Tahun 1900
Hospital Duchess of Kent, Sandakan telah memulakan perkhidmatan pada awal tahun 1900.
Bangunan hospital pertama dibina di lokasi persimpangan Jalan Singapura dengan Jalan Bukit Bendera. Ia terdiri daripada beberapa bangunan kayu dan separuh kekal, yang dapat memenuhi keperluan kesihatan dan perubatan penduduk sekitar Sandakan pada masa tersebut.
Malangnya semasa Perang Dunia Kedua ia musnah apabila dibom oleh Tentera Jepun.
Tahun 1952
Setelah peperangan tamat, pihak British telah mula membina sebuah hospital baru di tapak hospital yang ada pada hari ini. Hospital baru dua tingkat jenis kekal ini dibina pada tahun 1951 dan merupakan hospital moden pertama di Negeri Sabah.
Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1953. Pembukaan rasmi hospital ini telah dilakukan pada 20 Oktober 1952 oleh HRH Duchess of Kent ketikaitu, dan dinamakan Hospital Duchess of Kent bersempena dengan nama perasminya.
Tahun 1960
Bangunan hospital ini dinaik taraf kali pertama pada tahun 1960.