Friday, 25 May 2012

Minyak & Gas Negara Sabah dan Sarawak


Salam sejahtera kepada semua Sabahan dan Sarawakian... Disini saya ingin kongsikan mengenai apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan minyak & gas Negara Sabah dan Sarawak. Dapatkah anda melihat kawasan hitam dekat dengan Negara kita (Sabahan dan Sarawakian)? Itulah sebenarnya minyak dan gas Sabah Sarawak. Lihatlah betapa besarnya telaga minyak kita yang mana ia adalah 100% hak milik bangsa Sabah dan Sarawak. Tapi mari kita mengambil sedikit waktu dan jujur dengan hati jiwa kita... Adakah kita menikmati hasil daripada minyak dan gas Negara kita yang tercinta ini? Adakah hasil yang kita terima ini berpatutan selama kita bersama malaya dalam Persekutuan Malaysia selama 49 tahun ini yang mana ia sepatutnya perkongsian EMPAT KUASA & EMPAT NEGARA?

Tapi kini, ia digambarkan oleh perkongsian 14 buah 'negeri' yang mana Negara Sabah dan Sarawak diturunkan status kepada 'negeri' dan antara 'negeri ke-12 dan 13'... Mungkin ada sesetengah daripada anda yang tidak mengambil kisah akan hal ini, tapi tolong jangan sesekali merungut apabila masanya tiba yang mana generasi keturunan anda menghadapi masalah seperti dalam meneruskan kehidupan kerana ketiadaan pekerjaan di Negara sendiri, negara dijajahi oleh PTI dan juga orang malaya, etc... Saya bukan bersikap rasict @ perkauman tetapi inilah sebenarnya ketakutan para pemimpin kita dahulu sebelum Malaysia dibentuk.. Tetapi lihatlah sekarang dengan hati yang jujur, ketakutan dan mimpi ngeri telah menjadi kenyataan dan ia semakin hari semakin teruk... Apakah anda kini masih ingin mengatakan syukur? Kesyukuran itu tidak setimpalnya dengan apa yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak kita...

Disini, mari kita cuba mengenali erti 'kesyukuran' yang anda maksudkan...

Apakah mereka selama ini bersyukur kepada Malaya kerana menjajah negara mereka yang berdaulat dan merdeka?
Adakah mereka bersyukur kepada status kemiskinan negara mereka?
Adakah mereka bersyukur kepada tahap fasiliti awam seperti air, elektrik, jalan raya, etc?
Adakah mereka bersyukur kepada kebanjiran PTI?
Adakah mereka bersyukur adat dan hak amalan beragama dinafikan?
Adakah mereka bersyukur sumber alam seperti minyak & gas, kayu balak, etc dirompak siang hari?
Adakah mereka bersyukur kepada korupsi yang sedang berlaku dalam kerajaan negara Sabah dan Sarawak?
Adakah mereka sebenarnya bersyukur kepada status 'Negara' Sabah dan Sarawak diturunkan kepada status 'negeri'?
Adakah mereka bersyukur status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukkan Malaysia (equal partner) dinafikan dan dijadikan sama taraf dengan negeri2 di Malaya? 
Apakah mereka bersyukur tentang apa yang sedang berlaku dalam Negara Sabah dan Sarawak secara keseluruhan?


Apakah ini yang dimaksudkan erti "KESYUKURAN" bagi mereka yang cuba dan berusaha untuk menafikan kebenaran yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat MERDEKA DAN BERDAULAT, SABAHAN DAN SARAWAKIAN??? Maka kalau inilah yang diertikan "KESYUKURAN", JAHANAMLAH BANGSA SABAH DAN SARAWAK SELAMA-LAMANYA...

***JAHANAM membawa maksud MALANGLAH DAN MUSNAHLAH dalam konteks penerangan ini***

Sila tandatangan petisyen ini sebagaimana saya TELAH pun menandatanganinya... Selamatkan NEGARA KITA yang MERDEKA DAN BERDAULAT... NEGARA SABAH DAN SARAWAK!

http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Source: http://www.mosepa.com/2012/04/minyak-gas-negara-sabah-dan-sarawak.html

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...