Pihak SSKM tertarik untuk menerangkan satu perkara yang telah diketengahkan oleh salah seorang penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bernama Regi B Puvok, bahagian cawangan Penampang, dibawah Parlimen YB.Darell Leiking.
Regi B Puvok adalah salah seorang Pejuang Negara Sabah yang berjuang melalui saluran politik. Tetapi malangnya, beliau memilih parti daripada malaya untuk membela nasib bangsa Negara Sabah. Semangat itu memang ada "Sabah for Sabahan" namun perkara yang sama akan terus berlaku jikalau rakyat masih tidak sedar ataupun sedar tetapi memilih untuk tidak sedar ataupun sedar tetapi tetap mahu memilih parti malaya adalah satu petanda yang tidak baik.
Sejarah Negara Sabah sudah membuktikan bahawa selama bangsa Negara Sabah bergantung penuh kepada kepimpinan orang asing (malaya), selama itulah hidup bangsa negara Sabah berada dalam percaturan permainan politik malaya. Tuduhan yang mengatakan bahawa SSKM memecahkan undi untuk menumbangkan bn-umno adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan ia adalah tuduhan untuk mencalarkan imej perjuangan SSKM yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK.
SSKM-SSU(UK) menitik berat tentang masa depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak melalui kesedaran sejarah dengan tegas menekankan bahawa kita tidak boleh sesekali bergantung kepada kepimpinan orang asing/luar dalam mengurus tadbir Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana ia akan membuatkan kepentingan dan hak bangsa tergugat. Ini dibuktikan dengan jelas kemasukkan umno-bn di Negara Sabah.
Hak Anak Bangsa Negara Sabah perlahan-lahan dilenyapkan, bangsa luar (malaya) perlahan-lahan ditambahkan dalam pentadbiran Negara Sabah yang mana sepatutnya ia tidak boleh sesekali berlaku. Ini kerana pentadbiran Negara Sabah seharusnya dipegang oleh anak-anak tempatan. Ia termasuklah dalam sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Tapi, lihatlah apa yang berlaku sekarang... Anak-anak bangsa kita terpaksa meninggalkan kampung dan Negara ini untuk pergi ke malaya demi mencari nafkah. Kedudukan mereka disana seolah-olah bertaraf orang asing kerana pekerjaan yang mereka mampu perolehi adalah bertaraf "pertukangan/pekerja suruhan" di kilang-kilang, hotel, industri dan sebagainya.
Perjuangan SSKM-SSU(UK) bukan memfokuskan kepada mengambil alih putrajaya kerana ia bukanlah misi utama. Ini kerana, sama ada pr atau bn-umno yang masih terus memegang putrajaya, tidak akan ada pembaharuan yang jelas kelihatan sebaliknya penindasan hak dan perisai kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak akan perlahan-lahan dilemahkan dengan hasutan-hasutan jahat malaya kepada anak bangsa Negara Sabah dan anak bangsa Negara Sarawak agar membenci pemimpin-pemimpin tempatan yang bercakap tentang hak untuk mempertahankan Hak Negara Sabah dan Hak Negara Sarawak.
Mereka telah melakukan kejahatan tersebut kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dan sejarah sudah mencatatkan kejadian tersebut yang tidak akan mungkin pernah hilang dalam catatan sejarah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
SSKM-SSU(UK) tidak hanya memfokuskan kepada pakatan rakyat (pr) seperti mana yang kebanyakkan penyokong tegar pr katakan tetapi juga SSKM-SSU(UK) memfokuskan kepada bn-umno. Hanya Bangsa Borneo sahaja yang tahu apa yang patut dilakukan kepada Negara mereka. Atas sebab itulah SSKM-SSU(UK) memperhebatkan kempen kesedaran agar anak-anak muda khususnya sedar bahawa mereka seharusnya tidak melihat mana-mana parti-parti politik malaya sebagai parti penyelamat mereka sebaliknya perlu memberikan sokongan kepada parti-parti tempatan yang sebenarnya layak diberikan sokongan penuh. Jikalau benar tidak sukakan pemimpin tersebut dalam parti politik tempatan, sertai parti tersebut dan cabar pucuk kepimpinan parti tempatan dengan mengatakan bahawa anda lebih layak memimpin agar terdapat pembaharuan yang boleh dilakukan kepada Negara Sabah atau Negara Sarawak.
Persoalannya, dengan siapakah sebenarnya SSKM-SSU(UK) berpihak? Jawapannya adalah Parti-parti tempatan. Sokongan ini diterjemahkan kepada bentuk kesedaran agar anak-anak muda Negara Sabah dan Negara Sarawak mengalihkan sokongan mereka kepada parti-parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk menegakkan, mempertahankan serta melindungi Hak Bangsa dan Negara Sabah/Sarawak. Namun, parti-parti tempatan yang bersengkongkol dengan agenda malaya semestinya dikecam dan sokongan tidak harus diberikan. Dalam sokongan ini, pihak SSKM-SSU(UK) tidak memfokuskan kepada mana-mana parti tempatan kerana ia adalah terbuka kepada semua parti-parti tempatan dengan syarat BERJUANG UNTUK BANGSA DAN NEGARA SABAH & NEGARA SARAWAK tanpa perlu tunduk kepada tekanan malaya. Kerana Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Dengan tunduk kepada tekanan, tuntutan serta ugutan mereka, ia telah mengambarkan bahawa anda seolah-olah lebih rendah daripada mereka. Dalam erti kata lain, mereka (malaya) seolah-olah Tuan kepada Bangsa Borneo. Itu adalah SALAH SAMA SEKALI!
Satu lagi, sokongan kepada parti-parti tempatan Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak dilakukan secara langsung sebaliknya lebih kepada keterbukaan umum tanpa ada sebarang perbincangan secara langsung mahupun tidak langsung.
Seperti yang pernah diperkatakan oleh ahli-ahli komponen barisan nasional yang telah sedar... Mereka katakan "seteruk-teruknya parti tempatan, teruk lagi parti-parti malaya".
Satu lagi, sokongan kepada parti-parti tempatan Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak dilakukan secara langsung sebaliknya lebih kepada keterbukaan umum tanpa ada sebarang perbincangan secara langsung mahupun tidak langsung.
Seperti yang pernah diperkatakan oleh ahli-ahli komponen barisan nasional yang telah sedar... Mereka katakan "seteruk-teruknya parti tempatan, teruk lagi parti-parti malaya".
Sekarang anda faham?
Disini, pihak SSKM-SSU(UK) terangkan dengan lebih lanjut persamaan agenda malaya yang dibawakan oleh bn-umno dan pr...
Ramai rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak keliru dengan perjuangan SSKM terutama sekali bangsa malaya. Lontaran demi lontaran fitnah dan komen yang bersifat destruktif tidak pernah henti kedengaran. Disana-sini orang bn-umno memekik mengatakan bahawa SSKM itu mempunyai agenda jahat dan sebagainya sehingga air liur yang berbau meleleh keluar (rahman dahlan and the gang) tanpa disedari. Manakala orang pr pula siang dan malam mengatakan bahawa SSKM ini adalah perosak bangsa, keharmonian dan sebagainya tanpa disedari bahawa merekalah sebenarnya golongan perosak bangsa dan keharmonian bersama-sama dengan bn-umno melalui pembawaan agenda politik malaya.
Apakah itu agenda malaya?
Agenda malaya adalah satu perancangan tersembunyi yang mahu dilaksanakan keatas Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dengan kaedah yang licik melalui penguasaan Kuasa Politik. Dengan tercengkamnya kuasa Politik ditangan pemimpin-pemimpin malaya melalui parti-parti politik malaya yang bertanding di Borneo ini. Agenda malaya dijayakan atau digerakkan oleh boneka malaya yang dikenali sebagai "Barua malaya" atau Proksi malaya atau Wakil malaya di Borneo.
Disini pihak SSKM terangkan dua contoh yang terbaik dan tepat tentang bagaimana agenda malaya itu dapat diangkat dan diperkukuhkan melaluiparti-parti politik malaya iaitu bn-umno dan pr.
Agenda Malaya yang dibawakan oleh bn-umno adalah seperti berikut;
- Mengekalkan kekuasaan mereka terhadap politik dan sumber di bumi Sabah dan terus melayan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia, sehingga orang-orang Malaya bebas memiliki tanah dan sumber di Sabah.
- Mengekalkan bayaran sagu hati 5% hasil minyak Sabah tahunan kepada Sabah dan terus mengabaikan keperluan pembayaran royalti kepada Sabah seperti yang di nyatakan dalam undang-undang Ordinan Tanah Sabah. Terus menguasai minyak Sabah.
- Mengekalkan dasar perkapalan yang memestikan semua kapal yang mahu berdagang di Sabah harus melalui Pelabuhan Klang sebelum ke Sabah kerana kepentingan Malaya.
- Keutamaan mereka adalah yang telah ‘diMelayukan’ melalui pemberian Kad Pengenalan melalui Projek IC Malaya untuk memastikan Ketuanan Melayu terus diperkukuh di Sabah.
- Sebarang keputusan pemimpin tempatan harus merujuk kepada kepimpinan Kuala Lumpur.
- Mahu meneruskan penguasaan dan terus menjadikan Sabah di bawah kekuasaan mereka sebagai ‘Fix Deposit’.
- Tidak komited menyelesaikan masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah kerana kehadiran PTI di Sabah adalah survival politik Agenda Malaya.
Agenda Malaya yang dibawakan oleh pr pula adalah seperti berikut;
- Mengambil alih kekuasaam BN/UMNO di Sabah dan terus mengekalkan kekuasaan Malaya terhadap politik dan sumber Sabah. Manakala kedudukan Sabah dan Sarawak akan terus dilayan sebagai salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, seperti pada Perkara 2 dalam Buku Jingga. Sama ertinya dengan mengeluarkan Sabah dari mulut buaya dan memasukkannya ke dalam mulut naga.
- Menganggap bahawa 5% yang dibayar kerajaan sekarang kepada Sabah adalah royalti dan menawarkan meningkatkan ‘royalti’ ini sehingga 20%. PKR tidak mempunyai asas dalam tawaran ini dan tidak jelas sama ada royalti atau sagu hati. Terus menguasai minyak Sabah.
- Hanya menyemak semula dasar perkapalan dan kalau ternyata tidak berpihak kepada Malaya, ia akan dikekalkan. Malaya didahulukan dan Sabah di kemudiankan.
- Meneruskan usaha UMNO yang mengukuhkan kedudukan ketuanan Melayu di Sabah.
- Sebarang keputusan pemimpin tempatan harus merujuk kepada kepimpinan Kuala Lumpur.
- Mahu mempergunakan dan menjadikan parti-parti tempatan Sabah di bawah kekuasaannya dan mengambil alih ‘Fix Deposit’ dari UMNO.
- Tidak komited menyelesaikan masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah kerana kehadiran PTI di Sabah adalah survival politik Agenda Malaya.
Sila buat perbandingan perbezaan Agenda Malaya yang dibawakan menerusi kedua-dua barisan parti-parti politik malaya ini. Adakah terdapat perbezaan yang jelas? Atau lebih kurang sama saja? Tambah, tolak, bahagi dan darab tetap mendapat jawapan yang sama iaitu Agenda Malaya Mesti Diperkuatkan di Bumi Borneo ini.
Kesimpulannya adalah kedua BN/UMNO dan PR/PKR mempunyai agenda yang sama iaitu mengekalkan dan mengukuhkan penguasaan Malaya terhadap Sabah. Kedua mereka tidak menghormati semua dokumen yang membawa kepada Perjanjian Malaysia. Mereka mahu mengurus Sabah mengikut acuan Malaya. Orang Sabah yang menyokong agenda mereka ini diistilahkan sebagai ‘Barua Malaya’. Perubahan kepada Kerajaan Persekutuan tidak akan membebaskan Sabah dari jajahan Malaya selagi parti-parti politik Sabah berada di bawah kekuasaan Parti Malaya. Apa pun tawaran dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat atau Manifesto Barisan Nasional, ia tidak akan membawa perubahan kedudukan Sabah dalam kekuasaan Malaya.
Perbandingan BN dengan PR dalam penerangan ini memfokuskan kepada Negara Sabah.
0 comments :
Post a Comment