Suara yang mencadangkan membawa Sabah keluar dari Malaysia akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin (gambar) berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.
"Usaha ini satu sikap saya kira bertentangan dengan perlembagaan, negara dan negeri. Ia bersifat hasutan kalau dibiarkan berlaku maka akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan yang telah ada di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata suara seperti itu, jika ada, tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang cuba menimbulkan keadaan sedemikian.
Muhyiddin berkata tindakan tegas itu bagi menentukan Sabah kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia dan terus menikmati kemajuan serta pembangunan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan memberi sokongan padu terhadap penganjuran festival berunsur seni dan budaya di negara ini yang memaparkan falsafah yang dapat membentuk penyatuan sosial antara kaum.
Negara, katanya, tidak akan mencapai kejayaan pembangunan ekonomi yang makmur jika masyarakat tidak bersatu padu.
Beliau berkata negara yang sentiasa berada dalam keadaan bergolak akan menimbulkan banyak masalah dan kerugian kepada semua orang termasuk pelancong.
"Sebarang pergolakan akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar pendapatan negara, sekali gus akan menjejaskan usaha membangunkan negara selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020," katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata Festival Gata bukan sahaja dapat membantu mempromosi Sipitang sebagai pusat tarikan pelancong dan pelabur dalam serta luar negara, sebaliknya turut menyumbang ke arah usaha untuk memelihara budaya dan tradisi lama agar tidak lupus ditelan arus pemodenan.
"Jika kita lihat sekarang, banyak tradisi dan khazanah kita semakin pupus. Keadaan ini sememangnya merugikan kerana kita semakin hilang identiti sebagai bangsa yang penuh adat tradisi dan budaya," katanya.
Menurutnya keadaan ini semakin meruncing sejak akhir-akhir ini akibat pengaruh dari luar yang semakin menular di kalangan masyarakat. – Bernama, 30 Ogos, 2014.
***Pada mulanya, siapakah yang terlebih dahulu menjejaskan perpaduan melalui NGO yang Racist berpaksikan kepada ideologi bn-umno? Dan kini, ingin bertopengkan sebagai seorang pencinta perpaduan? bn-umno adalah kumpulan orang manusia yang pandai berdrama namun lakonan tersebut dicacatkan dengan kebenaran oleh pihak kami, SSKM!***
See more at: The Malaysia Insider
0 comments :
Post a Comment