Friday, 24 October 2014

SSKM dan Hak Asasi SS

SSKM DAN HAK ASASI SS. Orang melihat SSKM seperti hanya berjuang melalui facebook sahaja tetapi sebenarnya pergerakan dari kampung ke kampung juga sangat aktif. Jika kita melihat petition chart dunia, SSKM yang  paling tinggi setakat ini. Saya faham mengapa ada sesetengah orang tidak menyokong perjuangan SSKM bukan kerana Doris Jones.  Ini ialah hasil analisis saya mengenainya.
Saya menyokong penuh kewujudan

A)     Mungkin kerana penglibatan Dr. Jeff didalam memperjuangkan hak-hak sabah melalui SSKM. Sebelum ISAdimansuhkan, memang ramai orang yang ingin memperjuangkan hak-hak Sabah tetapi tidak berani bersuara kerana takut denganISA tetapi Dr. Jeffery berani bersuara mengenai hak-hak Sabahan. Sebab itu, kerajaan melabel perjuangan Dr. Jeffry sebagai hasutan kepada Puterajaya.

Dia hanya bersuara mengenai hak-hak sabah yang perlu dipertahankan tetapi dia dipenjarakan kerana bersuara. ISA tidak releven dengan dunia sekarang ini sebab kuasa rakyat lebih penting dan kuat daripada pemimpin. Tiada rakyat, tiadalah pemimpin. Mereka yang telah menghianati Dr. Jeffery  pada masa lalu ialah orang yang telah diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan perjuangan Dr. Jeffery. Mereka yang diupah ini ialah orang-orang yang sudah disuntik untuk berhenti berjuang mengenai hak-hak Sabahan.

Oleh kerana fikiran orang-orang upahan ini diracun oleh pihak-pihak tertentu, maka mereka tidak menyokong perjuangan Dr. Jeffery tetapi ada di antara mereka ini sedar bahawa mereka telah diperbodohkan hanya kerana wang ringgit untuk menghianati seseorang maka mereka berhenti daripada membuat penghianatan dan mulai sedar bahawa mereka adalah orang sabah yang mudah diperbodoh-bodohkan dan ternyata orang-orang yang tidak menyokong SSKM bukanlah orang sabahan. Mereka menganggap diri mereka sama taraf dengan orang Malaya.

B)      Memang ramai Sabahan yang menyokong SSKM tetapi ada sesetengah orang yang ingin supaya dipuji atau dikenali di khayalak ramai, maka mereka sanggup memburuk-burukkan SSKM supaya mereka dipuji dan disanjung sebagai seorang yang lantang bersuara. Apabila kerajaan melihat mereka tegas, mereka akan mengambil kesempatan untuk meminta bantuan daripada kerajaan serta ada harapan bagi mereka untuk dinaikkan pangkat. Saya pasti Sabahan senang dibodek atau ditipu oleh Malaya. Saya tahu ramai Sabahan yang menyesal bersengkol untuk menipu semasa ISA dimansuhkan sebab mereka sedar, perjuangan mereka untuk menjadi penghianat kepada penduduk Sabah tidak sampai ke mana.

C)      Memang ada Sabahan yang mahu menyokong SSKM tetapi mereka takut dengan beberapa perkara. Ada banyak persoalan yang bermain didalam fikiran mereka. Antaranya ialah, SIAPA YANG AKAN MENJAGA SABAH NANTI KALAU SABAH KELUAR MALAYSIA? SIAPA YANG AKAN MENJADI TENTERA UNTUK MENJAGA SABAH? HUBUNGAN ANTARABANGSA? INFLASI? Dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Semua persoalan itu akan dapat diselesaikan dengan sendirinya nanti. Pertanyaan lain ialah seperti APAKAH YANG TERJADI DENGAN PTI DI SABAH NANTI? Bagi saya, soal PTI itu boleh diketepikan sementara. Kita harus tumpukan perhatian kepada Sabahan tidak kira mereka ialah seorang pelarian di Sabah yang telah diberi kad pengenalan ataupun telah diberikan kad pengenalan oleh para pemimpin untuk tujuan memancing UNDI. Kita tidak dapat mengusir mereka begitu sahaja. Biarkan mereka berada di Sabah kerana mereka sudah menjadi orang Sabah, selebihnya kita tahu apa yang harus dilakukan nanti kepada mereka yang datang secara haram di Negara ini tanpa dokumen yang sah.

D)     Soalan mengenai SIAPA YANG AKAN MENJAGA SABAH NANTI? Orang sabah ada polis dan tentera sendiri dan mereka bukan lagi milik persekutuan Tanah Melayu apabila Sabah keluar dari Malaysia. Mereka semuanya berkhidmat di bawah naungan Sabah sendiri. Kenapa kita tidak yakin dengan apa yang kita ada? Israel contohnya Negara yang sangat kecil tetapi mampu membangun negaranya dengan kekuatan tentera yang luar biasa tetapi kekuatan tentera Israel bukan bergantung sepenuhnya kepada banyaknya tentera mereka bergantung kepada bagaimana pemimpinnya memerintah. Singapura ialah sebuah Negara yang kecil, begitu juga dengan Negara Brunei. Saya katakan bahawa Sabahan yang TIDAK pasti atau ragu-ragu untuk keluar daripada Malaysia kerana mereka seorang PENAKUT (Kalau seorang pemimpin Sabahan)  atau tiada keyakinan (Jika anda seorang Sabahan) . Ya, memang yang paling susah ialah memulakan sesuatu tetapi kita harus memulakannya terlebih dahulu.

E)      Sabahan yang pernah menjadi bekas tentera semasa bertempur dengan komunis di Malaya, mereka pasti ada trauma ketakutan yang sangat hebat kerana mereka pernah berdepan dengan komunis dan sudah pasti mereka pernah melihat kawan mereka sendiri mati di depan mata kerana kekejaman KOMUNIS. KOMUNIS ialah seorang pembunuh dan perjuangan mereka ialah menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara komunis. Ternyata KOMUNIS ini bukan sahaja membunuh askar Malaysia tetapi juga membunuh banyak keluarga seperti yang dilakukan oleh ISIS di Iraq.

SSKM dan Komunis itu sangat jauh berbeza. SSKM BUKAN satu pertubuhan bersenjata yang dianggotai oleh anggota tentera atau mana-mana pertubuhan pelampau seperti ISIS, BOKO HARAM atau yang sama dengannya. Jika SSKM dikaitkan dengan mana-mana pertubuhan pelampau yang bersenjata dan berbahaya, sudah pasti TIDAK akan ada PETITION untuk meminta rakyat menurunkan tandatangan melainkan kematian atau ugutan. Kewujudan SSKM denganPETITION ialah atas nasihat UN sendiri kerana perjanjian Malaysia tidak sah dan batal sama sekali. Jadi, untuk merebut kembali Sabah daripada jajahan Malaya, PETITION SIGNATUREmestilah mencapai 300,000 tandatangan.

SSKM diwujudkan untuk membela hak Negara SABAH dan Sarawak. MALAYA telah menggunakan sepenuhnya kekuatan mereka di semenanjung untuk mengaut sepenuhnya keuntungan daripada SS dan membiarkan SS dalam kemeskinan. Adakah apa-apa pembangunan yang diterima oleh SS selepas 51 merdeka? Memang tidak ada. Semua hanya janji-janji PALSU atau janji KOSONG. Mereka bercakap seperti TIN SARDIN.

Mereka yang berada di Sabah akan dapat melihat kemeskinan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat SS. Tanah mereka dirampas dan hak mereka tidak dipedulikan. Mereka disia-siakan begitu sahaja. SS seperti tisu , pakai buang atau habis madu, sepah dibuang. Apakah pembangunan yang dapat disumbangkan oleh MALAYA kepada Negara SABAH? Jangan kata tangki BIRU atau BR1M sebab itu hanya untuk memperbodoh-bodohkan rakyat SS sahaja.

Taktik tangki biru dan BR1M hanya satu LAKONAN berbuat baik di atas pentas tetapi di belakang PENTAS, semua wang dan tangki biru akan DIKEBAS dan harus dikembalikan semula kepada MALAYA. Pemberian tangki biru dan BR1M menunjukkan bahasa SS sudah meskin dan tidak lagi mampu untuk mendapatkan BR1M dalam satu bulan. Sebab itu, MALAYA hanya berkata menolong SS. Jika benar ingin menolong, mengapa BR1M itu BUKAN tiap-tiap bulan? Bukankan INI satu taktik KOTOR dan PENGECUT?

Saya nasihatkan kepada PEMIMPIN MALAYA yang rakus dengan HARTA, PANGKAT dan KEDUDUKAN, sila faham keadaan di Sabah dan Sarawak. Saya hanya meminta kamu memandang kami sebagai rakyat yang perlukan pertolongan tetapi kerana KRONI-KRONI kamu telah menipu kami dan menghancurkan masa depan generasi baru di SS. Jadi, jika kami ingin keluar dari MALAYSIA, berfikirlah sebaiknya supaya jangan menindas kami sebab PEMIMPIN di MALAYSIA sekarang tidak  boleh dipercayai dan SUKAR dipercayai.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...