Thursday, 30 October 2014

Borang Pungutan Tandatangan Petition Online Untuk Sukarelawan

Pihak SSKM kini telah mempermudahkan cara untuk Para Sukarelawan membantu dalam merancakkan lagi Pungutan Tandatangan untuk Online Petition dengan membuat dalam satu dokumen lengkap yang akan memudahkan anda untuk "download" dokumen sekaligus yang akan digunakan untuk mengambil tandatangan secara manual dan sukarela.

Anda (sukarelawan) dinasihatkan untuk tidak memaksa mana-mana individu untuk menurunkan tandatangan mereka jikalau mereka tidak bersetuju. Ia mestilah dilakukan dengan kesedaran dan bukan melalui penipuan. 

Setiap aktiviti pungutan tandatangan ini, anda digalakkan untuk mengambil gambar sebagai bukti dan simpan. Setelah anda siap melakukan aktiviti ini, sila hubungi pihak SSKM melalui email sskmsabahsarawak@gmail.com untuk memaklumkan bahawa anda ingin menyerahkan borang tersebut yang telah penuh diisi. Untuk gambar, sila kirimkan melalui email kepada pihak SSKM.

Anda juga boleh menghubungi pihak SSKM melalui Page Facebook (<--sila klik)

Umur yang sudah boleh menurunkan tandatangan ini adalah seawal umur 16 Tahun dan keatas.

Mereka yang HANYA boleh menurunkan tandatangan ini HANYA Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Dengan menjadi "Sukarelawan", anda secara langsung bersetuju dengan segala Perjuangan SSKM yang bergerak dibawah Sabah Sarawak Union (SSU)-UK.

 Untuk "Download" Dokumen ini, anda mesti mendaftar dan menjadi ahli Scribd.com. 

Untuk mengelak sebarang kekeliruan, disini pihak SSKM akan sertakan Objektif, Misi dan Visi SSKM.

OBJEKTIF

1. Untuk mendidik rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang kebenaran di sebalik sejarah PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963, HAK Negara Sabah dan HAK Negara Sarawak MENGIKUT REFERENDUM 18/20 PERKARA. 

2. Untuk meningkatkan kesedaran dan semangat Patriotisme dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak terhadap negara-negara mereka (Sabah dan Sarawak). Justeru, mencetuskan semangat nasionalisme terhadap negara sendiri yang telah lama berada dibawah penindasan dan manipulasi Kerajaan Tanah Melayu (malaya) dan juga pemimpin tempatan yang rosak. 

3. Mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak untuk dikemukakan ke United Kingdom of Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah tidak lagi berminat untuk terus berada sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bersama dengan Malaya. 


MISI

Untuk mendapatkan Pengisytiharan Rasmi daripada The United Kingdom Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Negara Sabah (sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara) dan Negara Sarawak (dahulu dikenali sebagai Kingdom of Sarawak) sudah tidak lagi berminat untuk terus menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, dan seterusnya menjadi Negara yang benar-benar Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara yang bakal dikenali dengan nama "Republik Negara Borneo Utara (Sabah)" dan "Republik Negara Sarawak". 


VISI 

Untuk mengaktifkan semula status Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak yang telah diberikan oleh British sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan demikian, akan benar-benar dapat membangunkan negara-negara ini menjadi antara negara-negara yang maju di Asia Tenggara.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...