Tuesday, 23 December 2014

Adakah Malaysia sudah Hapus – Pertanyaan kepada SEEDs

Perkara yang paling bahaya dalam dunia ia lah kenyataan yang separuh betul. Sekiranya tidak di tegur penghujungnya kenyataan akan menjadi satu PEMBOHONGAN. Apabila SEEDs mengatakan begini:

“What transpired in the British Parliament to give effect to the Malaysia Agreement 1963 was: The Malaysia Act 1963 was passed in the British Parliament on July 31, 1963 to relinquish sovereignty and jurisdiction over Sabah, Sarawak and Singapore and to vest jurisdiction in the Government of Malaysia on Malaysia Day”

Alih bahasa kepada Bahasa Malaysia Ertinya:

“Apa yang berlaku di Parlimen British untuk memberi kesan kepada Perjanjian Malaysia 1963 adalah: Akta Malaysia 1963 telah diluluskan di Parlimen British pada 31 Julai 1963 untuk melepaskan kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Sabah , Sarawak dan Singapura dan untuk meletak hak (Vest) pada Kerajaan Malaysia pada Hari Malaysia “

Penjelasan dan Soalan kami pula berbunyi begini:

Pertama:

Perkataan “Meletak hak” atau “Vest” ialah mengamanahkan ertinya membentuk satu Amanah ia itu Malaysia. Dengan Akta ini pihak British membentuk sebuah AMANAH yang di panggil Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia sebagai Pemegang Amanah. Pewarisnya pula ia lah PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura.

Apa yang di nyatakan dalam keratan akhbar ini seakan-akan sengaja untuk mengelirukan rakyat supaya menerima bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura di serahkan bulat bulat kepada Persekutuan Tanah Melayu – untuk mereka berbuat sesuka hati mereka.

Ini tanggapan salah – Malaysia adalah satu AMANAH yang di bentuk oleh United Kingdom – Persekutuan Tanah Melayu adalah Pemegang AMANAH dan PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura adalah PEWARIS (Beneficiaries) untuk AMANAH tersebut.

Sebagai PEWARIS PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura tidak boleh di serapkan sebagai Pemegang AMANAH !!!! Sekiranya ini berlaku AMANAH tersebut pecah – ertinya Malaysia juga HAPUS !!!!!

Saya menggunakan perkataan “Persekutuan” oleh kerana British melalui Akta ini mengiktiraf bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura adalah “Persekutuan” – bererti sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat – hanya kita belum lagi memegang PENTADBIRAN dan belum mendapat pengesahan Dunia.

Kedua:

“to vest jurisdiction in the Government of Malaysia on Malaysia Day” ini satu kesalahan kerana Malaysia ia lah satu AMANAH bukan “Government”, Persekutuan Tanah Melayu di amanahkan oleh Kerajaan United Kingdom.

Perkataan “Malaysia Day” atau “Hari Malaysia”, dalam Perlembagaan Persekutuan ada di sebut dalam tidak kurang daripada 14 Artikel (Perkara), namun TAFSIRAN “Hari Malaysia” tidak ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ini. Sekiranya TAFSIRAN “Hari Malaysia” tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan bererti tindakan mengamanahkan oleh British kepada Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah berlaku – ADA KAH MALAYSIA WUJUD sejak 1963 ??

Saya berharap cerdik pandai dan pakar undang-undang dalam SEEDs boleh menjawap soalan ini – Silakan Jawap.

Jangan Buyuk Sabah ….. Bah !!!!

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...