tidak "mati" dan terus berusaha untuk memastikan kakinya sembuh diluar kuali tersebut. Kini, kakinya sudah sembuh, pulih semula dan beliau bebas menerokai dunia di luar kuali (Friends of BN - Barisan Nasional), dan meneruskan perjuangan mendidik rakyat Bangsa Sabah untuk memahami hak-hak Negara Sabah yang telah sekian lama dicabul, dinafikan, dipijak dan dihina...
Sebarkan mesej ini