Tuesday, 16 December 2014

Sejarah yang tidak di "Sejarah" kan dalam Buku Sejarah Sekolah

Credit to : Pengerindu.com
Sesungguhnya inilah realiti yang berlaku di sekolah rendah, menengah, kolej mahupun di universiti awam/swasta. Kebenaran yang berusaha untuk disembunyikan agar ia tidak diketahui oleh Generasi Muda Negara Sabah, Negara Sarawak dan termasuk malaya. Apakah kebaikan untuk berbuat demikian?

Ini adalah bertujuan untuk mengelak tindakan kotor mereka (pemimpin malaya) dihidu yang telah menurunkan status "Negara" Sabah dan "Negara" Sarawak sebagai hanya berstatus "negeri". Ini juga adalah untuk mengelak konsep federasi ataupun persekutuan asal itu diketahui umum kerana ia mampu untuk menyekat mahupun menghalang niat mereka untuk menguasai sosial, ekonomi dan politik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Dengan mengetahui kebenaran, akan terbongkar kudis hina dan perbuatan terkutuk pemimpin dan kerajaan malaya selama ini kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Untuk menghangatkan lagi pemahaman ini, sila bantu untuk senaraikan segala perbuatan terkutuk pemimpin dan kerajaan malaya terhadap Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak...

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...