Saturday, 22 November 2014

Blog SSKM akan/telah disekat???

Pihak SSKM-SSU(UK) telah menerima aduan daripada Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak bahawa mereka tidak dapat akses atau mengunjungi blog rasmi SSKM-SSU(UK). Ini disahkan lagi apabila satu email telah diterima untuk memaklumkan bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia telah mengeluarkan arahan kepada pihak Internet Service Provider (ISP) untuk menyekat link blog SSKM-SSU(UK) agar orang awam tidak dapat diakses oleh orang awam

kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi malaysia kini telah memberi arahan kepada semua "Internet Service Provider (ISP)" untuk menukarkan "re-directing" atau "mengalihkan laluan" link tersebut kepada nombor IP address [175.139.142.25]. Kesannya, apabila anda klik link SSKM-SSU(UK) di link ini http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/, anda akan terus dibawa kepada link [175.139.142.25]. Ia akan mengeluarkan paparan mesej seperti pada gambar yang disertakan seperti berikut...


Walau bagaimanapun, masih ramai yang dapat akses link blog SSKM-SSU(UK). Perkara ini memang sudah dalam jangkaan pihak SSKM-SSU(UK). Jikalau blog ini SSKM-SSU(UK) tidak dapat diakses lagi secara menyeluruh di malaya/malaysia, beberapa strategi akan dilaksanakan agar segala informasi pihak SSKM-SSU(UK) akan dapat sampai terus kepada rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Sekarang anda faham sudah bagaimana kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia berusaha untuk terus memperbodohkan rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak agar mereka tidak mengetahui kebenaran dengan pelbagai penipuan rasmi siang dan malam?

Walau bagaimanapun, perjuangan ini akan bertambah menarik dengan gelagat mereka ini... Sesungguhnya, tindakan dan perlakuan kerajaan ini semuanya akan tercatat dalam buku sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak...

Ini adalah ISP daripada luar negara
Kepada sesiapa yang berkeinginan mencadangkan cara untuk mengatasi masalah ini, anda amatlah dialu-alukan untuk menghubungi pihak kami melalui email ini sskmsabahsarawak@gmail.com.

Berikut adalah senarai Internet Service Provider (ISP) yang terdapat di malaya/malaysia;
  1. Telekom Malaysia (TM)
  2. Jaring
  3. Time
  4. Redtone
  5. P1 Wimax
  6. Metrofon
  7. Maxis
  8. Celcom
  9. Digi
  10. Umobile
  11. Amax
  12. iZZi
  13. Extreme Broadband
  14. V-telecom
  15. Penangfon
  16. VDSL
Setakat ini, pihak SSKM-SSU(UK) sedang mengenal pasti ISP manakah yang telah menyekat link blog ini. Perkara ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. Jikalau sudah dikenal pasti, kempen untuk memboikot mereka akan dilakukan.

Mahukah anda terus membiarkan mereka ini menjajah kita secara halus??? Mahukah anda memberikan peluang kepada bn-umno (khususnya di Negara Sabah) untuk terus memerintah???

Kita sampaikan mesej ini kepada Internet Service Provider (ISP)... Jikalau mereka menyekat link SSKM, maka kita akan boikot penggunaan perkhidmatan mereka...

Setuju? Sebarkan...
Tidak? Bincangkan...

Harap maklum.

3 comments :

Pelawat boleh cuba guna DNS lain untuk access web ini kalau di blog

freedns.afraid.org
https://entrydns.net/

atau guna DNS google:-
8.8.8.8
8.8.4.4

All the best SSKM !

Visit vpngate.net tutorial disediakan.. Mobile dan pc boleh unblocked website. No worries.. What malaya can do.. Sabahan a thousand step ahead!

Tq for information bro Rocky..satu kaedah yg baik utk dikongsi bersama

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...