Warkah terakhir Rosli Dhoby - Rakyat Sarawak yang pertama dihukum gantung |
Warkah Terakhir untuk Orang Negara Sarawak
Surat di bawah merupakan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada ra'ayat Sarawak. Surat ini telah diserahkan oleh Rosli kepada seorang warden yang amat dipercayainya bernama Sumarja Muhammad, atau Pak S. Oleh itu atas nama perjuangan yang belum selesai saya berharap selagi nafas kita masih ada sebarkanlah surat ini untuk kita kemudi negeri Sarawak ini untuk agama bangsa dan tanah air.
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara-saudara dan saudari-saudari sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa-apa kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah S. W. T. Saudara-saudara saudari-saudari di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara-saudara Saudari-saudari sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Tanggal 2 Mac 1950 beliau telah dijatuhkan hukuman gantung dan dikebumikan di Penjara Kuching bersama-sama Awang Rambli Mohd Deli , Bujang Suntong dan Morshidi Sidek.
Selepas 46 tahun bersemadi di penjara Kuching tanpa bernisan, tulang-temulang mereka kemudiannya dikebumikan semula di Masjid An-Nur Sibu pada 2 Mac 1996. Al Fatihah
Posted by Samsol at 2:27 AM
(rujukan nota :http://putrasarawak.blogspot.co.uk/2009/06/warkah-terakhir-untuk-orang-negara.html)
Tempat Rosli Dhoby disemadikan |
2 comments :
Maaf,saya seorang pengkaji sejarah terutama sekali sejarah berkenaan seorang pejuang Sarawak yang sangat muda ini iaitu Rosli bin Dhoby.Tapi saya cuma bingung, knapa Sarawak dan Sabah mahu keluar dari Malaysia?
sangat mengharukan!
Post a Comment